Rasa cinta tidak mudah dihapuskan. Apatah lagi perasaan cinta pertama. Hal ini memang menyesakkan apabila kita berusaha mengatasinya. Apabila bayangannya kembali dalam memori, bahkan sering terbawa dalam mimpi.

Benarkah Cinta Pertama Susah Untuk Dilupakan?
Benarkah Cinta Pertama Susah Untuk Dilupakan?
Credit Pic : SUMBER

Malah peluang bersanding juga sudah tiada lagi, apa yang harus dilakukan?

Benarkah Cinta Pertama Susah Untuk Dilupakan?


Menangis? Bersedih? Menyesali perkara yang terjadi? Berasa tertekan, sakit hati dan kecewa, 

Memang mudah diucapkan, tetapi bagaimana pula dengan bayangannya yang masih hadir dan mengganggu aktiviti harian? Padahal, kita sudah pun berusaha melupakannya daripada hidup kita.

Abdullah bin Mas’ud menasihatkan,

“Apabila kamu kagum akan pada seseorang wanita (atau lelaki), ingatlah semua kekurangannya.”

Maaf, ini bukannya untuk mencari aib atau mengorek kekurangannya. Ini adalah nasihat supaya kita tidak dipergunakan oleh pesona hati, dan tidak dibuai oleh nafsu sehingga menjadi permainan syaitan.

Kekadang, cinta boleh membuatkan mereka yang celik menjadi buta, mereka yang mendengar menjadi tuli, serta mereka yang mempunyai hati menjadi alpa. Telinga mereka utuh dalam menerima pelbagai teguran dan kritikan.

Tidak Lagi Mahu Diganggu Bayangan Wajahnya dan tidak mahu lagi diganggu oleh bayangan wajahnya, sentiasa ingat pada kekurangannya. Tidak perlu disampaikan pada dirinya, cukup dalam hati sahaja. 

Walaupun sebenarnya tidak baik memandang remeh kepada orang lain, namun tujuannya adalah supaya kita tidak mudah terleka dan terseksa oleh bayangan wajahnya serta tidak dipermainkan nafsu yang menggunakan atas  nama cinta.

Kita juga tidak terbuai oleh penipuan si durjana. Hapuskan semua kenangan masa silam, dan jangan mengungkit lagi supaya tidak timbul kekecewaan dan kesedihan.

Sekiranya kita masih lagi susah melupakan dia, tulis sahaja namanya pada sehelai kertas. Koyak kertas itu dan katakan kita sudah melupakan dirinya dan membuang jauh dari hidup anda..

Ini bukan untuk menunjukkan rasa benci, marah, apatah lagi dendam. Kita melakukan begitu supaya kita tidak mahu hanyut dalam kesedihan, tidak terseksa dalam kekecewaan, dan supaya kita dapat segera melupakannya.

Sekiranya tidak, bayangannya akan sering hadir dalam kehidupan kita, menghantui setiap mimpi, dan mengganggu setiap langkah.

Melupakan Kebaikan Si Dia. Saya tidak bermaksud menyeru kita menjadi naïf, tidak membalas budi, apatah lagi tidak berterima kasih.

Namun tujuan utama kita melupakan kebaikan dia adalah supaya kita tidak dipermainkan oleh bayangan wajahnya, supaya kita tidak berasa, dirinya adalah insan terbaik dan satu-satunya untuk kita.

Dan supaya kita tidak mengganggap dia sebagai putera atau bidadari yang tiada tolok bandingnya.

Sehinggakan apabila kita gagal mendapat cinta dan tidak bernikah dengan dirinya, kita mengalami kekecewaan yang luar biasa.

Seolah-olah hilang semuanya. Ingat, dia juga manusia biasa seperti kita. Allah yang menetapkan takdir supaya dia berbuat baik kepada kita. 

Walaupun dia pernah memberikan nasihat berharga, buku-buku, ataupun barang-barang yang sering kita ertikan sebagai tanda cinta sejati. Namun sekiranya perpisahan terjadi, anggap semua itu pemberian biasa daripada seorang manusia kepada manusia yang lain.

Ia berbuat sedemikian anggaplah seperti sahabat yang mahu mengukuhkan tali persahabatan dengan memberi hadiah.

Sekiranya hadiah ataupun barang yang dia beri menjadikan kita terseksa dan sukar melupakan dirinya, lebih baik buang sahaja semua barang tersebut.

