Orang yang selalu berdoa meminta perkara yang sama contohnya orang yang miskin selalu berdoa meminta jadi kaya tetapi masih belum ditunaikan doanya oleh Allah adakah bermakna Allah tidak mahu menjadikannya kaya atau macamana?

Kenapa Doa Kita Masih Belum Dimakbulkan?
Kenapa Doa Kita Masih Belum Dimakbulkan?
Credit Pic : SUMBER

JAWAPAN :

Kenapa Doa Kita Masih Belum Dimakbulkan?


Hendaklah diketahui bahawa kita sebagai makhluk diperintahkan supaya meminta dengan berdoa kepada Allah maka siapa yang telah berdoa maka dia telah melaksanakan haknya sebagai makhluk Allah samada Allah sudah memakbulkan doanya atau belum.

Firman Allah :

ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

Artinya : “Berdoalah kamu sekelian kepada-Ku pasti Aku akan perkenankan bagi kamu. “ (Ghafir : 60)

Siapa yang berdoa maka dia telah beramal dengan ayat ini dan baginya pahala di akhirat nanti sama doanya dimakbulkan atau tidak.

Ayat ini menjadi dalil bahawa doa orang yang beriman pasti akan dimakbulkan oleh Allah guma perlu diketahui bahawa cara Allah memakbulkan doa itu ialah dengan tiga cara sebagaimana yang diriwayatkan sebuah hadith daripada Abu Said Al-Khudri r.a. sungguhnya Nabi saw telah bersabda :

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُو بِدَعْوَةٍ لَيْسَ فِيهَا إِثْمٌ ، وَلَا قَطِيعَةُ رَحِمٍ ، إِلَّا أَعْطَاهُ اللهُ بِهَا إِحْدَى ثَلَاثٍ : إِمَّا أَنْ تُعَجَّلَ لَهُ دَعْوَتُهُ ، وَإِمَّا أَنْ يَدَّخِرَهَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ ، وَإِمَّا أَنْ يَصْرِفَ عَنْهُ مِنَ السُّوءِ مِثْلَهَا . قَالُوا : إِذًا نُكْثِرُ . قَالَ : اللهُ أَكْثَرُ

Artinya : “Tidak ada seorang Muslim yang berdoa yang tiada pada doanya itu dosa dan bukan doa memutuskan persaudaraan melainkan Allah akan perkenankan baginya dengan salah satu dari tiga cara yaitu samada Allah akan menyegerakan bagi permintaannya itu atau Allah menyimpannya baginya di akhirat nanti atau Allah akan memalingkan daripadanya keburukkan seumpamanya.” (Hadith Riwayat Imam Ahmad)

Maksudnya semua orang beriman yang berdoa kepada Allah meminta perkara yang baik pasti akan mendapat kebaikkan dari kerana doanya itu yakni tidak ada satu pun doa orang beriman akan disia-siakan oleh Allah.

Contoh yang pertama Allah akan memakbulkan apa yang dia minta seperti jika seorang itu hendak bermusafir pergi menunaikan fardu haji ke Mekah berdoa meminta Allah memberikan keselamatan baginya dalam perjalanan pergi dan balik lalu Allah menjadikan perjalanannya itu selamat pergi dan balik sesuai dengan apa yang dia minta.

Yang kedua Allah tidak memberinya di dalam dunia tetapi menyimpannya untuk diberikan kepadanya di akhirat nanti contohnya seorang miskin yang dari muda sampai ke akhir hayat berdoa meminta jadi kaya maka Allah tidak mahu dia kaya di dalam dunia kerana Allah mahu menjadikannya orang yang kaya di akhirat nanti dengan masuk syurga-Nya.

Dan ketiga Allah tidak memberinya apa yang dia minta tetapi Allah selamatkannya dari sesuatu bencana atau musibah contohnya dia berdoa meminta berjaya dalam perniagaan tetapi yang Allah bagi kepadanya ialah kesihatan yang baik dan tidak mempunyai penyakit.

Jika orang yang beriman memahami konsep ini nescaya dia akan sentiasa berdoa kepada Allah dan sedikit pun tidak ada rasa jemu atau kecewa pada Allah kerana keyakinan bahawa Allah lebih mengetahui apa yang kita tidak mengetahuinya.

Firman Allah :

وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لا تَعْلَمُون

Artinya : “Terkadang apa yang kamu tidak suka itu adalah baik bagi kamu dan terkadang apa yang kamu sangat suka itu buruk bagi kamu dan Allah itu mengetahui apa yang kamu semua tidak mengetahui. “ (Al-Baqarah : 216)

SUMBER

Baca Juga : Hukum Berkenaan Menindik Telinga Anak Perempuan Untuk Dipakaikan Subang

Post a Comment

Previous Post Next Post