Assalamaulaikum dan salam sejahtera.

Hujung-hujung bulan ni banyak benda nak kena setelkan. Datang serentak pula tu semua...huhuhu. Malam ni tak nak stress ka apa...kita layan lagu dulu sambil menulis blog. Ok baiklah, untuk post kali ini, saya akan kongsikan skop tugas untuk jawatan Pembantu Antidadah Gred S19 pula. 


Skop Tugas Sebenar Pembantu Antidadah S19
Skop Tugas Sebenar Pembantu Antidadah S19
Credit Pic : SUMBER

Bila sebut jawatan Pembantu Antidadah S19 ni, apa yang anda semua terbayang? Hahaha...x len x bukan membuat tangkapan ke atas penagih-penagih dadah kan? Rupanya skop tugas bagi Pembantu Antidadah S19 ni bukan sahaja membuat serbuan malah banyak lagi cabang-cabang yang anda mungkin tidak tahu.


Skop Tugas Sebenar Pembantu Antidadah S19 


Jom kita lihat skop-skop tugas Pembantu Antidadah S19 ini : 

Pembantu Andidadah S19 ni boleh dikatakan banyak kerja juga, macam-macam kerja perlu buat. Tapi yang terasnya ada 2 iaitu : 

- Di Dalam Institusi - Di Luar Institusi

--> Dalam Institusi kiranya dalam pusat la, pelbagai nama misalnya CCRC, CNC, SUSPEN dan lain-lain. (Boleh Google apa fungsi-fungsi pusat tersebut). Dalam Institusi lebih kepada menjaga kebajikan dan pengurusan Klien.

--> Luar Institusi pula lebih kepada di daerah-daerah. Terdapat pula 3 cabang iaitu : 

- Pencegahan
- Penguatkuasaan
- Pemulihan


Pencegahan lebih menumpukan kepada kempen pencegahan penagihan dadah.

Penguatkuasaan lebih kepada menguatkuasakan undang-undang, tangkapan, menjaga lokap, eskot dan lain-lain lagi.


Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan > KLIK DISINI <


Pemulihan pula membantu dalam proses pemulihan klien yang telah dijatuhi hukuman pengawasan melalui hukuman pengawasan melalui kaunseling, khidmat nasihat, program dan lain-lain.

* Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh melayari Website Rasmi Agensi Antidadah Kebangsaan  > Klik Disini < 

Harap dengan perkongsian ini, dapat memudahkan anda menjawab bagi pertanyaan skop tugas Pembantu Antidadah S19 ini. Di lain entri, saya akan kongsikan Skop Tugas bagi jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) W19.

SUMBER - Pembantu Antidadah AADK 

Baca Juga : Skop Tugas Sebenar Pembantu Awam H11

Post a Comment

Previous Post Next Post