Apakah pandangan Islam mengenai perkahwinan sepupu sendiri sebelah ibu ataupun ayah? Terdapat kekeliruan mengenai perkahwinan antara sepupu. 

Hukum Berkenaan Berkahwin Dengan Sepupu Sendiri
Hukum Berkenaan Berkahwin Dengan Sepupu Sendiri
Credit Pic : SUMBER

Ada yang berkata ianya haram berkahwin dengan sepupu sendiri, ada yang berkata tidak haram. Adakah perkahwinan sesama sepupu ini digalakkan? 

Hukum Berkenaan Berkahwin Dengan Sepupu Sendiri


Jawapan :

Islam tidak pernah menegah perkahwinan sepupu atau saudara-mara selain daripada kaum kerabat yang termasuk dalam kategori mahram. Mahram ialah ibu, nenek, anak perempuan, kakak, ibu saudara sebelah ibu dan bapa, ibu tiri, anak saudara, anak tiri, anak atau ibu susuan, ibu mertua, adik perempuan seibu sebapa dan sebagainya. (Rujuk Surah al-Nisak, ayat 23).

Sepupu tidak termasuk dalam kategori mahram dan tidak haram pula untuk dikahwini. Rasulullah s.a.w juga pernah mengahwini sepupunya sendiri, iaitu Zainab binti al-Jahsy. Baginda juga pernah mengahwinkan anak baginda, iaitu Fatimah binti Muhammad dengan sepupu baginda, iaitu Ali bin Abu Thalib. Perkara yang sama diamalkan oleh ramai di kalangan para sahabat baginda.

Berhubung dengan pendapat yang mengatakan perkahwinan sepupu boleh menyebabkan lahirnya anak yang kurang cedik atau cacat, ia merupakan kemungkinan yang amat rendah. Berkahwin dengan wanita yang bukan kaum kerabat juga ada kemungkinan untuk mendapat anak cacat. 

Walau bagaimanapun, jika seseorang ingin mengembangkan sanak saudara, lebih baik berkahwin dengan orang luar yang bukan daripada kaum kerabat sendiri. 

Oleh yang demikian, dakwaan yang menyatakan bahawa perkahwinan di antara sepupu dari sebelah ayah atau ibu dihukumkan haram adalah bercanggah sama sekali dengan kenyataan yang dinyatakan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala di dalam Al-Quran.
Dari itu, perkahwinan seorang berkahwin dengan sepupunya sendiri adalah sah dan menepati dengan apa yang dianjurkan oleh Islam. 

Di dalam Islam, antara faktor yang menyebabkan seseorang itu tidak boleh dikahwini adalah disebabkan wujudnya hubungan mahram di antara lelaki dan perempuan tersebut. Dalam hal ini, hubungan sepupu sama ada dari sebelah ayah ataupun ibu adalah tidak termasuk di dalam hubungan mahram yang menyebabkan terhalangnya untuk mereka berkahwin.

SUMBER

Baca Juga : Surah Apa Yang Perlu Dibaca Ketika Ziarah Kubur?

Post a Comment

Previous Post Next Post