Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya, untuk entri kali ini pula, sy nak ceritakan pengalaman temuduga Separa Perubatan SPA. Jadi sebelum anda ditemuduga, anda dikehendaki terlebih dahulu lulus peperiksaan Online Separa Perubatan bertaraf diploma. Peperiksaan online ni sudah wujud sejak tahun 2014 buat pertama kalinya. 


Pengalaman Temuduga Penolong Pengawai Perubatan u29 SPA
Credit pic : SUMBER

Terdapat 10 jawatan Separa Perubatan bertaraf diploma. Di antaranya ialah : 


Pengalaman Temuduga Penolong Pengawai Perubatan u29 SPA
Pengalaman Temuduga Penolong Pengawai Perubatan u29 SPA

Pengalaman Temuduga Penolong Pengawai Perubatan u29 SPA


Jadi sy dijemput menghadiri Peperiksaan Online tersebut pada tarikh 25.9.2018.
Bagi sy peperiksaan online separa perubatan lebih mudah dan senang berbanding ujian online berjawatan PMR dan SPM. Dalam ujian separa x ada soalan2 matematik sebagai mana ujian online PMR dan SPM yg lain.


Pengalaman Temuduga Penolong Pengawai Perubatan u29 SPA
Ujian Online Separa Perubatan


Terdapat 2 bahagian iaitu seksyen A - Ujian Psikometrik dan juga seksyen B - Pengetahuan AM. Ujian piskometrik ini anda jangan main hentam saja naaa...kerana ujian2 ini adalah untuk menguji personaliti seseorg calon tersebut. Calon akan diberikan pilihan yg terdiri dari 2 jawapan pilihan hingga ke 5 jawapan pilihan.


1-  Ya atau Tidak
2- Betul atau Salah
3- Ya, Tidak atau Tidak Pasti
4- Betul, Salah atau Tidak Pasti
5- Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak Setuju Atau Tidak Setuju


Contoh Ujian Psikometrik SPA

1. Saya hanya menolong orang yang saya suka sahaja
   a. Ya
   b. Tidak

Selain itu, anda juga perlu menjawab 'ya' bagi semua soalan yg berkaitan dengan sains dan janganlah menjawab 'ya' untuk soalan2 berkaitan dengan seni mahupun luar bidang sains.

Contoh Ujian Psikometrik SPA

2. Adakah anda suka melukis 
   a. Ya
   b. Tidak

Apa2 berkaitan dengan soalan sains anda perlu setuju dan ya. Jawapan hanyalah perlu lebih cenderung kepada sains dan perubatan sahaja.

Untuk seksyen B pula, lebih kepada pengetahuan am seperti berkaitan isu-isu semasa, pengurusan sumber kewangan, keselamatan negara, pengetahuan am tentang kesihatan dan dasar-dasar awam.


Contoh soalan Pengetahuan Am

1. Bilakah masanya anda perlu berhenti dari bersenam >
   a. Bila ada berasa penat
   b. Bila anda sudah bosan
   c. Bila ada berasa sakit, pening dan tidak selesa
   d. Bila hari sudah mula panas atau matahari tenggelam

Bila mana ada sudah lulus ujian online, anda akan dipanggil temuduga mengikut berapa jawatan yg anda dapat.


Pengalaman Temuduga Penolong Pengawai Perubatan u29 SPA
Ujian Online Separa Perubatan

Alhamdulillah, lulus ujian online. Jadi sy ditawarkan 5 jawatan Separa dan sy memilih Latihan Penolong  Pengawai Perubatan sebagai pilihan pertama sy untuk ditemuduga.

Sy ditemuduga pada tarikh 26.10.2018 yang bertempat di Bangunan Persekutuan Pulau Pinang. 

Bagi sesiapa yg belum tahu apa itu Penolong Pengawai Perubatan (PPP) atau nama glamornya Medical Assisstant (MA). Kalau anda pernah pergi ke hospital mahupun ke klinik, mesti anda perasan uniform berbaju putih dan berseluar hitam. Itu lah MA...cuma berbeza sedikit Nurse dan Ma dari segi warna seluar ja. MA ni selalunya bekerja di Jabatan Kecemasan dan Klinik Pesakit Luar (OPD) manakala Nurse pulak lebih kepada wad.

Ok baik, tanpa membuang masa, kita imbas sekali lalu tugas2 MA ni. Antara tugas2 MA atau PPP ni ialah : 

- Memeriksa dan merawat pesakit yg ringan
- Menyimpan semua rekod yg berkaitan dengan pendaftaran, penjagaan pesakit dan kematian.
- Memberi rawatan awal dan segera bagi semua kes-kes kecemasan.
- Menguruskan bilik mayat dan pemeriksaan bedah siasat mayat di Hospital.

Itu sedikit sebanyak gambaran tugasan MA. Bagi sesiapa yg berminat bolehlah memohon jawatan ini di laman rasmi Pesuruhjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 


Jika ada lulus temuduga separa perubatan, anda akan ditempatkan di Kolej naungan Kementerian Kesihatan iaitu di :

1. KPP Alor Star
2. KPP Seremban
3. KSKB Ulu Kinta
4. KSKB Kota Kinabalu
5. KSKB Kuching


Berbaik kepada keputusan ujian online...sy menunggu dengan penuh kesabaran dalam 1 bulan juga la. Dann akhirnyaaa keputusan result Separa yg dinanti-nantikan.


Pengalaman Temuduga Penolong Pengawai Perubatan u29 SPA
Ujian Online Separa Perubatan

Hehehehe...Alhamdulillah lulus tapi.....ANDA SEMUA JANGAN KECAM Naaaa hehe...sy 'menolak' Latihan Penolong Pengawai Perubatan yg sepatotnya sudah lapor diri pada 2.1.2019 tahun ni. Ada la sebab2 tertentu sy menolak. Sy percaya kepada rezeki Tuhan. Buat calon2 Separa Perubatan yg berjaya diucapkan Tahniah. Semoga menjadi penjawat awam yg berintegriti. 

Rahsia Mudah Lulus Temuduga Kerajaan > Klik disini <

Buat calon2 yg belum dikurniakan rezeki kerja, sy doakan kalian semua mendapat pekerjaan yg kalian impikan dan selamat maju jaya.


 Peperiksaan Online Separa Perubatan Beserta Jawapan > Klik Disini <


Baca juga : Temuduga Pembantu Setiausaha Pejabat N19 2019

3 Comments

  1. Assalamualaikum mcm mana saya nk contact cik ye?,saya nk tanya details tentang PPP,saya dpt ujian utk kali yang ketiga, harap harap kalini ada rezeki ,aamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam.... Di bawah sekali.. Blog ni... Ada contact us... Isi ruang di situ. Sy akan reply secepat mungkin. Terima kasih.

      Delete
  2. Boleh saya dapatkan contact untuk penjelasan yang lebih detail...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post