Kalau Allah dalam Islam adil kenapa ciptakan syurga dan neraka? Kenapa tak ciptakan syurga sahaja dan semua orang masuk ke dalam syurga? Itu barulah namanya adil.
Jawapannya :
Mengapa Tuhan Ciptakan Neraka Credit Pic : SUMBER |
1. Allah jadikan syurga dan neraka adalah hanya sebagai ujian semata-mata, syurga dan neraka adalah untuk seleksi penghuninya sahaja. Allah beri peluang kepada semua orang sama, sama ada pilih jalan kebaikan atau kesesatan kalau tidak ada syurga dan neraka maka manusia tidak akan berusaha berbuat bahkan.
Mengapa Tuhan Ciptakan Neraka
Bahkan kalau takde syurga dan neraka lagilah tak adil, sebab orang buat jahat pun dapat balasan yang sama, adil ke?
Analogi : Sekolah adakan peperiksaan setiap enam bulan sekali, pertengahan dan hujung tahun. Untuk apa peperiksaan? Kan cikgu dah kenal dah siapa pelajar rajin dan sebagainya? Peperiksaan adalah untuk melihat siapa pelajar yang terbaik dan memotivasi pelajara untuk belajar dengan rajin. Pelajar yang rajin belajar akan mendapatkan keputusan yang terbaik dan sebaliknya.
Pelajar cemerlang akan mendapat penghargaan daripada guru besar dan sebagainya. Tanpa ada peperiksaan maka tidak dapat diketahui siapa pelajar yang terbaik. Begitu juga Allah ciptakan syurga dan neraka adalah supaya manusia beramal untuk mendapatkan status terbaik dan hidup ini hanya ujian semata-mata.
2. Allah jadikan manusia bukan seperti robot yang ikut arahan semata-mata, Allah ciptakan manusia dilengkapi oleh akal untuk dapat memilih mana yang baik ataupun mana yang salah. Jadi manusia boleh buat pilihan sungguhpun pelbagai dugaan melanda tetapi mereka tetap mempunyai kebebasan untuk memilih yang baik atau buruk.
3. Syaitan hanya diberi peluang untuk menghasut manusia sedangkan keputusan dibuat oleh manusia itu sendiri.
Keputusan setiap tindakan manusia terletak pada manusia bukan pada syaitan, syaitan hanya diberi peluang untuk menghasut semata-mata sedangkan keputusan di tangan manusia sendiri.
4. Allah tidak pernah menzalimi manusia walaupun sedikitpun. Setiap amal yang dilakukan baik kebaikan atau kejahatan maka akan mendapat balasan yang setimpal. Ini dilaporkan dalam
Allah cukup adil kepada manusia, amal kebaikan walaupun sebesar atom tetap akan dihisap tidak pernah dilupakan.
SUMBER
Baca Juga : Hukum Berkenaan Membatalkan Puasa Ganti
Post a Comment