Tips Mudah Jimat Berbelanja Barangan Dapur Credit Pic : SUMBER |
Barang dapur memanglah keperluan setiap rumah. Tapi kalau anda tak tahu cara mengawal duit perbelanjaan barang dapur ni, anda mungkin terpaksa gunakan duit simpanan pula untuk kegunaan yang lain.
Tips Mudah Jimat Berbelanja Barangan Dapur
Sebenarnya tak susah pun nak jimat belanja dapur ni. Anda boleh lakukan 9 tips jimat belanja dapur di bawah untuk setiap perbelanjaan barang dapur anda.
1. Buat bajet kira-kira setiap bulan.
Ramai yang terlepas pandang perkara penting dalam tips jimat belanja dapur ni bila nak berbelanja. Sedangkan negara ada bajet, takkan kita pun tak ada bajet perbelanjaan kita kan?
Buat kira-kira pendapatan dan perbelanjaan setiap hari dan setiap bulan. Catatkan setiap perkara yang anda beli di dalam satu buku akaun. Jangan malas tau!
Kalau anda berjaya buat senarai perbelanjaan ni, anda akan dapat kenal pasti perkara yang anda tak payah beli pun sebenarnya.
Kadang kala anda dah beli pun barang dapur tu secara banyak, tapi anda anda masih beli lagi barang yang sama untuk bulan seterusnya. Kalau macam ni, duit belanja dapur boleh dikurangkan
2. Berbelanja dengan bajet yang tetap setiap bulan.
Setelah anda mengira senarai barang dapur yang anda mahu beli, dapatkan jumlah berapa ringgit duit perbelanjaan dapur anda itu.Anda akan dapati setiap bulan anda akan berbelanja dengan amaun yang lebih kurang sama. Jadi tetapkan duit perbelanjaan barang dapur setiap bulan.
Kemudian, bershopping dengan jumlah duit perbelanjaan yang ditetapkan tadi. Jika tak cukup, itu tanda mungkin ada barang yang anda tak perlu beli.
Jika ada duit lebih dari berbelanja barang dapur tu, anda boleh masukkan duit baki tadi ke dalam tabung belanja dapur. Duit ini boleh digunakan untuk belanja barang dapur untuk bulan seterusnya.
3. Buat shopping list
Pergi check dulu kat dapur barang apa yang perlu dibeli. Lepas tu buat saringan. Pastikan kalau barang tu memang betul-betul perlu dibeli atau boleh diganti dengan barang dapur alternative yang lain.
Bila berbelanja tu anda kenalah patuh dengan shopping list tu. Kadang kala kita akan beli barang yang tiada di dalam shopping list.
Habit yang macam ni yang akan boroskan duit bekanja anda. Kan lebih baik ikut sahaja shopping list itu dan anda akan dapat rewardnya. Rewardnya, anda dapat jimat duit belanja dapur yang boleh digunakan untuk bulan seterusnya.
4. Amaran! Jangan bershopping semasa lapar
Apa jadi bila anda lapar? Macam semua benda tak betulkan? Kejap nak buat itu, kejap nak buat ini. Anda pun akan rasa nak marah je kan?
Bila dalam keadaan lapar. otak kita sebenarnya tidak boleh berfikir secara rasional. Jadi yang mengawal kita bila berbelanja masa lapar adalah nafsu.
Bahayanya, kita akan ikut sahaja kata nafsu suruh beli itu ini yang mungkin barang-barang tu anda tak perlu pun. Akibatnya kita akan berbelanja lebih dari bajet.
Lagi-lagi makanan ringan macam coklat dan gula-gula. Walaupun murah je tapi sebenarnya jika dikira jumlah belanja untuk sebulan dan setahun, sebenarnya banyak juga duit untuk beli makanan yang tak berkhasiat ni. Jadi, sebelum pergi shopping, anda pastikan anda dah makan dahulu yek.
5. Periksa barang mengikut harga
Kalau anda pergi ke pasaraya, semua barang di paras mata anda memang menarik perhatian. Tetapi barang-barang di pasras mata ni selalunya mahal.
Jadi ada baiknya pilih barang mengikut harga. Periksa juga rak-rak yang di bawah juga. mungkin ada yang murah dan sesuai dengan keperluan kita.
Jika anda mahu bandingkan kualiti barang, cuba beli barang yang kedua lebih murah. Jika hasil kualitinya sama seperti barang yang paling mahal, anda boleh bertukar kepada barang yang kedua mahal.
Walaupun hanya murah beberapa ringgat atau sen pun, ianya tetap menjimatkan. Dan setiap yang menjimatkan itu menjadi reward anda.
6. Beli-belah secara pukal
Tips jimat belanja dapur yang ni memang boleh banyak jimatkan duit anda. Membeli secara pukal dapat kurangkan kos per setiap unit suatu barang yang anda beli.
Jadi bila ada promosi jualan penghabisan stok , anda bolehlah beli dengan kuantiti yang banyak. Ini akan menjimatkan duit anda untuk jangka panjang.
Barang basah seperti daging dan makanan laut yang dibeli secara pukal, boleh dibekukan untuk digunakan di bulan-bulan yang akan datang.
Jadi untuk bulan seterusnya mungkin anda tidak perlu lagi beli barang dapur yang sudah dibeli secara pukal itu. Bijakkan?
7. Cari penjual yang menjual dengan harga berbaloi
Ada juga barang dapur yang tidak sesuai dibeli secara pukal seperti sayuran, buah-buahan dan sebagainya. Barang seperti ini tidak tahan lama dan akan menjadi pembaziran jika tidak digunakan sebelum ianya layu atau busuk.
Jika anda dapat membeli terus dari peladang sayur buah-buhan, atau membeli ikan terus dari nelayan, maka ianya menjimatkan kerana tiada kos peraih orang ketiga.
8. Tanam sendiri tanam yang mahu digunakan di rumah
Cara yang sangat menjimatkan juga ialah menanam pokok-pokok anda sendiri di rumah. Tanaman seperti daun pandan, daun sup, daun bawang, serai, cili padi dan sebagainya senang ditanam di dalam pasu.
Dengan adanya tanam-tanam ini, anda mungkin tidak lagi perlu membeli di pasar. Ini akan menjimatkan banyak duit belanjan dapur anda setiap bulan.
9. Sertai program keahlian pasaraya berdekatan
Jika anda suka berbelanja di pasaraya seperti Mydin,Tesco dan sebagainya. Mesti akan ada kad keahlian dimana anda boleh tebus ganjaran dengan setiap pembelian yang anda belanjakan.
Tips Berjimat Hingga RM 1000 Sebulan - Klik Disini
Baca Juga : Tips Mudah Untuk Mengenalpasti Scammer Rumah Sewa
Post a Comment