Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah..., hari ni kita masih lagi bernafas dan peluang untuk beramal dan beribadat. Cumanya dalam beberapa hari yang lepas, cuaca agak tak menentu, kejap panas dan kejap hujan..ramai yang demam termasuklah diri saya. Mungkin tempias bahang PRU-15 kot..haha.

Skop Tugas Sebenar Penolong Pengurus Asrama N29
Skop Tugas Sebenar Penolong Pengurus Asrama N29
Credit Pic : SUMBER


Hari ni saya akan kongsikan skop tugas sebenar Penolong Pengurus Asrama N29. Ada tak di sini yang tak pernah dengar jawatan tu? Mungkin ada dikalangan anda yang belum pernah dengar jawatan ini. 

Skop Tugas Sebenar Penolong Pengurus Asrama N29


Secara ringkasnya, Penolong Pengurus Asrama N29 bertanggungjawab mengurus pelajar dan kolej kediaman dengan kerjasama Pengetua dan Pengurus Asrama dalam melancarkan pentadbiran kolej yang berkaitan dengan pelajar, fasiliti dan kemudahan-kemudahan asas yang lain.

Skop Tugas & Bidang Tugas 

  • Pentadbiran, Penempatan, Dewan Makan
- Menguruskan pentadbiran pejabat dan kolej kediaman dengan sempurna dan cekap.
- Menyelia dan mengawasi semua kakitangan bawahan.
- Menguruskan dan menentukan penempatan pelajar.
- Menyelenggara segala fasiliti dan kemudahan asrama untuk kegunaan pelajar.
- Memeriksa keseluruhan kebersihan makanan dan dewan makan.
- Menyediakan analisa tender dewan makan.

  • Kewangan
- Menguruskan wang panjar runcit serta menyemak analisa sebutharga dan pembelian.
- Menyediakan kertas kerja dan peruntukan kewangan serta bajet tahunan.

  • Inventori Kolej
- Mengemaskini urusan rekod dan kawalan inventori stor, pejabat, kelengkapan bilik pelajar, bilik umum, bilik rehat dan rumah Pegawai Pembangunan Pelajar.
- Menguruskan pelupusan kelengkapan dan rekod stor kelengkapan kolej.

  • Pengurusan Penyelenggaraan Bangunan
- Semakan berkala dan laporan kepada Pejabat Harta Bina.
- Memantau kerja-kerja kontraktor dan kebersihan kawasan (Landskap)
- Memastikan urusan penyelenggaraan bangunan secara teratur dan lancar.

  • Aktiviti Kolej & Tatatertib
- Menguruskan persiapan logistik untuk aktiviti pelajar dan tabung amanah kolej.
- Memastikan pelajar membuat pelarasan kewangan mengikut waktu yang telah ditetapkan.
- Menguruskan dan menyemak proses tatatertib kolej.


Kebolehan Yang Diutamakan (Pengetahuan/Kemahiran)

1. Berpengetahuan dan mempunyai kefahaman dalam melaksanakan aktiviti berikut :
  • memastikan  kualiti bahan mentah basah dan kering terjamin kualitinya.
  • menyediakan makanan
  • kemahiran memasak
2. Mesra pelajar

3. Jujur, Amanah, Tekun, Bertanggungjawab dan Adil

4. Inovatif, Kreatif dan Proaktif


Sampai di sini saja, perkongsian saya pada kali ni. Semoga anda semua lulus temuduga dalam jawatan ini. 


Post a Comment

Previous Post Next Post