Tidak dinafikan agak terasa berat melupakan dia yang pernah menembus dinding pertahanan hati. Ini mungkin kerana kebaikannya masih terus membayangi kehidupan kita.

Kadangkala dunia menjadi sempit bagi orang yang mengalami rasa sedih dan patah hati, sehinggakan apa-apa yang terhampar di hadapan, tidak dirasakan, Gunung yang tinggi menjulang, terasa rendah, Langit yang luas terbentang, terasa sempit.

Sudah tertulis dalam takdirNya, dia berbuat begitu. Adakah salah sekiranya kita masih mengenang semua kebaikan dia? Semestinya tidak salah. Tetapi, sekiranya kita bertekad mahu melupakan dia, lupakan juga kebaikan-kebaikan yang dia lakukan.

Apa ertinya berusaha membuang jauh bayangan wajahnya. Gambar yang yang masih kita simpan, surat-surat, dan mesej daripada dia masih kita jadikan simpanan.

Jangan membatasi diri hanya pada satu hati, iaitu orang yang kita rasa suka dan yang kita cintai. Sedangkan orang yang sudah bertunang  pun tidak dijamin menjadi jodoh. Apatah lagi pula orang yang hanya muncul dalam istikarah atau hanya sekadar bayangan kita.

Kita tidak akan tahu mengapa Allah menetapkan begitu. Tetapi yang pasti,  semua ketetapan Allah itu mempunyai hikmah dan kebaikan kepada kita, sama ada kita sedar atau tidak. Kita perlu sentiasa bersedia dalam menghadapi semua kemungkinan.

Luqman Al-Hakim berpesan kepada anaknya:

“Wahai anakku, sekiranya ada sesuatu menimpamu, sama ada kamu suka ataupun benci, katakanlah dalam hatimu, itu adalah yang terbaik untukmu..’

Allah s.w.t menjamin akan memenuhi apa yang dipilih untuk kita, bukan apa yang kita pilih untuk diri sendiri, dan pada waktu yang Dia tentukan, bukan pada waktu yang kita mahukan.

Allah tidak pernah lalai. Pertemuan kita dengan dia pasti ada pembelajaran yang berharga.

Antaranya :

Pertama, kita tidak dibenarkan memutuskan ukhwah dengan dia. Oleh itu, berusaha untuk bersikap wajar dan seimbang.

Kedua, Allah mahu melatih mental kita untuk bersedia dengan apa jua rintangan realiti.

Bukankah pertemuan menjadi seksaan batin apabila tidak dihadapi dengan hati yang dingin?

Bukankah perjumpaan membuatkan hati mendidih, wajah tak ceria, kurang keyakinan diri, bahkan rasa malu yang berlebihan, terutama pada mereka yang dikecewakan?

Lantas, adakah perlu kita memalingkan wajah, bersikap acuh tidak acuh, dan berkelakuan kasar?

Bukankah Allah Maha Lembut dan mencintai kelembutan, dan Rasulullah s.a.w juga orang yang lemah lembut?

Cubalah bersikap wajar, tenang dan seimbang. Jangan berasa lemah dan rendah, walaupun seakan-akan kamu kehilangan muka, dan tidak berharga di hadapan dia.

Setiap orang melalui masa silam yang berbeza. Ada yang membahagiakan sehingga membuatkan kita tersenyum apabila mengenangnya.

Ada pula yang menyakitkan hati sehingga membuatkan kita berasa resah, rendah diri, sedih, bahkan marah dan geram apabila tiba-tiba terkenang kembali.

Jadikan masa silam sebagai kenangan. Tidak perlu lagi bersedih apabila mengingatinya. Semuanya telah berlalu pergi seiring dengan bergantinya waktu.

Jadikan masa kini sebagai kesempatan bagi mengukir mimpi, meraih prestasi, dan mengoptimumkan potensi yang kita miliki.

Jadikan masa depan sebagai sasaran yang menyimpan sejuta harapan. Pada waktu kita berjumpa dengan dia, walaupun terlintas perasaan malu, rendah diri, bahkan jengkel – jangan berasa diri kita rendah dan lemah!

Tegakkan kepala, dan yakini betapa setiap kejadian termasuk pertemuan kita dengan dia, pasti ada hikmah yang berharga. InsyaaAllah.

SUMBER

Baca Juga : Mengapa Lelaki Amat Perlukan Wanita Dalam Hidupnya?

Post a Comment

Previous Post Next Post