Artikel Terkini

Sebab-Sebab Lelaki 'Reject' Cinta Seseorang Wanita


Tidak semua perasaan akan berakhir dengan bahagia. Masih ada saja individu diluar sana sering kali gagal dalam memiliki cinta yang mereka impikan. Malah masih saja ada yang mengalami nasib yang kurang bertuah dalam perhubungan, lagi-lagi bila masuk bab percintaan. Bukanlah tidak berusaha untuk berkenalan dan berkawan, kesudahannya lelaki yang anda inginkan itu tiba-tiba tidak muncul lagi dan terus menyepi tanpa berita.


Sebab-Sebab Lelaki 'Reject' Cinta Seseorang Wanita
Sebab-Sebab Lelaki 'Reject' Cinta Seseorang Wanita
Credit Pic : SUMBER


Bila melihat anda, mereka seakan-akan mengelak dari bertembung. Tapi apa punca lelaki tolak cinta seseorang wanita ? Sehinggakan anda sudah berputus asa untuk berkenalan dengan lelaki kerana takut perkara yang sama akan berulang kembali. Semuanya menjadikan anda semakin berputus asa.


Sebab-Sebab Lelaki 'Reject' Cinta Seseorang Wanita


Sedarkah anda, mungkin ada perkara yang anda terlepas pandang atau tersilap langkah semasa sedang mengenali seseorang. Sebelum menunding jadi kepada orang lain, sebaiknya anda ingat kembali suasana tersebut, takut-takut anda menjadi seekor 'raksasa' sedang mencari cinta sepanjang perkenalan dengan lelaki. Berikut merupakan punca lelaki tolak cinta seorang wanita dan menjauhkan diri dari mendekati yang anda harus ambil perhatian.


1. Terlampau Jual Mahal

Punyai sikap tarik tali harus perlu ada dalam setiap memulakan sesuatu perhubungan adalah punca lelaki tolakcinta anda paling utama. Namun anda juga harus mengambil langkah berhati-hati dan jangan jual mahal terlalu lama sehinggakan lelai rasa bosan dan malas untuk menunggu terlalu lama tanpa ada sebarang keputusan dari anda.

Tidak ada salahnya, anda memulakan diri untuk menghubunginya atau whatsap mengajak keluar makan atau menonton wayang bersama-sama. Tiada istilah 'perigi mencari timba'. Tahukah anda, lelaki juga sangat suka akan wanita yang berfikiran terbuka dan disitu mereka melihat sisi kemesraan dan seorang yang boleh dijadikan teman buat selamanya.


2. Emosi Tidak Terkawal

Elakkan dari mempunyai sikap yang terburu-buru seperti anda baru saja berkenalan dengan si dia baru sebulan dua. Namun sikap anda yang berlebih-lebihan ketika sedang berkongsi perasaan dan emosi akan mengakibatkan kejanggalan di situ. Sebaiknya anda harus bijak dalam mengawal perasaan supaya tidak terlihat terlalu 'over'.

Mempunyai sikap sedikit hipokrit juga diperlukan dalam permulaan perkenalan. Mungkin anda juga akan mudah rasa rimas dan mengjengkelkan jika ada orang yang tidak habis menceritakan tentang permasalahannya yang tiada berpennghujung.


3. Tiada Rasa Percaya

Lelaki sangat tidak menyukai wanita yang terlalu mengkong dan suka bertanya soalan yang sama berulang kali. Sebagai contoh, ''tadi keluar dengan perempuan mana ? '', 'kenapa lambat balas mesej ?, suka sangat tengak perempuan lain yang lebih cantik ? 

Tolonglah, jangan sesekali anda mengajukan soalan yang boleh menghancurkan hubungan anda oleh kerana anda rasa tergugat atau tidak selamat. Sikap sebegitu menandakan langsung tidak kepercayaan terhadap pasangan semasa mula menjalinkan hubungan. Sekiranya anda masih meneruskan dengan sikap yang begitu, mungkin hubungan anda tidak eprnah bertahan lama.

Apa yang paling penting dalam menjalinkan perhubungan adalah sebaiknya anda jadilah diri sendiri. Jika boleh perbaikilah diri anda menjadi wanita yang terbaik di mata pasangan. Kepercayaan adalah sangat penting dalam setiap perhubungan cinta. Elakkan diri mempunyai tiga sikap yang ada dia atas.


SUMBER


No comments:

Post a Comment