Artikel Terkini

Cara Terbaik Menegur Orang Terdekat Tanpa Menguris Hatinya


Paling lemah apabila sampai satu tahap, kita perlu berterus-terang menyatakan apa yang terbuku di hati dengan niat menegur salah seorg kawan kita.


Cara Terbaik Menegur Orang Terdekat Tanpa Menguris Hatinya 


Yaa.., ini adalah perkara yang paling sukar untuk dilakukan semua org lebih-lebih lagi individu yang paling rapat dengan kita. Bukan apa, cuma takut kalau-kalau teguran kita itu tidak boleh diterimanya atau membuatnya berkecil hati.


Cara Terbaik Menegur Orang Terdekat Tanpa Menguris Hatinya
Cara Terbaik Menegur Orang Terdekat Tanpa Menguris Hatinya
Credit pic : SUMBER


Menurut perkongsian Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, ini cara mudah memberi teguran tanpa 'menyakiti' : 


1. Betulkan Niat

Musahabah diri yerlebih dahulu untuk mengelak teguran kita itu daripada menyakiti atau mengaibkan mana-mana pihak. Fikir balik apa niat sebenar anda untuk menegurnya. Untuk menyedarkannya dan mendorong dia untuk menjadi manusia yang lebih baik atau sengaja mencari kesalahannya?


2. Lafaz Doa Sebelum Menegur

Doa ini pernah dibaca oleh Nabi Musa untuk melembutkan hati firaun : 
'Ya tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah untukku urusanku, lepaskanlah kekakuan dari lidahku agar mereka mengerti perkataanku'.(Surah Taha:25-28)


3. Selitkan Pujian

Teguran kita mungkin akan membuatnya kecil hati kerana x semua org memiliki kesabaran dan keterbukaan untuk menerima kritikan dengan sepenuh hati. Oleh itu, selitkan sedikit dengan pujian agar teguran kita itu seimbang bunyinya. 

Contohnya : Siti...aku tengak kau ni baik...rajin orgnyaa....kau x pernah sakitkan hati org. Tapi kalau kau berubah sedikit demi sedikit...................mesti kau akan jadi insan yg lebih sempurna.


4. Fokus Kepada Perkara Yang Ditegur Sahaja

Bila nak tegur kalau boleh, terus terang sahajalah. Jangan berdolak dalih sehingga maksud yang cuba disampaikan itu lari dari tujuan yang sepatutnya. Elak mengungkit hal-hal kesalahannya sebagai contoh :-

Kalau hari ini isteri buat air x sedap, x perlulah tegur dengan berkata ''Sejak kita kahwin,awak x pernah buat air sedap''.


5. Kawal Emosi Dan Ton Suara

Sesiapa pun, terutamanya perempuan, pasti tidak suka apabila ditegur dengan nada tinggi. Pasti akan timbul rejection dalam hati apabila ditegur dengan nada tinggi, kecuali bagi mereka yang benar-benar sabar. Jangan menjadikan diri sendiri sebagai indicator untuk org lain terima teguran kita.


SUMBER


No comments:

Post a Comment