Philophobia ni terjadi apebila seseorang itu pernah mengalami atau mendengar tentang incident yang menyakitkan dalam sesebuah hubungan percintaan. Mereka menjadi takut untuk bercinta, berkawan atau pun bersosial dengan orang sekeliling mereka. 

Adakah Anda Penghidap Philophobia (Takut Untuk Bercinta) ?
Adakah Anda Penghidap Philophobia (Takut Untuk Bercinta) ?
Credit Pic : SUMBER

Mungkin juga pengidap philophobia ni mempunyai phobia lain seperti anablephobia (takut tengok atas) atau arrhenphobia (takut lelaki) yang membuatkan mereka mengidap philophobia.

Adakah Anda Penghidap Philophobia (Takut Untuk Bercinta) ? 


Ini salah satu contoh philophobia yang disebabkan oleh phobia yang lain. Philophobia ini menyebabkan mereka susah untuk bercinta dan bersosial dengan orang lain. Nak beli barang dekat kedai pun susah sebab takut tengok atas. Yang sorang lagi, kalau tak ada hand sanitizer tak sah. 

Philophobia ni ada yang boleh dirawat dan ada yang susah nak dirawat. Tapi, sebelum tu, jom kenal pasti tanda-tanda pengidap philophobia ni dulu : 

- Takut untuk memikirkan semua hal tentang cinta
- Menjauhkan diri dari segala macam potensi cinta
- Bila berhampiran dengan potensi cinta, penderita akan mengalami gejala-gejala phobia yang biasa seperti panik, resah, gugup, takut, melarikan diri, benci, berpeluh, pening, dan sebagainya
- Ada keadaan tertentu penderita akan merasakan dirinya akan mati jika jatuh cinta.
- Penderita akan mengelakkan diri dari segala macam yang difikirkan berkaitan dengan cinta.


Cara-Cara Mengatasi Masalah Philophobia ini adalah : 

1) Relax Dan Tenang                                                                                                                   

Seorang Philophobic akan merasakan kegelisahan yang berlebihan (anxciety disorder) apabila ia merasakan cinta atau jatuh cinta. Jadi, anda harus bertenang.


2) Hindari Stress

Salah satu pemicu kegelisahan berlebihan adalah stres. Hindari kejadian-kejadian yang memaksa anda untuk berpikir terus menerus. Tempatkan diri anda pada kegiatan yang anda suka untuk mengalihkan perhatian Anda, seperti hobi atau hal-hal lain yang menenangkan.


3) Hindari Kafein Dan Rokok

Kafein yang terdapat dalam kandungan minuman teh, kopi, soda akan menyebabkan jantung manusia berdetak lebih kencang dari biasanya. Rokok juga menyebabkan kondisi jantung anda akan berdetak lebih cepat.


4) Menjalani Rawatan

Rawatan yang bertepatan serta pengambilan ubat yang disyorkan oleh pakar amat membantu anda dalam proses penyembuhan.


5) Bercerita Kepada Orang Yang Dipercayai

Bercerita tetang masalah yang dihadapi kepada orang yang anda percayai atau libatkan diri anda dalam program yang khusu untuk pengidap phobia.


6) Berdoa

Berdoa kepada Allah agar dikurniakan kesembuhan dari segala penyakit yang dihadapi.

Begitu la serba sedikit maklumat tentang philophobia ni. Philophobia adalah salah satu daripada beratus jenis phobia yang lain. Setiap insan tu ada kekurangan dan ada kelebihan.


SUMBER

Baca Juga : Apa Itu Ailurophobia (Ketakutan Pada Kucing) ?

Post a Comment

Previous Post Next Post