Jikalau sepasang suami isteri yang kafir mereka masuk agama Islam adakah mereka mesti berkahwin semula dalam agama Islam?

Adakah Perlu Berkahwin Semula Jika Sepasang Suami Isteri Baru Memeluk Islam?
Adakah Perlu Berkahwin Semula Jika Sepasang Suami Isteri Baru Memeluk Islam?
Credit Pic : SUMBER

JAWAPAN :

Adakah Perlu Berkahwin Semula Jika Sepasang Suami Isteri Baru Memeluk Islam?


Apabila pasangan suami isteri yang kafir masuk agama Islam maka menurut pendapat jumhur ulamak pernikahan mereka di dalam masa kafir dahulu itu adalah dibenarkan yaitu suami isteri yang telah masuk Islam itu tidak perlu menikah semula.


Berkata Imam Ibnu Rusyd :
وَأَمَّا الْأَنْكِحَةُ الَّتِي انْعَقَدَتْ قَبْلَ الْإِسْلَامِ، ثُمَّ طَرَأَ عَلَيْهَا الْإِسْلَامُ، فَإِنَّهُمُ اتَّفَقُوا عَلَى أَنَّ الْإِسْلَامَ إِذَا كَانَ مِنْهُمَا مَعًا - أَعْنِي: مِنَ الزَّوْجِ وَالزَّوْجَةِ -، وَقَدْ كَانَ عَقْدُ النِّكَاحِ عَلَى مَنْ يَصِحُّ ابْتِدَاءً الْعَقْدُ عَلَيْهَا فِي الْإِسْلَامِ أَنَّ الْإِسْلَامَ يُصَحِّحُ ذَلِكَ
Artinya : “Dan ada pun pernikahan yang terjadi sebelum Islam kemudian berlaku atasnya Islam maka para ulamak sepakat atas bahawasanya apabila Islam itu ada ia pada suami isteri itu bersama dan mereka dulu bernikah dengan orang yang sah bernikah menurut Islam maka sungguhnya Islam mengesahkan yang demikian itu.” (Kitab Bidayatul Mujtahid)
Maksudnya jika pasangan yang masuk Islam itu telah melakukan pernikahan di dalam agama mereka yang mana hubungan antara keduanya adalah orang yang sah nikah di dalam Islam maka mereka tidak perlu lagi bernikah semula apabila masuk islam keduanya.

Dan tersebut pada Kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyah :
فَذَهَبَ جُمْهُورُ الْفُقَهَاءِ - الْحَنَفِيَّةُ وَالشَّافِعِيَّةُ عَلَى الصَّحِيحِ وَالْحَنَابِلَةُ وَقَوْلٌ عِنْدَ الْمَالِكِيَّةِ - إِلَى أَنَّ نِكَاحَ الْكُفَّارِ غَيْرِ الْمُرْتَدِّينَ بَعْضِهِمْ لِبَعْضٍ صَحِيحٌ
Artinya : “Maka telah berjalan oleh majoriti ulamak fiqah mazhab Hanafi dan Sayfie dan Hanbali dan satu qaul dari mazhab Maliki kepada bahawasanya pernikahan orang-orang kafir yang selain orang murtad setengah mereka bagi setengahnya adalah sah.”

Maksudnya jika suami isteri yang telah bernikah di zaman kafir apabila masuk Islam keduanya maka mereka tetap sah sebagai suami isteri. Ada pun orang murtad misalnya orang Islam yang masuk agama Kristian kemudian bernikah di dalam Kristian kemudian masuk Islam maka perkahwinan mereka pada zaman murtad itu adalah tidak sah.

Begitu juga jika pasangan tersebut belum bernikah di dalam agama kafir dan mereka bersekedudukan sekali pun mempunyai anak maka mereka tidak dikira sebagai suami isteri selepas masuk Islam dan wajib bernikah selepas memeluk Islam itu.

Wallahua’lam 

SUMBER - Ustaz Azhar Idrus


Post a Comment

Previous Post Next Post