Artikel Terkini

Tips Keselamatan Ketika Berlaku Kebakaran


Kebakaran boleh berlaku disebabkan sekecil-kecil punca seperti puntung rokok atau ubat nyamuk. Ayuh kita saling mengingati tentang langkah persediaan jika berlaku kebakaran. Ini juga termasuk usaha mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran.


Tips Keselamatan Ketika Berlaku Kebakaran


Apabila berlaku kebakaran patuhi langkah-langkah berikut :


Tips Keselamatan Ketika Berlaku Kebakaran
Tips Keselamatan Ketika Berlaku Kebakaran
Credit pic : SUMBER


1. Jangan Panik

Bunyikan penggera untuk memberi isyarat kepada semua yang tinggal di dalam rumah. Selamatkan diri dan keluarga melalui jalan keluar yang sedia ada.


2. Hubungi Balai Bomba

Hubungi balai bomba yang berhampiran. Berikan butir-butir lengkap lokasi rumah anda.


3. Cuba Padamkan Api

Sementara bomba tiba, cuba padamkan api dengan alat pemadam api.




TIPS


1. Kenalpasti sekurang-kurang dua jalan keluar di rumah anda untuk menyelamatkan diri daripada kebakaran.

2. Bincang dengan ahli keluarga mengenai pelan menyelamatkan diri daripada kebakaran di rumah. Pastikan semua ahli keluarga faham dengan pelan tersebut.

3. Elakkan penggunaan jeriji besi pada tingkap dan pintu rumah. Jika terpaksa menggunakannya, pastikan jerigi boleh dibuka daripada dalam rumah dengan mudah.

4. Pastikan semua jalan keluar di rumah mudah dilalui dan bebas daripada sebarang halangan.

5. Pastikan setiap ahli keluarga tahu tempat anak kunci disimpan.

6. Pasang sekurang-kurangnya satu pengesan asap di rumah untuk memberi isyarat bermulanya kebakaran.

No comments:

Post a Comment