Dekat-dekat musim cuti persekolahan ini, sudah pasti ramai yang akan berkahwin. Tetapi adakah anda dah bersedia untuk mengharungi malam pertama anda?

Persediaan Yang Perlu Dibuat Pengantin Sebelum Malam Pertama Perkahwinan
Persediaan Yang Perlu Dibuat Pengantin Sebelum Malam Pertama Perkahwinan
Credit Pic : SUMBER


Bagaimanamalam pertama pengantin baru nanti? Adakah rasa gemuruh, bagaimana mahu mulakan malam pertama selepas kahwin selepas sah menjadi suami isteri nanti?

Persediaan Yang Perlu Dibuat Pengantin Sebelum Malam Pertama Perkahwinan


Sudah pasti malam pertama adalah malam yang ditunggu-tunggu dan akan menjadi kenangan buat pasangan suami dan isteri. Debaran semestinya datang tidak kira pada pengantin lelaki mahupun wanita. Tetapi tentunya, pengantin wanita lebih merasai debarannya kan...

Keyakinan dan kepercayaan yang hadir sewaktu melayari bahtera pada malam pertama sudah tentu akan menghangatkan lagi kemesraan hubungan anda berdua. Selain itu, ia sudah tentu akan dapat menyingkirkan rasa segan pada malam tersebut.

Dalam perkongsian artikel kali ini, aka dikupaskan beberapa petua malam pertama buat pasangan pengantin baru. Seronok nak membaca nampak.

Antaranya :

Pasangan Pengantin Perlu Mendapatkan Rehat Yang Secukupnya

Biasanya dalam tradisi budaya Melayu, selepas majlis pernikahan akan berlangsungnya hari bersanding pada hari yang sama. Namun, terdapat juga majlis sanding dibuat pada keesokkan harinya.

Ini belum termasuk dengan sesi bergambar, yang adakalanya dilakukan secara terus menerus jika pasangan adalah  dari negeri yang sama. Ya !!!  Majlis kahwin adalah perkara yang meletihkan. Ini belum kira masa dengan letih ketika membuat persiapan. 
Jadi sudah tentu anda memerlukan istirahat yang cukup.

Sebaiknya, beberapa hari sebelum majlis pernikahan dan perkahwinan, dapatkanlah istirahat yang mencukupi. Kalau boleh minta bantuan dari kawan dan keluarga anda.
 

Pengantin Baharu Perlu Segarkan Diri

Tak kisah la malam pertama anda berlaku selepas majlis pernikahan atau selepas majlis persandingan (kalau majlis persandingan berlangsung pada hari yang sama), perkara yang perlu anda lakukan sebelum menempuhi malam pertama adalah menyegarkan diri anda.
Bagaimana caranya? Caranya adalah dengan mandi. 

Takkanlah anda mahu bersama pasangan semasa badan anda berpeluh dan mungkin juga berbau.Jadi tips ini sudah tentu sedikit sebanyak dapat membantu mengembalikan kesegaran. Lagi bagus kalau anda memakai minyak wangi.


Suami Isteri Mesti Yakin Dalam Membuat Persediaan Malam Pertama

Apabila sudah mandi dan wangi, pastinya ia akan menonjolkan lagi jati diri anda. Sudah tentu anda pernah mendengar mengenai kecantikan itu adalah dari dalam, bukan?

Tetapi pada malam pertama, anda sebagai pengantin wanita pastinya ingin tampil luar biasa dan berkeyakinan di hadapan pasangan anda.

Jadi, kalau boleh jangan memakai  baju kelawar atau sebarang t-shirt biasa yang selalu anda pakai. Tiada salahnya untuk anda membeli lingerie baru dan istimewa untuk malam pertama anda, lagi pun orang yang akan melihatnya adalah orang yang halal dengan anda.

Manakala untuk lelaki pula, mungkin anda tidak ada sebarang masalah dalam soal pemakaian. Tetapi mungkin anda boleh mengelak dari memakai kain pelikat, melainkan jika pasangan anda suka melihat anda berkain pelikat.


Baru Berkahwin, Panggillah Dengan Panggilan Manja

Pergaulan adalah satu perkara penting dalam hubungan suami isteri. Walaupun kebanyakan generasi sekarang pada masa kini sudah mempunyai panggilan manja terhadap pasangan.

