Artikel Terkini

Apa itu Kejuruteraan Awam ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca2 sekali terutamanya adik2 lepasan SPM. Pada kali ni, sy akan kupaskan kepada adik2 semua tentang 1 kos iaitu Diploma Kejuruteraan Awam. Adakah adik2 tahu apa itu Kejuruteraan Awam ?


Apa itu Kejuruteraan Awam ?
Credit pic : SUMBER

Kejuruteraan Awam ini adalah merupakan bidang kejuruteraan dimana merangkumi kerja-kerja yg melibatkan pembinaan dan pembangunan seperti pembuatan jalan raya, jambatan, rumah, empangan, sistem perparitan, trafik , ukur tanah dan lain-lain lagi.

Apa itu Kejuruteraan Awam ? 


Kali ni kita akan ceritakan tentang Diploma Kejuruteraan Awam yg ditawarkan di Politeknik Malaysia. Bagi adik2 yg berminat untuk mengikuti program pengajian Diploma Kejuruteraan Awam ini, terdapat 15 politeknik yg menawarkan kos kejuruteraan awam ini di seluruh Malaysia. Tempoh pengajian pula adalah selama 3 tahun iaitu 6 semester. Di akhir semester adik2 akan menjalani Latihan Industri (Praktikal) selama 6 bulan sebelum tamat pengajian Diploma Kejuruteraan Awam.


Prospek Kerjaya


Dari segi prospek kerjaya pula, peluang pekerjaan selepas tamat Diploma Kejuruteraan Awam adalah seperti berikut : 

= Penyelia Tapak
= Pembantu Teknik
= Penolong Jurutera
= Kerani Tapak
= Kontraktor Binaan 
= Pembekal Bahan Binaan 

Di Politeknik, adik2 akan diajar tentang pengetahuan teori, kemahiran teknikal dan tingkat laku yg diperlukan dlm bidang ini. Di peringkat pembelajaran pula, adik2 akan didedahkan dengan skop kerja yg sebenar tentang penggunaan bahan dan teknologi, reka bentuk struktur, kaedah binaan, peraturan di tapak bina, keselamatan pekerja, undang-undang, peraturan Pihak Berkuasa Tempatan dan penjagaan alam sekitar. 

Selain itu, kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan juga akan diterapkan kepada pelajar-pelajar supaya dapat berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan dengan penuh berdedikasi serta bertanggungjawab. Segala kemahiran dan pengetahuan yg diperoleh pelajar ni amat berguna dlm membina kerjaya atau melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan awam ini. Selain di Politeknik, kos ini juga ditawarkan di universiti-universiti awam Malaysia. 

Jika adik2 menyambung ke peringkat Ijazah, adik2 boleh mendapat gelaran Jurutera Awam (Ir). Adik2 perlu menjalani ujian dan proses temuduga yg dijalankan oleh BEM dan IEM. Setelah lulus ujian dan temuduga tersebut, adik2 layak diberi gelaran Ir didepan nama sebagai contoh Ir Lukman.

Peluang pekerjaan juga luas dalam bidang kejuruteraan awam ini. Pekerjaan dalam bidang kejuruteraan awam juga tidak mengira jantina samada lelaki mahupun perempuan.

Sampai disini sahaja, penerangan tentang Kejuruteraan Awam kali ini. Jika terdapat sebarang pertanyaan, adik2 boleh membuat pertanyaan melalui komen atau mesej secara personal. Nukilan perjalanan dari bekas penyelia projek.


6 comments:

  1. Boleh saya thu lebih lanjut tentang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh adik....Bawah ni ada Contact Us..Isi maklumat adik kat situ. Jngn risau akan hubung ke email terus.

      Delete
    2. course ni perlukan bakat dalam melukis ke? atau perlukan bakat yang lain?

      Delete
    3. X pandai melukis pon x apa... Tapi.. Ada subjek lukisan kejuruteraan... X fokus sngt pada melukis ni... Tapi. Kena tahu basic juga la.

      Delete
  2. Blh sya thu lebih lanjut x pasal bidang Ni😭

    ReplyDelete