Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca-pembaca sekalian. Disebabkan kesukaran anda untuk study exam online, saya dengan senang hati menaip semula kesemua soalan-soalan dan jawapan bagi memudahkan urusan anda dalam menghadapi Peperiksaan Exam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Soalan Sebenar SPA Bagi Jawatan Penolong Pegawai Undang-Undang L29 Berserta Jawapan 2019 |
Di sini saya nak maklumkan bahawa kesemua jawapan yang disediakan dalam artikel ini dikreditkan kepada meymey. Bukan jawapan dari saya mahupun admin lain. Saya hanya membantu menyusun semula soalan-soalan dan jawapan bagi memudahkan urusan anda. Ini adalah sebagai rujukan anda. Soalan-soalan ini adalah soalan sebenar dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Soalan Sebenar SPA Bagi Jawatan Penolong Pegawai Undang-Undang L29 Berserta Jawapan 2019
Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Bagi Jawatan Penolong Pegawai Undang-Undang L29.
1) Rahman mempunyai sejumlah wang bernilai RM2,328 iaitu bersamaan dengan 3 kali jumlah nilai Razak. Raymond pula mempunyai wang bernilai 2/5 daripada nilai wang Razak. Berapakah jumlah kesemua nilai wang mereka?
A) RM3,104
B) RM5,044
C) RM5,822
D) RM6,984
=> (Rahman) 2328
=> (Razak) 776
=> (Raymond) 5/2 x 776 = 1940
=> 2328 + 776 + 1940 = 5044
2) Sebuah bekas mengandungi sejumlah 330 keping biskut. Sebahagian biskut dikeluarkan dan disimpan. Sebahagian lagi biskut yang ada di dalam bekas tersebut dihidangkan sebanyak 8 pinggan dalam bilangan 25 keping sepinggan. Berapakah bilangan biskut yang telah disimpan jika masih terdapat 15 keping biskut di dalam bekas itu?
A) 155
B) 180
C) 130
D) 115
=> 1/4 x 330 = 82.5 (Keluar)
=> 3/4 x 330 = 247.50
=> 25 x 8 = 200
=> 247.50 - 200 = 47.50
=> 47.50 + 82.50 = 130
=> 130 - 15 = 115
3) 4 sisi sebuah kuboid mempunyai jumlah ukuran panjang 216cm. 8 sisi lagi mempunyai jumlah ukuran panjang 216cm juga. Berapakah isi padu kuboid tersebut?
A) 11,644cm^3
B) 19,683cm^3
C) 39,366cm^3
D) 78,732cm^3
=> I = P x L x T
=> 54 x 27 x 27 = 39,366
4) Apabila 15 ditolak daripada 5 kali satu nombor, hasilnya ialah 155. Apakah nombor itu?
A) 25
B) 28
C) 32
D) 34
=> 155 + 15 = 170
=> 170/5 = 34
5) Jumlah bilangan biskut di dalam bekas P dan Q ialah 580 keping. Berapakah jumlah biskut di dalam bekas P jika jumlahnya 58 keping lebih banyak berbanding jumlah biskut di dalam bekas Q?
A) 251
B) 261
C) 319
D) 522
=> PQ = 580
=> 580 - 58 = 522
=> 522/2 = 261
6) Raymond menjual epal dengan harga RM5.50 bagi setiap 5 biji. Berapakah bilangan epal yang telah dijualnya apabila dia mendapat keuntungan bersih sebanyak RM962.50 iaitu 35% daripada jumlah hasil jualannya?
A) 500
B) 550
C) 1,550
D) 2,500
=> 5.50/5 = 1.10
=> 962.5/1.10 = 875 biji
=> 875 = 35%
=> 875/35 = 25
=> 25 x 65 = 1625
=> 1625 + 875 = 2500
7) Rahman mempunyai sejumlah bungkusan biskut. 1/3 telah dijual dengan harga RM12.50 sebungkus. Bilangan yang belum dijual ialah 274 bungkus. Berapakah hasil jualan biskut tersebut sekiranya beliau berjaya menjual semua biskut tersebut ada harga yang sama?
A) RM1,712.50
B) RM3,425.00
C) RM5,137.50
D) RM6,850.00
=> 1/3 = Telah dijual
=> 2/3 = Belum dijual
=> 274/2 = 137
=> 137 x 3 = 411
=> 411 x 12.50 = 5137.50
8) Pada suatu hari sebuah feri belayar dari pelabuhan P membawa 263 orang penumpang. Sampai di pelabuhan Q, 175 orang penumpang mendarat dan 113 orang penumpang baharu menaiki feri tersebut dan meneruskan pelayaran ke pelabuhan R. Berapa orangkah yang telah menaiki feri tersebut pada hari itu?
A) 201
B) 288
C) 376
D) 551
=> 263 + 133 = 376
9) Manakah titik yang berada pada garis lurus Y = -2X + 3?
A) (3,5)
B) (3,3)
C) (1,1)
D) (2,4)
=> ( X , Y )
=> Y = -2(1) + 3
=> Y = 1
10) Sebuah feri belayar dari pelabuhan Q ke pelabuhan R dalam masa 1 jam 45 minit. 30 minit kemudian feri tersebut bergerak dan mengambil masa 1/3 perjalanan sebelumnya untuk sampai pada pukul 2.30 petang di perlabuhan S. Pukul berapakah feri itu terlepas dari pelabuhan Q?
