Acara bersanding merupakan perkara yang sering dilakukan di majlis perkahwinan. Bagi kaum lelaki, anda pastinya ingin tampil segak dan kacak semasa acara itu berlangsing. Namun, ada beberapa perkara yang perlu dihindari dan dilarang pakai untuk memastikan ciri-ciri maskulin dan jantan anda menyerlah.

Jom kita lihat benda atau perkara yang tidak sesuai digayakan lelaki ketika majlis bersanding berlangsung !! 

Tips Kekal Macho Di Hari Persandingan

Tips Kekal Macho Di Hari Persandingan
Tips Kekal Macho Di Hari Persandingan|
Credit Pic : SUMBER 

Mengenakan Makeup Yang Sesuai

Tidak salah sekiranya anda ingin memakai solekan di majlis perkahwinan. Namun harus diingatkan, solekan yang dikenakan haruslah seminima mungkin agar anda tidak kelihatan seperti badut. Seeloknya, dapatkan solekan daru jurusolek professional kerana mereka lebih mahir tentang bab ini. Jangan pula memandai untuk makeup sendiri ataupun menyuruh ahli kaum keluarga untuk meyolek anda. Khuatir anda kelihatan seperti drag queen !! Tak ke memalukan?

Tidak Memakai Kasut Tumit Tinggi

Ada sesetengah lelaki yang tidak berapa tinggi memakai kasut tumit tinggi agar kelihatan lebih tinggi di majlis perkahwinan. Kononnya ingin tampak lebih menonjol dan setaraf dengan ketinggian pasangan. Awas ya! Jangan sesekali memakai kasut tumit tinggi walaupun kasut tumit tinggi itu direka khas untuk lelaki. Sekiranya pasangan anda lebih tinggi dari anda, nasihatkan pasangan anda agar tidak memakai kasut tumit yang terlalu tinggi.

Aksesori

Bagi mereka yang gemarkan berpakaian tradisional seperti baju melayu siap bersamping dan tanjak ketika majlis perkahwinan, anda dinasihatkan agar tidak mengenakan aksesori yang terlalu sarat. Cukup sekadar rantai ringkas, kerongsang untuk tanjak dan keris sebagai aksesori pilihan. Jangan memakai aksesori yang terlalu besar kerana takut anda kelihatan seperti penari tradisional.

Tidak Memakai Baju Warna Terlalu Terang

Untuk lelaki, lebih manis sekiranya anda menggayakan baju berwarna pastel dan gelap untuk majlis perkahwinan. Contoh warna yang boleh dipilih ialah, biru lembut, hijau lembut, coklat gelap, pic lembut, kuning lembut, hijau zamrud dan lain-lain lagi. Baju rona terlalu terang bukanlah tidak sesuai digayakan oleh lelaki, namun warna lembut dan gelap lebih menyerlahkan sisi maskulin seseorang lelaki itu di majlis raikan cinta.

Tidak Memakai Cermin Mata Gelap

Ada sesetengah lelaki cukup gemar menggayakan cermin mata hitam sehinggakan memakainya untuk majlis bersanding. Perkara ini tidak digalakkan kerana mengganggu hadirin dan tetamu yang ingin melihat wajah anda sebagai raja sehari. Sekiranya anda menghadapi masalah silau kerana terkena pancaran matahari, anda boleh memakainya, namun biarlah buat seketika sahaja. Berilah ruang buat tetamu dan si dia melihat wajahmu yang tampan itu !! 


SUMBER

Baca Juga : Tips Buat Pasangan Bertunang Untuk Kekal Bahagia Hingga Ke Alam Perkahwinan

Post a Comment

Previous Post Next Post