Pernahkah anda menyedari bahawa telur yang anda gunakan telah melepasi tarikh luputnya. Atau mungkin anda membeli sepapan telur tanpa tarikh luput tetapi anda tidak pasti sama ada telur itu masih elok untuk dimakan atau tidak? Perkongsian ini telah dikongsi oleh Dr Norazlanshah Hazali di laman facebook beliau.

Cara Mengetahui Telur Yang Telah Tamat Tempoh Dan Rosak
Cara Mengetahui Telur Yang Telah Tamat Tempoh Dan Rosak
Credit Pic : SUMBER

Telur yang telah busuk sangat mudah dilihat. Artikel ini akan menerangkan kepada anda untuk membezakan antara telur busuk dan segar. Walaupun ada telur yang disertakan dengan tarikh luput. Kita tak boleh nak bergantung padanya 100%. Kena ada ilmu juga macam mana nak tahu telur itu masih segar atau tidak. 

Ye lah...macam-macam boleh berlaku dari mula ayam tu bertelur, telur diproses, pengangkutan, penyimpanan kat kedai, penyimpanan kat rumah sehingga lah sampai ke dapur dan pinggan makan kita.

Disini ingin dikongsikan tips mudah bagaimana anda hendak tahu samada telur tu masih segar atau tidak lepas beli atau korang dah tak ingat tarikh luput telur yang dibeli kerana kebiasaanya orang simpan telur dalam peti sejuk manakala sarangnya yang ada tarikh luput dibuang. Tak mencatit pula kan.

Caranya :

~Pecahkan telur dan letakkan atas pinggan. ~Periksa putih telur, jika warnanya keruh ia masih segar. Jika warnanya jernih, bermakna ia dah tak segar.

~Perhatikan kuning telur pula. Jika bentuk kuning telur kental bermakna ia masih segar/Telur baru. Jika ia mencair, ia dah tak segar/Telur lama.

~Telur yang berkualiti dan bermutu tinggi mempunyai kuning telur yang pekat dan dikelilingi putih telur yang pekat berserta satu lagi lapisan putih telur lain yang mencair (Perhatikan perbezaan di antara 2 gambar telur di atas ya).

Walaupun telur biasanya masih boleh dimakan setelah tamat tarikh luput, anda juga harus lebih berhati-hati ketika memberikannya kepada orang yang mempunyai sistem imun yang lemah. Jadi anda perlulah memilih telur yang segar sahaja.

SUMBER

Baca Juga : Cara Kempiskan Perut Buncit Lelaki Dengan Cepat Dan Mudah

Post a Comment

Previous Post Next Post