Haji adalah ziarah suci yang
dilakukan umat
Islam ke Makkah, Arab Saudi setiap tahun dan merupakan yang
terbesar di dunia. Haji adalah rukun ke-5 yang wajib dilaksanakan seperti yang
tertakluk dalam Rukun Islam.
Hukum Menggunakan Duit Haram Untuk Menunaikan Haji Credit Pic : SUMBER |
Kewajipan agama ini hendaklah dilakukan
oleh umat Islam sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka bagi yang
berkemampuan dan larat mengerjakannya. Haji menunjukkan perpaduan dan
persaudaraan dalam kalangan Muslim serta penyerahan jiwa kepada Allah.
Hukum Menggunakan Duit Haram Untuk Menunaikan Haji
Ziarah ini akan dilakukan pada 8 hingga 12
hari bulan Zulhijjah, iaitu bulan terakhir dalam takwim
Islam. Disebabkan takwim tersebut merupakan kalendar qamari dan
ia mengandungi 11 hari kurang berbanding kalendar Gregory, maka hari
pelaksanaan haji mengikut tarikh Gregory sering berubah dari tahun ke tahun.
Soalan :
Apakah hukum menunaikan fardhu haji dari
hasil wang haram?
Jawapan :
Dalam isu ini, ulama’ berbeza pandangan kepada
dua pendapat:
Pertama : Pendapat yang dipegang oleh Imam
Ahmad. Beliau berpendapat bahawa hukum haji tersebut tidak sah dan tidak
diterima berdasarkan kepada hadith di bawah:
Yang bermaksud: “Bahawa Allah itu baik (bersih), tidak menerima melainkan yang baik (bersih).” Riwayat Muslim (1015) al-Tirmizi (2989)
Kedua : Pendapat yang dipegang oleh jumhur
(Syafi’ie, Maliki, Hanafi)
Menurut Imam Nawawi Rahimahullah, apabila
seseorang itu melakukan haji dengan harta yang haram atau dia menunggang haiwan
tunggangan yang dirampas ataupun haram keatasnya, maka dia mendapat dosa di
atas perbuatannya, namun hajinya sah.
Ini kerana, haji merupakan
perbuatan-perbuatan yang khusus (rukun dan syarat) dan pengharamannya adalah
disebabkan perkara yang di luar darinya. (Rujuk al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab,
oleh Imam Nawawi, 7/62)
Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW
bersabda yang bermaksud :
Maksudnya: “Sesiapa yang melakukan haji dengan harta yang haram, apabila dia bertalbiah, akan dikatakan kepadanya: “Tidak diterima seruanmu dan tidak ada kebahagiaan buatmu serta hajimu tertolak ke atas dirimu” (Rujuk Hasyiah al-Bujairami, 2/423)
Kesimpulan
Dalam isu ini, kami berpandangan bahawa
hukum haji yang dilakukan dengan menggunakan wang haram adalah sah namun
penggunaan wang tersebut dikira sebagai berdosa. Ini kerana, pengharaman
terhadap perbuatan tersebut adalah disebabkan perkara-perkara yang di luar dari
ibadah haji.
Kami mengambil peluang disini untuk
menasihati para jemaah haji agar sama-sama meneliti sumber kewangan bagi
melaksanakan ibadah haji kerana dibimbangi haji yang kita lakukan itu menjadi
sia-sia disebabkan sumber yang haram tersebut.
Bagi mereka yang berpeluang untuk
menunaikan ibadah haji adalah satu anugerah yang besar daripaada Allah SWT.
Justeru, berusahalah sebaik mungkin untuk mencapai haji yang mabrur.
Akhir sekali, marilah kita berdoa semoga
kita dijauhi dan dilindungi oleh Allah SWT daripada perkara-perkara yang
dimurkai oleh-Nya seterusnya hidup dibawah rahmat-Nya. Amin.
Post a Comment