Jadi untuk malam pertama,  anda berdua sudah menjadi suami isteri, kenapa tidak memanggil pasangan dengan panggilan yang lebih manja seperti sayang, abang, ayang, baby, darling atau apa sahaja panggilan yang anda rasa sedap didengari.

Percayalah panggilan seperti itu sudah tentu dapat membantu menghangatkan lagi kemesraan dan mungkin dapat membantu menyingkirkan rasa segan antara anda berdua.


Suami Isteri Mesti Pandai Komunikasi

Jangan terus terkam pasangan anda, okay? It’s a big No !!!  Sudah pasti anda akan rasa berdebar dan tidak sabar, tetapi jangan pula anda bersikap rakus. Apa kata anda mulakan malam pertama anda dengan bersembang terlebih dahulu dengan pasangan. Kongsikan rasa gembira anda mengenai majlis yang berlangsung dengan lancar dan peluang untuk berjumpa rakan-rakan anda.

Komunikasi pada malam pertama dikaitkan dengan psikologi. Pasangan juga disarankan untuk saling menyatakan isi hati dan perasaan masing-masing. Lafazkan kepada pasangan betapa lancarnya urusan anda dan pasangan disatukan sebagai suami isteri.
Jika anda tidak romantis dalam komunikasi, mungkin anda boleh luahkan melalui perbuatan atau tindakan.

Misalnya, anda boleh mulakan dengan sentuhan tangan pasangan atau memeluknya secara perlahan-lahan. Apa sahaja yang sesuai untuk menyatakan sayang anda kepada pasangan. Lakukan dengan manja dan lembut, ia mungkin sebagai satu langkah permulaan untuk hubungan suami isteri.


Malam Pertama Pengantin, Mesti Ambil Masa, Jangan Terburu-buru

Ini merupakan tip yang paling penting. Kita selalu beranggapan bahawa malam pertama perlu melibatkan hubungan suami isteri sahaja. Tetapi sebenarnya, ia bukanlah kemestian.

Bayangkan anda dan pasangan dalam kelelahan, sudah tentu hubungan suami isteri yang terjalin tidak dapat dinikmati sepenuhnya.

Jadi usah gelojoh atau terburu-buru, jika anda berdua sudah bersedia tetapi dilanda kelelahan, beristirahat sekejap, masih banyak lagi masa. Itu lebih bagus daripada melakukan hubungan yang tidak menjamin sebarang kepuasan.


Jangan Rekod Video di Malam Pertama

Hormatilah pasangan masing-masing. Walaupun sudah bersuami isteri, janganlah pergi rekod video dengan telefon bimbit pula sebagai kenangan. Biarlah ia tersimpan di hati.

Jadikanlah ini cerita malam pertama yang bahagia, dan bukan bergaduh walaupun baru bergelar raja sehari.


Malam Pertama di Alam Perkahwinan, Biarlah Rahsia

Ini isu yang sangat sensitif. Mungkin ada isteri yang memang dah tak ada dara, tetapi bukanlah disebabkan dia pernah melakukan sesuatu yang tidak elok sebelum berkahwin. Ia lebih kepada aktiviti lasak yang dilakukannya semasa bujang.

Tidak dapat disangkal juga, memang terdapat yang sudah ditebuk tupai.
Bagi suami, jika dapati isteri tiada dara, jangan terus rasa marah dan tercabar.
Ambil masa untuk bertenang dan bersoal jawablah pada keesokkan harinya.

Jika sudah selesai semuanya, biarlah kisah malam pertama suami isteri anda menjadi rahasia. Jangan pula bercerita pada sesiapa. Janganlah pula cerita guna teknik apa. 

Bimbang akan mengaibkan pasangan anda.Simpanlah cerita malam pertama itu sebagai memori yang tidak dapat dilupakan.

Dalam hubungan suami isteri di malam pertama, ia memerlukan kesediaan bagi kedua-dua pihak. Jangan hanya memikirkan keinginan anda semata-mata.

Jika anda berdua dalam kelelahan, sebaiknya beristirehat terlebih dahulu dan jangan tergopoh-gopoh mahupun gelojoh. Pengalaman malam pertama anda akan indah.

Pastikan dalam perhubungan suami isteri ini, kedua-dua belah pihak  haruslah ke arah melakukan perkara yang boleh mendatangkan nikmat dan kepuasan. Bukannya dilakukan dalam keadaan terpaksa.

Semoga perkongsian kali ini akan memberikan manfaat kepada anda dan pasangan.


SUMBER 

Post a Comment

Previous Post Next Post