Tilawah Al-Quran bermaksud membaca al-Quran. Pembacaan al-Quran boleh dilakukan secara bersendirian ataupun secara berkumpulan. Pembacaan Al-Quran secara berkumpulan dinamakan tadarus al-quran iaitu dibaca secara bergilir-gilir, saling menyemak, memperbetulkan bacaan dan memahami maksudnya.


Bolehkah Wanita Mengalunkan Bacaan Al-Quran Dalam Pertandingan Tilawah ?
Bolehkah Wanita Mengalunkan Bacaan Al-Quran Dalam Pertandingan Tilawah ?
Credit pic : SUMBER


Majlis tilawah al-quran adalah salah satu acara tahunan yang dianjurkan oleh Kerajaan Malaysia  untuk meninggikan syiar Islam. Majlis ini pertama kalinya dinamakan sebagai 'Pertandingan Membaca al-Quran', kemudian dikenali sebagai 'Musabaqah Membaca al-Quran', selepas itu 'Ujian Tilawah al-Quran'. Walaubagaimanapun, sekiranya majlis ini diadakan di negeri johor ianya disebut sebagai 'Majlis Perujian Membaca al-Quran' atas titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tunku Sultan Johor.


Bolehkah Wanita Mengalunkan Bacaan Al-Quran Dalam Pertandingan Tilawah ? 


Pertandingan Membaca al-Quran se-Malaya pertama kali diperkenalkan oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Pekembar) pada 4 September 1947 yang diadakan di Masjid Jami' Abu Bakar, Johor baharu, Johor. 

Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Ahmad Bin Yaakob, Selaku Ketua Majlis Pertandingan Membaca Al-Quran se-Malaya pada ketika itu. Dalam majlis tersebut hanya peserta qari sahaja yang mengambil bahagian. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Sultan Johor dalam satu majlis jamuan teh di Istana Besar Johor pada 5 September 1947.


Objektif  Tilawah Al-Quran :

- Meninggikan syiar islam dan mendaulatkan al-Quran
- Mewujudkan silaturrahim sesama umat Islam dan hubungan baik antara negara-negara Islam di dunia.
- Memuliakan bulan Ramadhan, bulan nuzul al-Quran, Kitab Allah yang menjadi sumber asasi perlembagaan agama Islam.
- Meningkatkan kesedaran yang mendalam terhadap penghayatan Islam secara menyeluruh di kalangan umat Islam.


Soalan : 

Adakah seorang wanita boleh mengalunkan bacaan Al-Quran dalam pertandingan ?


Jawapan : 

Wanita boleh membaca al-Quran di hadapan hadirin dalam pertandingan. Tiada larangan mengenainya dengan syarat dia membaca al-Quran dengan hukum yang betul. Wanita pada zaman Rasulullah pernah bertanya kepada Baginda ketika ada lelaki bersama-sama Rasulullah pada ketika itu. Dan Rasulullah tidak melarang perbuatan tersebut.

Bacaan menjadi haram jika wanita itu berlebih-lebihan dalam bacaannya hingga lelaki tertarik dengan bacaan tersebut. Maksudnya bacaan yang melebihi bacaan yang sempurna. Panel pemilih bertanggungjawab untuk memilih peserta wanita yang tepat hingga tidak melepasi batas-batas seorang wanita. Islam tidak melarang para wanita berbuat baik, asalkan menepati lunas-lunas Islam dan menjaga akhlak. (Syeikh Abdul Halim Mahmud dalm Fatawa al-Nisa)

Post a Comment

Previous Post Next Post