A) 11.20 pagi
B) 11.40 pagi
C) 12.10 tengah hari
D) 12.50 tengah hari
=> 1j 45m = 105m
=> Rehat = 30m
=> 1/3 daripada 105 = 35m
=> 105 + 30 + 35 = 170m atau 2j 50m
=> 2j sebelum 50m sebelum 2.30 ptg = 11.40 pagi
11) Rahman memandu sejauh 250km dalam masa 2 jam 30 minit. Kemudian beliau meneruskan perjalanan sejauh 200km lagi dalam masa 2 jam 45 minit. Berapakah kelajuan purata beliau memandu?
A) 85.71km/j
B) 86.37km/j
C) 104.76km/j
D) 106.80km/j
=> 250 + 200 = 450km
=> 2j 45m + 2j 30m = 5j 15m atau 315m
=> 450/(315/60) = 85.71
12) Sebidang tanah yang berbentuk segi empat tepat mempunyai ukuran panjang 35.5m dan lebar 25.5m. Tanah itu bernilai RM65.50 bagi satu meter persegi. Berapakah harga keseluruhan tanah itu jika tuan tanah tersebut meningkatkan nilai tanah itu sebanyak 5% lagi?
A) RM59,293.90
B) RM59,590.30
C) RM62,258.60
D) RM88,940.80
=> L = P x L
=> 35.5 x 25.5 = 905.25
=> 65.50 x 5% = 3.275
=> 65.50 + 3.275 = 68.775
=> 68.775 x 905.25 = 62,258.60
13) Sebuah bekas mengandungi 550 biji guli. Jika terdapat 220 guli kuning, 180 guli hijau dan selebihnya guli putih. Jika sebiji guli dipilih secara rawak. Apakah kebarangkalian untuk mendapat guli putih?
A) 1/5
B) 3/5
C) 3/11
D) 5/11
=> (Guli Kuning) 220
=> (Guli Hijau) 180
=> 220 + 180 = 400
=> 400/550 = 8/11
=> 11-8 = 3
=> 3/11
14) {R, 225, S, 289, 324, 361}. Oleh itu, S-R = ?
A) 31
B) 60
C) 96
D) 196
=> 361 - 324 = 37
=> 324 - 289 = 35
=> 289 - 256 S = 33
=> 256 - 225 = 31
=> 225 - 196 R = 29
=> S - R
=> 256 - 196 = 60
15) Diberi jumlah nilai abjad-abjad bagi CEMERLANG ialah 90 dan purata nilai setiap abjad konsonan ialah 12. Berapakah jumlah nilai bagi abjad E jika A bernilai 4?
A) 7
B) 14
C) 16
D) 18
=> CMRLNG = 12 x 6 = 72
=> 90 - 72 = 18
=> A = 4
=> 18 - 4 = 14
=> 14/2 =7
16) Raymond menunggang motosikal dari bandar Q ke bandar R sejauh 210km dan mengambil masa selama 3 jam. Dalam perjalanan itu beliau telah berhenti untuk berehat selama 15 minit. Berapakah purata kelajuan beliau menunggang motosikal?
A) 64.62km/j
B) 70.00km/j
C) 76.36km/j
D) 85.71km/j
=> K = J / M
=> 3 - 0.25 = 2.75
=> 210/2.75 = 76.36km
17) Nisbah jisim buah tembikai kepada buah betik yang terdapat di kedai Rahman ialah 8:3. Berapakah jisim buah tembikai tersebut apabila didapati jisim buah betik ialah 156kg?
A) 416kg
B) 468kg
C) 832kg
D) 1248kg
=> Tembikai : Betik
=> 8 : 3 = 156
=> 156/3 = 52
=> 8 x 52 = 416
18) Karung biru adalah 1kg lebih berat daripada karung merah. Berat karung merah ialah 1.4kg. Karung hijau 200g lebih berat daripada karung kuning. Karung kuning pula 1/2 daripada berat karug biru. Berapakah berat semua karung tersebut?
A) 4.9kg
B) 5.1kg
C) 6.2kg
D) 6.4kg
=> (Biru) 1.4 + 1kg = 2.4kg
=> (Merah) = 1.4kg
=> (Hijau) 0.2kg + 1.2kg = 1.4kg
=> (Kuning) = 1.2kg
=> Jumlah = 6.4kg
19) Terdapat 150 biji telur ayam sedang diteramkan. Setelah tempoh matang 15 biji telur tidak menetas manakala selebihnya menetas. Berapakah kebarangkalian untuk telur tersebut menetas?
A) 1/5
B) 3/5
C) 1/27
D) 27/30
=> 150 - 15 = 135
=> 135/150
=> 27/30
20) Rahman mempunyai RM760 wang tunai di tangan. Dia membelanjakan 1.5 bahagian, menderma 1/20 bahagian dan menabung 1/10 bahagian daripada wang tersebut. Berapakah jumlah wang Rahman yang masih berbaki di tangannya?
A) RM418
B) RM456
C) RM466
D) RM494
=> 1/5 + 1/20 + 1/10 = 7/20
=> 7/20 x 760 = 266
=> 20 - 7 = 13
=> 13/20 x 760 = 494
Jika terdapat kesalahan ejaan soalan atau salah dalam pengiraan,anda boleh komen di ruangan bawah yang disediakan. Semoga anda lulus dalam menghadapi Exam SPA.
Baca Juga : Soalan Sebenar SPA Bagi Jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) W19 Berserta Jawapan 2020
Post a Comment