Artikel Terkini

Cara Khusyuk Dalam Solat

Solat merupakan ibadat yang boleh menghalang pelakunya daripada melakukan perbuatan mungkar iaitu perbuatan salah dan terlarang. Seseorang itu perlu memahami kesan solat terhedap pembentukan peribadi manusia. Solat juga dapat memberi ketenangan jiwa tak kira seseorang itu dalam keadaan kesusahan mahupun kegembiraan.

Cara Khusyuk Dalam Solat
Cara Khusyuk Dalam Solat
Credit Pic : SUMBER


Solat dari sudut bahasa, sering diertikan dengan doa atau memohon kebajikan dan pujian. Dari sudut syarak pula, solat diertikan sebagai 'beberapa ucapan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir, disudahi dengan salam, dilakukan dalam keadaan beribadah kepada Allah SWT dengan menurut segala syarat yang telah ditentukan. Jika kedua-dua pengertian ini digabungkan ketika seseorang itu melakukan solat ia akan dapat menimbulkan solat yang berkesan.

Cara Khusyuk Dalam Solat


Solat diwajibkan kepada seluruh umat islam yang telah baligh, berakal dan suci daripada hadas kecil dan besar. Solat tidak diwajibkan kepada kanak-kanak yang belum baligh, orang yang gila, dan orang yang tertidur.


Soal Jawab Agama


Soalan : 

Bagaimana cara untuk khusyuk dalam solat ? 


Jawapan : 

Khusyuk dalam solat adalah sangat dituntut sepertimana firman Allah dalam surah al-Mukminuun ayat 1 dan 2 yang bermaksud : 
'Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusuk dalam solatnya.'

Firman Allah SWT lagi di dalam surah al-Maaun ayat 4 dan 5 yang bermaksud : 
'Maka kecelakaan besar bagi orang-orang yang solat, (iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan solatnya.'


Di antara amalan yang boleh dipraktikan untuk mencapai khusyuk dalam solat ialah : 


1. Berwudhuk dengan sempurna.

2. Mendirikan solat dia awal waktu.

3. Berusaha untuk membaca dengan baik, memahami dan mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat al-Quran yang dibcakan terutamanya sekali al-Fatihah.

4. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain agar diperolehi dari sumber yang halal.

5. Memotivasikan diri dengan mengganggap bahawa solat yang dilakukan merupakan solat yang terakhir dan berusaha melakukannya dengan sebaik mungkin.

6. Merasa malu (haya) terhadap Allah SWT, rasa takut (khauf) kepada kekuasaan Allah SWT dan memastikan ibadah yang dilakukan dengan penuh keikhlasan yang terbit dari hati nurani yang suci.


SUMBER 1 | SUMBER 2

No comments:

Post a Comment