Duduk di rumah selama berminggu-minggu sangat-sangat membosankan, lebih-lebih lagi apabila kita tidak dapat keluar bersama seisi keluarga untuk bersosial di luar kerana arahan dari kerajaan untuk membendung wabak Corona Virus yang semakin membimbangkan.
Perkara Romantik Yang Boleh Suami Isteri Lakukan Bersama Semasa Arahan PKP Covid-19 Credit Pic : SUMBER |
Daripada kita merisaukan diri dengan COVID-19, adalah lebih baik kita mengeratkan lagi hubungan dengan pasangan.
Perkara Romantik Yang Boleh Suami Isteri Lakukan Bersama Semasa Arahan PKP Covid-19
Maklumlah sebelum-sebelum ini masing-masing sibuk bekerja. Dapat cuti lama ni, kita mantapkan hubungan dengan suami atau isteri masing-masing. Jom kita bincangkan
1. PILLOW TALK
Aktiviti ini dapat membina kemesraan suami isteri. Sebelum tidur, luangkan sedikit masa untuk bersembang-sembang dengan pasangan tentang apa subjek yang terlintas di fikiran masing-masing. Dengan cara ini anda dan pasangan dapat memahami isi hati, masalah serta keinginan masing-masing. Semakin anda kenal pasangan anda, semakin kukuh hubungan perkahwinan anda berdua.
2. MANDI BERSAMA
Kepada yang sudah biasa melakukan perkara ini, tahniah diucapkan. Kepada yang masih malu-malu tu, biasa-biasakanlah diri anda untuk mandi berdua-duaan dengan pasangan anda. Pasangan anda adalah sah untuk anda, jadi aktiviti ini lebih mengeratkan hubungan anda berdua. Disamping itu anggota tubuh badan akan lebih bersih kerana ada orang yang membersihkannya seperti di belakang badan dan di bahagian bawah yang sebelum ini sukar untuk dicapai oleh tangan anda.
3. MEMASAK BERSAMA
Waktu inilah anda perlu banyakkan masa bersama di dapur. Jika anda seorang suami, kehadiran anda di dapur memberikan satu penghargaan serta meringankan beban isteri anda. Mungkin anda boleh membantunya membasuh pinggan mangkuk, menanak nasi, memotong sayuran atau apa sahaja khidmat yang mampu anda boleh berikan. Sebenarnya dapur juga adalah tempat yang romantis untuk anda membelai-belai isteri anda. Pastikan anak-anak anda sibuk dengan tv, hp ataupun buku pelajaran pada waktu ini ya!
4. MENGAJAR ANAK-ANAK BERSAMA
Sewaktu musim cuti sebeginilah, anda dan pasangan dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak yang sedang meningkat usia. Mungkin anda bijak dalam matapelajaran matematik atau sejarah, manakala pasangan anda pakar dalam subjek-sebjek yang lain untuk mengajar anak-anak dalam menguasai pelajarannya. Anda juga boleh dapatkan nota serta soalan-soalan dari internet. Jadi anak-anak anda tidak akan ketinggalan dalam pelajaran.
5. MENGEMAS RUMAH BERSAMA
Hal ini orang lelaki kurang cakna. Daripada anda berbaring sambil main game sahaja, lebih baik anda mengemas belakang rumah, stor dan seluruh rumah anda bersama isteri anda. Ini adalah senaman yang dapat menggerakkan tulang empat kerat anda daripada 'mereput' tanpa sebarang kerja. Duduk di rumah terlalu lama tanpa melakukan apa-apa yang mengeluarkan peluh akan menyebabkan obesiti dan kemalasan yang melampau.
6. SEMBAHYANG BERJEMAAH
Ini yang paling penting. Jika anda seorang suami, pastikan isteri dan anak-anak anda solat pada waktunya. Paling afdhal adalah solat berjemaah. Anda dan pasangan anda juga dapat mendisiplinkan anak-anak serta memberikan kesedaran betapa pentingnya ibadah solat dalam seharian. Setelah solat, doakan segala kebaikan dunia dan akhirat agar dapat diaminkan oleh anak-anak kerana mereka adalah suci tanpa sebarang dosa yang memungkinkan segala doa-doa tersebut makbul.
7. JANGAN LUPA HUBUNGAN EHEM-EHEM
Kaum isteri sebelum ini mungkin ada yang terpaksa menolak ajakan suami atas alasan letih serta kepenatan kerana bekerja. Kali ini anda cuti lama, jadi alasan letih itu sudah tidak boleh digunapakai lagi. Layanilah suami anda bagaikan malam-malam pertama perkahwinan anda. Jika sebelum-sebelum ini anda kerap beralasan, inilah masanya untuk anda qadha' balik 'hutang-hutang' anda dengan suami.
SUMBER
Baca Juga : Cara Mudah Menguji Kesetian Lelaki Untuk Jadikan Suami
Post a Comment