Artikel Terkini

Petua Melembutkan Daging


Kadang2 bila anda membeli daging  dan terbeli daging yang liat. Selain itu, daging ada berbagai-bagai jenis seperti daging cincang, daging batang pinang dan daging biasa.


Petua Melembutkan Daging
Credit pic : SUMBER


Daging daripada bahagian tertentu lembu, berlainan keadaan dan rasanya. Memotong daging juga ada caranya supaya daging tersebut cepat empuk bila dimasak.

Petua Melembutkan Daging

Momotong daging itu hendaklah menyerong atau lintang mengikut alur-alur daging itu, dengan cara ini bila dimasak, daging tersebut akan cepat empuknya.

Selain dari itu, ada beberapa cara lain untuk mengempukkan daging yg anda masak.


Cara-cara tersebut : 

1. Masukan buah keras yg telah ditumbuk lumat-lumat ke dalam gulai.
2. Betik muda yg masih kecil dibuang kulitnya dan dibersihkan, kemudian dihiris. Masukkanlah ke dalam masakan gulai daging anda.
3. Masak daging dalam belanga, masukkan sebatang sudu yg dibuat dari tembikar.
4. Sebelum daging itu digulai hendaklah digaul terlebih dahulu dngn tepung dan kicap selama 1/2 jam, setelah itu barulah dimasak.
5. Tempe juga boleh mengempukkan daging, ambil sepotong  tempe masukkanlah ke dalam gulau daging anda.


SUMBER - Petua Segala Petua

No comments:

Post a Comment