Apakah hukum menindik telinga anak perempuan kerana hendak dipakaikan subang?

Hukum Berkenaan Menindik Telinga Anak Perempuan Untuk Dipakaikan Subang
Hukum Berkenaan Menindik Telinga Anak Perempuan Untuk Dipakaikan Subang
Credit Pic : SUMBER

JAWAPAN :

Hukum Berkenaan Menindik Telinga Anak Perempuan Untuk Dipakaikan Subang


Mengikut pendapat yang muktamad dalam mazhab Syafie hukum menindik telinga anak perempuan adalah harus dan sebahagian lagi berpendapat sebaliknya.

Berkata Syeikh Zakaria Al-Ansori :

تثقيب أذن الصبية لتعليق الحلق جائز على الراجح خلافا للغزالي

Artinya : “Menindik telinga kanak-kanak perempuan kerana menggantungkan subang adalah harus atas pendapat yang paling kuat bersalahan bagi Imam Al-Ghazali.” (Kitab Asnal Matalib)

Menyebut oleh Syeikh Nawawi Bintan :

هذا ما قاله الغزالي في الإحياء وأفتى بذلك الشيخ الرملي ورجح في موضع آخر الجواز وهو المعتمد كذا في تحفة الحبيب

Artinya : “Larangan menindik telinga kanak-kanak perempuan ini telah menyebut oleh Imam Al-Ghazali pada kitab Ihya’ Ulumiddin dan telah menfatwakan seperti itu juga oleh Syeikh Ramli dan tetapi Syeikh Ramli telah menguatkan akan hukum harusnya pada kitab yang lain dan ialah yang muktamad sepertimana tersebut pada kitab Tuhfatul Habib.” (Kitab Nihayah Zain)

Dan begitu juga dalam mazhab Hanbali dan Hanafi mengharuskan menindik telinga kanak-kanak perempuan.

Telah menyebut oleh Syeikh Khatib Syarbini :

وعند الحنابلة أن تثقيب آذان البنات للزينة جائز ويكره للصبيان ، وعند الحنفية لا بأس بتثقيب آذان الصبية لأنهم كانوا يفعلونه في الجاهلية ولم ينكر عليهم النبي صلى الله عليه وسلم

Artinya : “Dan di sisi mazhab Hanbali bahawasanya menindik telinga anak-anak perempuan kerana memakai perhiasan adalah harus dan dimakruhkan pada kanak-kanak lelaki. 

Dan di sisi mazhab Hanafi tidak mengapa menindik telinga kanak-kanak perempuan kerana sungguhnya mereka telah lakukannya pada zaman jahililyyah dan Rasulullah saw tidak menegahnya (setelah mereka masuk Islam)”. (Mughni Muhtaj)

wallahua’lam

SUMBER - Ustaz Azhar Idrus

Baca Juga : Hukum Berkenaan Orang Lelaki Yang Memakai Minyak Rambut Mengambil Wuduk

Post a Comment

Previous Post Next Post