Kalau dalam keadaan sangat mengantuk adakah boleh kita tidur dulu atau meneruskan solat? Adakah perbezaan pada solat wajib dengan solat sunat dalam masalah mengantuk ini?
Adakah Kita Perlu Solat Dulu Atau Tidur Dulu Jika Dalam Keadaan Mengantuk? Credit Pic : SUMBER |
JAWAPAN :
Adakah Kita Perlu Solat Dulu Atau Tidur Dulu Jika Dalam Keadaan Mengantuk?
Jika seorang hendak menunaikan solat tetapi merasa sangat mengantuk maka disunatkan dia tidur dulu sekejap supaya hilang rasa mengantuknya itu dan solat ia nanti dalam keadaan tenang hatinya.
Tetapi jika hanya rasa sedikit mengantuk maka harus dia meneruskan solatnya itu.
Rasulullah saw telah bersabda :
اذا نعس احدكم وهو يصلى فليرقد حتى يذهب عنه النوم فان احدكم اذا صلى وهو ناعس لايدرى لعله يذهب يستغفر فيسب نفسهArtinya : “Apabila salah seorang kamu rasa mengantuk dan dia hendak solat maka hendaklah dia tidur dahulu supaya hilang rasa mengantuk itu. Maka sungguhnya apabila seorang kamu solat dalam keadaan sangat mengantuk boleh jadi dia tersalah yang mana dia hendak istighfar tetap tersalah mencela dirinya sendiri.” (Hadith Syeikhain)
Hikmah disuruh tidur terlebih dulu adalah kerana kepentingan khusyuk ketika solat. Orang yang solat dalam keadaan mengantuk kebiasaannya tidak khusyuk hatinya.
Dan tidak ada beza masalah ini samada pada solat fardu atau sunat.
Berkata Imam Nawawi :
وفيه الحث على الإقبال على الصلاة بخشوع وفراغ قلب ونشاط، وفيه أمر الناعس بالنوم أو نحوه مما يذهب عنه النعاس، وهذا عام في صلاة الفرض والنفل في الليل والنهار وهذا مذهبنا ومذهب الجمهور، لكن لا يخرج فريضة عن وقتهاArtinya : “Dan pada hadith ini menggemarkan atas menunaikan solat dalam keadaan khusyuk dan tenang hati dan rajin. Dan pada hadith ini menyuruh orang yang sangat mengantuk supaya tidur atau umpamanya dari perkara yang boleh menghilangkan rasa mengantuk.
Dan perintah ini adalah umum pada solat fardu dan sunat pada waktu malam dan siang. Inilah pendapat mazhab kami dan mazhab jumhur ulamak akan tetapi tidaklah tidur itu sampai mengeluarkan dari waktunya.” (Kitab Syarah Muslim)
Wallahua’lam
SUMBER - Ustaz Azhar Idrus
Baca Juga : Hukum Berkenaan Makan Di Dalam Masjid
Post a Comment