Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Mungkin masih belum terlambat saya nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2021 kepada anda semua. Semoga tahun baru memberikan anda semua kebahagiaan, kedamaian dan kemakmuran. Untuk tahun lepas, ambil pelajaran dari masa lalu. Tinggalkan sisanya dan jangan biarkan kesedihan menutup jalan anda menuju kejayaan.

Skop Tugas Sebenar Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29
Skop Tugas Sebenar Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29
Credit Pic : SUMBER


Untuk artikel kali ni, saya nak kongsikan skop tugas Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred 29 di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Skop tugas ni juga terdapat di laman web rasmi SPA.

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29

> Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan dakwah, pengurusan masjid, akidah, halal, undang-undang Syariah, Baitulmal dan penguatkuasaan. 

* Temuduga : Baca semula kitab-kitab fiqh, tafsir dan lain-lain. 

Ibu Pejabat( S29/1 )

> Membantu pegawai merancang program keagamaan untuk semua Institusi.
> Membantu pegawai merangka dan menyelaras sistem pembelajaran keagamaan yang bersepadu.
> Membantu pegawai menilai keberkesanan program.
> Membantu pegawai menyediakan kertas kerja atau cadangan untuk mempertingkatkan lagi prestasi Unit Agama.
> Membantu pegawai menasihati institusi dalam masalah keagamaan yang dihadapi.
> Membantu pegawai mengeluarkan surat rayuan sumbangan derma di bulan Ramadhan.
> Membantu pegawai mengeluarkan surat arahan berkaitan urusan zakat fitrah.
> Menyediakan laporan program dan aktiviti.
> Memberi khidmat nasihat kepada pegawai dan kakitangan.
> Melibatkan diri dalam program dan aktiviti yang ditentukan.
> Melaksanakan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Ibu Pejabat( S29/2 )

> Membantu pegawai merancang dan menyelaras ceramah-ceramah dari institusi keagamaan.
> Membantu pegawai menerbitkan risalah keagamaan, buletin kerohanian, khutbah Jumaat, Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha.
> Membantu pegawai melaksanakan ceramah di institusi.
> Membantu pegawai membuat lawatan ke institusi untuk menentukan arahan Unit agama dilaksanakan dan mengetahui masalah lebih dekat.
> Membantu pegawai merancang program latihan yang bersesuaian kepada guru agama dan pembantu guru agama.
> Membantu pegawai menyelia dan memastikan pembantu guru agama di setiap institusi mencukupi dan berfungsi.
> Melibatkan diri dalam program dan aktiviti yang ditentukan.
> Memberi khidmat nasihat kepada penghuni.
> Melaksanakan apa-apa tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Institusi

> Bertanggungjawab dalam melaksanakan program dan aktiviti berkaitan Agama Islam di Institusi seperti yang telah ditetapkan oleh Jabatan.
> Mengatur dan menyusun jadual pelaksanaan program dan aktiviti agama di Institusi.
> Melibatkan diri dalam program dan aktiviti yang ditentukan.
> Menyelia dan memantau perjalanan kelas agama fardhu ain dan kelas Al-Quran yang dikendalikan oleh Pembantu Guru Agama.
> Memberi khidmat nasihat kepada penghuni.
> Menyediakan laporan program dan aktiviti.
> Menyediakan artikel agama.
> Memberi panduan dan nasihat kepada institusi dalam aspek berkaitan Agama Islam.
> Melaksanakan apa-apa tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.


Tugas-tugas Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam ni banyak membantu atau menolong Pegawai. Untuk jawatan ni perlu juga ke memberi ceramah?

Tak semestinya, berpandukan pada unit atau bahagian masing-masing. Kalau Unit Halal Jakim, skop kerjanya membuat siasatan ke premis-premis. Andai di tempatkan di bahagian Zakat, skop tugasnya pula berkaitan dengan kutipan dan agihan zakat. Ikut pada unit/ bahagian masing-masing.

Akhir sekali, saya nak ucapkan Salam Ramadhan kepada semua. Tarikh kita berpuasa pada 13 April 2021. Kejap sangat masa berlalu dah nak sambut bulan Ramadhan. 


Post a Comment

Previous Post Next Post