Darah Manis merupakan sebuah Simpulan Bahasa yang kerap didengari dalam kalangan masyarakat Melayu, lebih-lebih lagi pasangan yang sedang berada dalam fasa pertunangan.
Tapi apa sebenarnya maksud simpulan bahasa ini? Darah Manis bermaksud 'mudah mendapat kecederaan atau bahaya'.
Pantang Larang Orang Dulu Semasa Bertunang Credit Pic : SUMBER |
Orang yang bertunang dikatakan berdarah manis dan perlu sentiasa berhati-hati apabila melakukan sesuatu kerja.
Pantang Larang Orang Dulu Semasa Bertunang
Ianya adalah satu perumpamaan yang digunakan oleh orang dulu-dulu bagi memberi amaran kepada pasangan supaya tidak melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan bahaya.
Selama tempoh berdarah manis juga, ada beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi oleh bakal pengantin. Lihat 9 senarai di bawah:
Disclaimer: Pantang larang bukan perkara syirik. Ia hanyalah kepercayaan adat dan tradisi orang-orang terdahulu yang dipengaruhi oleh budaya dan sering diamalkan.
1. Jangan keluar dengan pasangan sebelum bernikah
Pasangan dinasihatkan supaya tidak keluar berdua-duaan 40 hari sebelum tarikh diijabkabul bagi mengelakkan fitnah dan "cakap belakang" masyarakat terhadap pasangan. Juga lebih penting bagi menjaga nafsu masing-masing.
Inilah masanya untuk terbitkan rasa rindu setelah sekian lama tidak berjumpa dengan pasangan. Dan apabila hari tersebut telah tiba, pasti akan timbul rasa teruja bagi pasangan apabila bertemu kembali.
2. Elakkan minum soya dan makan timun
Dipercayai minuman soya tidak elok untuk alat kelamin, manakala timun pula tidak elok untuk pemprosesan anak. Jadi cuba elakkan dari mengambil timun dan minuman soya menjelang hari bahagia.
3. Jangan makan kepala ayam
Kenapa bakal pengantin tidak digalakkan agar tak makan kepala ayam? Orang-orang tua dulu percaya bahawa kepala ayam boleh membuatkan kita mengantuk. Mereka juga percaya bahawa pasangan pengantin yang makan kepala ayam, mereka akan mudah mengantuk ketika bersanding nanti.
4. Kurangkan makan makanan laut
Walaupun semua tahu yang makanan laut memang sedap, dimasak pula secara kukus, panggang, goreng, dan lain-lain, namun makanan ini mengandungi kadar toksin yang tinggi.
Oleh itu, lebih baik buat pasangan yang akan berkahwin untuk elakkan pengambilan makanan laut yang berlebihan untuk terus kekal sihat.
5. Elakkan makanan dan minuman yang sejuk
Katanya, makanan dan minuman yang sejuk perlu dikurangkan agar muka nampak segar di hari bahagia nanti. Sama ada betul atau tidak, itu tak pasti lah pula.
Makanan atau minuman seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu, dan air kelapa adalah bersifat sejuk. Jadi, elakkan ya.
6. Jangan pakai seluar dalam ketat
Ehem, mesej ini ditujukan khas kepada kaum Adam ya! Sejak dahulu lagi pun, lelaki memang tak digalakkan untuk memakai seluar dalam yang ketat kerana tidak bagus untuk penghasilan sperma.
Selain itu, tidur meniarap pun tak bagus juga. Sebab utamanya adalah peredaran darah sekitar organ akan terganggu. Jadi, elakkan !!
7. Amalkan pengambilan jamu
Maklumlah, siapa yang tak nak cantik pada hari bahagia kita kan? Jadi kenalah amalkan pengambilan jamu agar kesihatan dan kecantikan terjaga rapi.
Bukan setakat luaran, kesihatan dalaman pun penting juga. Barulah boleh menghangatkan lagi di malam pertama nanti. ;)
8. Jangan mandi malam
Secara harfiah, mandi malam sememangnya tidak berapa elok untuk sendi dan organ dalaman. Malah, doktor juga menyarankan agar tidak mandi malam, lebih-lebih lagi pukul 10 dan ke atas.
Jadi, bagi pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi, haruslah pastikan diri sentiasa sihat dan jauh daripada sebarang penyakit.
9. Jangan keluar malam
Hal ini bagi mengelakkan perkara tidak baik berlaku pada bakal pengantin, lebih-lebih lagi pada waktu malam. Sentiasalah berjaga-jaga sepanjang masa.
Kalau perlu untuk keluar juga, mintalah bantuan mana-mana ahli keluarga untuk menemani anda bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.
Post a Comment