Mengapa betapa sukarnya untuk kita move on dari masa lampau?
Ya, move on. Teruskan hidup dan lupakan masa silam yang menghancurkan hati. Bagi sesetengah org yg x pernah merasai betapa peritnya sakit dan betapa hancurnya setelah dikecewakan, mereka melihat perkara ni sebagai masalah kecil sahaja. Tapi bagaimana pula mereka yg sedang merasainya?
Mengapa Kekadang Kita Susah Move On?
Tidak semudah yg disangka-sangka. Sebab kadang-kadang perkara yg nampak mudah inilah mengambil ruang yg paling besar dalam hati kita. Terkurung dalam kesakitan dan kesilapan masa lalu yg enggan dilupakan.Mengapa Kekadang Kita Susah Move On? Credit pic : SUMBER |
Watak-watak dan babak-babak yg pernah hadir dalam hidup, meninggalkan parut yg sepertinya tidak akan sesekali hilang. Siapa yg boleh jangka disebalik sebuah kuntum senyuman terlindung segaris parut yg dalam, yg seakan tidak mahu sembuh untuk seumur hidup. Hati kita bingung, akal kita bercelaru.
Memang lumrah hati kita ini lemah, sehingga kekadang membuatkan kita terduduk seakan tidak mampu berdiri apabila jatuh. Tetapi dengan berlalunya masa, sedikit demi sedikit usaha kita boleh membina kekuatan hati, lebih kuat dari sebelumnya.
Dengan syarat, kita jangan mudah berputus asa dan bangun teruskan hidup terlebih dahulu.
SUMBER
Post a Comment