Bayi mempunyai otak yang lembut dan otot leher yang lemah. Bayi juga mempunyai salur darah yang sangat halus. Bahaya goncang anak sewaktu bayi.
Bahaya Goncang Anak Semasa Bayi Yang Perlu Setiap Ibubapa Tahu Credit Pic : SUMBER |
Tahukah anda, perbuatan seperti :
✅ Melambung bayi
✅ Menggoncang bayi
✅ Men-gimnas-kan bayi
Bahaya Goncang Anak Semasa Bayi Yang Perlu Setiap Ibubapa Tahu
Adalah sangat bahaya untuk bayi. Menggoncang bayi atau kanak-kanak kecil boleh menyebabkan otak menhentak dinding tengkorak dan menyebabkan salur darah berdarah dan otak membengkak.
Kesan lain adalah seperti patah tulang belakang, leher, dan juga kerosakan pada mata.
Shaken baby syndrome (SBS) kerap berlaku pada bayi berumur bawah 2 tahun. Namun ianya boleh berlaku pada kanak-kanak berumur 5 tahun.
Kebanyakan kes berlaku pada umur 6 -8 minggu dimana bayi kerap menangis. Penjaga yang stress akibat bayi yang kerap menangis atau untuk melepaskan geram adalah contoh paling kerap mengapa bayi digoncang.
Ada juga menggocang bayi kerana aktiviti fizikal yang kononnya memberikan senaman kepada bayi.
Anda tidak sepatutnya menggoncang bayi dalam apa jua keadaan. SBS adalah satu perkara yang serius dan boleh dikategorikan sebagai penderaan. Jika anda rasakan anak anda merupakan mangsa penderaan SBS, bawa kepada doktor untuk rawatan dan laporkan kepada polis untuk tindakan undang-undang.
SUMBER
Baca Juga : Ketahui Punca-Punca Seseorang Anak Itu Menjadi Degil
Post a Comment