Seorang yang menderita penyakit adakah dibolehkan bernazar di kubur orang soleh atau kubur para wali dan para ulamak bertujuan mengambil berkat dengan mereka?

Adakah Dibolehkan Bernazar Di Kubur Para Wali Dan Ulamak Bertujuan Mengambil Berkat?
Adakah Dibolehkan Bernazar Di Kubur Para Wali Dan Ulamak Bertujuan Mengambil Berkat?
Credit Pic : SUMBER

JAWAPAN :

Adakah Dibolehkan Bernazar Di Kubur Para Wali Dan Ulamak Bertujuan Mengambil Berkat?


Harus atau tidaknya bergantung dengan nazar yang diucapkan oleh seseorang itu.

Tidak mengapa bernazar dimana sahaja samada dikubur atau dipadang atau dimasjid atau lain-lain.

Begitu juga diharuskan bernazar di kubur para wali atau ulamak atau orang soleh misalnya seorang yang sedang sakit itu bernazar jika disembuhkan oleh Allah maka dia hendak memberi makan orang miskin yang ziarah di kubur orang soleh atau hendak bersedekah kepada orang yang ziarah akan makam para wali atau menyembelih haiwan untuk disedekahkan asalkan dia bernazar kerana Allah bukan kerana makhluk.

Berkata bekas Syeikhul Azhar Syeikh Abdul Majid Salim :

إلا إن قال: يا الله إني نذرت لك إن شفيت مريضي أو رددت غائبي أو قضيت حاجتي أن أطعم الفقراء الذين بباب السيدة نفيسة، أو الفقراء الذين بباب الإمام الشافعي، أو الإمام الليث، أو أشتري حصرًا لمساجدهم، أو زيتًا لوقودها أو دراهم لمن يقوم بشعائرها إلى غير ذلك مما يكون فيه نفع للفقراء والنذر لله عز وجل: المفتي عبد المجيد سليم. محرم 1364 هجرية

Artinya : “(Dan tidak harus) melainkan jika seorang itu berkata Ya Allah sungguhnya aku bernazar bagi Mu jika Engkau sembuhkan akan sakit ku atau Engkau temukan kembali harta ku yang hilang atau Engkau tunaikan hajat ku bahawa aku akan memberi makan segala faqir yang ada di hadapan rumah Sayyidah Nafisah atau segala faqir yang berada di hadapan rumah Imam Syafie atau di hadapan rumah Imam Al-Laits atau aku belikan kelengkapan untuk segala masjidnya atau minyak untuk menyalakan lampunya atau wang bagi mereka melaksanakan syiarnya dan selain yang demikian itu dari perkara yang memberi menafaat kepada orang faqir miskin dan hendaklah nazar itu bagi Allah Taala.”

Kesimpulan

Lafaz nazar boleh diucapkan dimana sahaja asalkan nazarnya itu bukan hendak melakukan perkara yang dilarang syarak.

Harus bernazar dikubur orang soleh atau kubur para wali atau kubur ulamak dengan syarat bernazar ia bagi Allah bukan bagi makhluk dan hanya bernazar ia ditempat mereka itu hanya bertujuan mengambil berkat.

wallahua’lam

SUMBER - Ustaz Azhar Idrus

Baca Juga : Hukum Berkenaan Nazar Tunaikan Haji Jika Mempunyai Anak

Post a Comment

Previous Post Next Post