Nama cacing rambu atau cacing cambuk boleh dikenali berdasarkan kepada ciri-ciri bentuk cacing dewasa. Cacing dewasa berukuran diantara 3-5 cm panjang dan boleh hidup di antara 1-3 tahun.

Apakah Itu Cacing Rambu Atau Cacing Cambuk ?
Apakah Itu Cacing Rambu Atau Cacing Cambuk ?
Credit Pic : SUMBER


Ia membenamkan hujung badannya pada dinding usus besar manusia. Cacing rambu atau cacing cambuk betina boleh menghasilkan lebih dari 10,000 telur dalam masa sehari dan dikeluarkan dalam najis manusia.

Apakah Itu Cacing Rambu Atau Cacing Cambuk ?


Apakah Itu Trichuriasis ?


Trichurisasis ialah jangkitan yang disebabkan oleh cacing rambu atau cacing cambuk. Ia sering berlaku di kalangan kanak-kanak.


Bagaimanakah Ia Berjangkit ?


Jangkitan berlaku apabila kanak-kanak makan makanan atau minum air yang tercemar dengan telur cacing. ia juga boleh berlaku apabila kanak-kanak memasukkan jari tangan ke dalam mulut selepas bermain dengan tanah yang tercemar. Telur-telur cacing tersebut akan menetas di dalam usus besar kanak-kanak.


Apakah Tanda Dan Gejala ? 


1. Jangkitan Ringan (kurang dari 100 cacing)

- Kemungkinan tiada sebarang tanda dan gejala
- Kadang kala kanak-kanak mengalami kembung perut, cirit birit, sembelit atau perut rasa tidak selesa


2. Jangkitan Teruk (melebihi 100-1000 cacing)

- Sakit perut
- Muntah
- Cirit-birit (kemungkinan mengandungi darah)
- Pucat (kurang darah)
- Hilang selera makan
- Susut berat badan
- Bahagian akhir usus besar terkeluar
- Pembesaran terencat


Apakah Bahaya Jangkitan Cacing Rambu Atau Cacing Cambuk ?


Bagi kes yang teruk, dehidrasi dan kekurangan darah berlaku akibat daripada cirit-birit berdarah. Bahagian akhir usus besar terkeluar kadang kala berlaku.


Bagaimanakah Anda Tahu Anak Anda Dijangkiti Cacing Rambut Atau Cacing Cambuk ?

Apabila anak anda membuang air besar dan najisnya mengandungi telur cacing rambu atau cacing cambuk. Ianya boleh dipastikan melalui pemeriksaan mikroskopik ke atas najis anak anda.


Apakah Rawatannya ?


Rawatan adalah berkesan dengan ubat makan. Rawatan ini perlu diulangi mengikut keperluan (jika masih terdapat tanda-tanda jangkitan selepas 2 minggu rawatan diberi).


Pencegahan


- Basuh tangan dengan sempurna sebelum menyediakan makanan.
- Elakkan anak anda daripada bermain di tanah yang tercemar dengan telur cacing rambu atau cacing cambuk.
- Basuh makanan yang mungkin tercemar dengan telur cacing rambu atau cacing cambuk dengan bersih.


SUMBER

Baca juga : Apa Itu Hypophenia ?

Post a Comment

Previous Post Next Post