Selalunya, kebanyakan daripada kita akan tersenyum walaupun kita tidak berasa gembira. Ramai yang melakukannya supaya dapat mewujudkan karakter yang lebih disenangi seperti dalam temuduga, menghadiri makan malam, jamuan, atau majlis keramaian.
Rahsia Mudah Untuk Mengetahui Senyuman Palsu Seseorang Credit Pic : SUMBER |
Senyuman sememangnya penting kerana ia secara tidak langsung dapat menjadikan anda nampak lebih mesra, menyakinkan, mudah dan senang didekati.
Rahsia Mudah Untuk Mengetahui Senyuman Palsu Seseorang
Bukan itu saja, ia juga adalah faktor utama bagi anda yang berusaha menjadi model atau seseorang yang beraksi di hadapan kamera supaya anda tidak nampak kekok.
Jom kita lihat ciri-ciri senyuman asli dan palsu :
APA CIRI SENYUMAN YANG ASLI?
Sebenarnya perasaan anda memainkan peranan penting dalam membaca bahasa tubuh. Lebih-lebih lagi wanita, mereka amat sensitif dan sering memiliki deria ke-7 dan mampu menyelami hati seseorang dengan hanya melihat pergerakan badan.
Menurut Guillaume Duchenne, iaitu doktor pertama yang menemukan teori senyuman ‘Duchenne’, terdapat 2 jenis otot yang akan terlibat dalam reaksi senyuman pada wajah anda.
Kedua-dua otot ini memainkan peranan penting dalam menyerlahkan keaslian senyuman anda.
1. Otot Zigomatik Major – Otot ini akan meluaskan pipi anda dan menampakkan gigi anda. Otot ini boleh dikawal oleh seseorang dengan mudah. Contohnya, apabila seseorang berkata “Senyum pada kamera !!”
2. Otot Orbikularis Okuli – Otot kedua ini selalunya tidak dikesan pada senyuman ‘fake’. Otot ini akan menjadikan mata seseorang tampak lebih kecil dan menghasilkan sedikit kedutan pada bahagian tepi mata. Kedutan ini dikenali sebagai ‘crow’s feet’.
BELAJAR BAHASA TUBUH: 3 RAHSIA MENGETAHUI SENYUMAN PALSU
1. TIADA REAKSI PADA BAHAGIAN ATAS WAJA
Kita boleh mengetahui jika seseorang itu memberi senyuman palsu apabila dia tidak menunjukkan sebarang pergerakan pada bahagian atas wajah ketika sedang senyum.
Otot-otot wajah memainkan peranan apabila anda benar-benar tersenyum. Sebab itulah kata orang, kalau selalu senyum nanti awet muda!
2. TIADA KEDUTAN ‘CROW’S FEET’
Ini adalah petanda yang kedua yang dapat anda menentukan sama ada senyuman itu yang asli atau dibuat-buat.
3. TIDAK MENAMPAKKAN GIGI BAWAH
Kalau seseorang benar-benar tersenyum, gigi yang akan ternampak adalah gigi atas. Ini adalah kerana tindakan otot zigomatik major tadi yang akan menarik ‘senyuman‘ anda ke atas.
Jika seseorang berpura-pura, biasanya dia akan senyum terlalu luas sehingga menampakkan kesemua gigi, termasuklah gigi bawah.
Walaubagaimanapun, ia juga bergantung kepada bentuk mulut seseorang kerana kadangkala ia tetap berlaku walaupun seseorang senyum dengan seikhlas hati. Jadi, tips ketiga ini perlu digunapakai dengan lebih berhati-hati.
SENYUMAN YANG ASLI BIASANYA AKAN MENYEBARKAN AURA POSITIF
Senyuman sebenar biasanya sangat mudah merebak dan dapat menggembirakan ramai orang di sekeliling.Tetapi, walaupun senyuman penting dalam komunikasi, kita haruslah sentiasa jujur dengan perasaan dan juga perhubungan.
Oleh itu, sekiranya anda tidak berasa gembira dan mempunyai seseuatu untuk diperkatakan, luahkanlah sebelum pasangan anda mengetahui rahsia senyuman ‘fake’ melalui bahasa tubuh yang anda perlihatkan.
Bukan itu saja, penting juga untuk anda tahu untuk senyum dengan betul kalau nak ambil gambar atau ‘selfie’ supaya wajah anda nampak benar-benar ceria dan menyerlah !!
SUMBER
Baca Juga : Tips Mudah Untuk Penjagaan Wajah Muka Anda
Post a Comment