Jika seorang itu meninggal dunia dan dia ada hutang dengan seseorang siapakah yang wajib bayar hutangnya?
Siapakah Yang Wajib Membayar Hutang Arwah Selepas Kematiannya? Credit Pic : SUMBER |
JAWAPAN :
Siapakah Yang Wajib Membayar Hutang Arwah Selepas Kematiannya?
Apabila ada bagi mayat itu hutang maka hendaklah dibayar hutang tersebut dari harta yang ditinggalkannya sekali pun waris tidak bersetuju kerana waris tidak ada hak ke atas harta melainkan setelah dijelaskan segala hutang mayat.
Tersebut pada kitab Ghayatul Talkhis :
(مسألة): مات شخص وعليه دين وخلف مالاً قدر الدين أو أكثر لا تبرأ ذمته حتى يؤدي عنهغاية تلخيص المراد / 219
Artinya : “Masalah. Telah mati seseorang dan atasnya ada berhutang dan meningggalkan akan harta kadar membayar hutang atau lebih banyak tiadalah terlepas dari tanggungannya sampailah dibayar daripadanya.” (Kitab Ghayatul Talkhis).
Yakni apabila digunakan harta peninggalannya itu buat membayarkan hutang tersebut maka terlepas mayat itu dari hutangnya.
Dan berkata Dr Wahbah Az-Zuhaili :
إن قسمة المواريث كلها بين الورثة مقدم عليه أولا إيفاء الديون المتعلقة بالتركة، وتنفيذ الوصايا
التفسير المنير للزحيلي (4/ (276
Artinya : “Sungguhnya pembahagian segala harta pesaka sekeliannya antara segala waris didulukan atasnya pada permulaan oleh menunaikan segala hutang yang bergantung dengan harta peninggalan dan diluluskan segala wasiatnya.” (Kitab Tafsir Al-Munir)
Maksudnya hendaklah diselesaikan dulu hutang mayat dan segala wasiat jika ada sebelum dibahagikan antara segala warisnya.
Al-Imam Al-Qurtubi berkata :
وبالاجماع لو مات ميت وعليه دين لم يجب على وليه قضاؤه من ماله، فان تطوع بذلك تأدى الدين عنه.
Artinya : “Dan dengan ijmak jikalau mati seseorang dan atasnya ada hutang nescaya tidak wajib atas walinya menunaikannya dari hartanya. Maka jika sukarela membayar oleh wali dengan demikian itu nescaya telah terbayar hutang itu daripada mayat.” (Jami’ Li Ahkam Al-Quran).
Walhasil bila mayat ada meninggalkan hutang dan harta maka wajib dibayar hutang tersebut menggunakan harta mayat bukan harta waris atau orang lain. Waris disunatkan membayar hutang mayat andainya mayat tidak meninggalkan harta yang cukup buat membayar hutang supaya lepaslah mayat itu dari berhutang.
Wallahua’lam
SUMBER - Ustaz Azhar Idrus
Post a Comment