Adakah anda pernah terfikir, anda menyayangi pasangan anda sebab apa? Kenapa anda rasa anda mencintai si dia?

Sebab Apa Kita Jatuh Cinta Kepada Seseorang?
Sebab Apa Kita Jatuh Cinta Kepada Seseorang?
Credit Pic : SUMBER

Cinta bagi manusia itu adalah fitrah. Semua manusia itu telah ditanam dengan sifat cinta. Tidak kira lah cinta kepada manusia, benda, perkara dan sebagainya. Tetapi  rasa cinta yang terpahat di dalam jiwa seseorang itu adalah mencintai seseorang yang berada di samping kita.

Sebab Apa Kita Jatuh Cinta Kepada Seseorang?


Rasa cinta serta sayang yang lebih kepada perempuan atau wanita ini akan hadir bila masanya. Kadang kita tak mampu untuk paksa menerima atau tidak mampu untuk menolak. Jika ada timbulnya perasaan sayang maka akan timbul juga rasa cinta kepada mereka.
 

Di dalam Islam,  cinta ini akan terjalin di dalam ikatan yang sah iaitu ikatan Perkahwinan. Tetapi sebelum sampai ke tahap ini, kenapa kita jatuh cinta kepada seseorang tersebut?

Terdapat 3 sebab kenapa kita rasa sayang dan jatuh cinta kepada seseorang


1.   جمال | Jamal

Jamal yang membawa maksud kecantikan. Rasanya ini semua og biasa dengar, kita jatuh cinta kerana pandang pertama. Pandang pertama pastinya kepada paras rupa dan fizikal. Kecantikan ini sebenarnya adalah subjektif kepada semua orang.

Kalau anda bertanyakan pada orang lain, mungkin pandangan dia yang si A itu cantik tetapi pandangan orang lain yang memandang si A itu rupa parasanya biasa sahaja. Jadi berkenaan kecantikan rupa paras pasangan ini adalah atas kita. Usahlah kita minta pendapat orang lain berkaitan pasangan kita.
 
Adakah kita jatuh hati kepada pasangan kita adalah kerana paras rupa? Ini mungkin juga antara sebab yang kita sedar. Kalau untuk perempuan pastinya yang di cari cantik manakala bagi lelaki pula pasti ianya kacak dan hensem bergaya.


2.   كمال | Kamal

Sebab kedua kita jatuh cinta kepada seseorang adalah disebabkan kesempurnaanya. Sebagai contoh kita jumpa seseorang ni, kita tahu rupa parasnya tidaklah hensem atau cantik mana pun tetapi kita tertarik dengan apa yang dia ada.

Sebagai contoh, anda jatuh cinta kerana si dia pandai melukis dan mewarna dan kebetulan pula sama passion seperti anda. Maka disitu timbul perasaan untuk berkenalan dengan lebih rapat. Selain itu, mungkin hobi si dia sama seperti anda tidak kira dalam sukan ke, kumpul setem ke kumpul duit lama. Disebabkan itu, perasaan cinta itu timbul.
 
Ataupun mungkin si lelaki suka bagi pick up line yang romantik. Kerap sangat bergurau dengan  bait ayat-ayat cinta, akhirnya timbul rasa sayang. Dalam memendam rasa sebagai crush akhirnya timbul rasa sayang dan rezeki disambut oleh kedua pihak.


3.   نوال | Nawal 

Dan sebab ketiga kenapa kita jatuh cinta kepada seseorang adalah kerana budi pekerti yang dimiliki olehnya. Kita tahu, si dia ni rupa x ada la sangat, takda keistimewaan lain pun, tetapi disebabkan akhlaknya kita jatuh cinta kepadanya.

Kita melihat cara dia berjalan, cara dia bergaul dengan orang , cara senyum dan bersosial dengan rakan-rakan pun kita boleh jatuh cinta. Akhlak yang elok dan baik pastinya datang daripada pegangan agama yang baik juga. Islam sendiri pun ada mengajar kita supaya memilih pasangan yang berpegang kepada Islam.
 

Tak salah pun kita jatuh cinta sebab paras rupa, sebab kesempurnaan atau latarbelakangnya tetapi janganlah abaikan kriteria utaam dalam agama yang sudah disediakan garis panduan kepada kita.

Contoh yang paling mudah bagaimana cinta itu atas budi pekerti dan akhlak semata adalah bagaimana cintanya umat beliau kepada Nabi Muhammad SAW. Kita tak pernah lihat Rasulullah dan Rasulullah pun tidak pernah melihat kita. Kita tahu bagaimana Rasulullah sangat sayang kepada umatnya kan. Inilah tauladan yang terbaik menggambarkan yang kita jatuh cinta kepada seseorang

Jadi sebab apa kita jatuh cinta kepada seseorang tersebut?

Apapun sebabnya, letakkan agama itu no 1. Kalau jatuh cinta pun atas sebab kecantikan, pastikan kecantikan tersebut dibawa kepada arah kebaikan. Kalau kesempurnaan yang telah menyebabkan kita jatuh hati kepada si dia, jangan abaikan agama.

Hargailah pasangan anda dan sebaiknya bawalah sehingga ke alam perkahwinan. Pastinya kehidupan akan di redhai olehNya.



1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post