i-Suri adalah perlindungan kewangan bagi suri rumah. Golongan suri rumah ini sudah boleh memilih untuk mencarum di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dengan insentif khas di bawah i-Suri.
Cara Mohon i-Suri Untuk Suri Rumah Bantuan Kerajaan RM480 Setiap Tahun (Borang) Credit Pic : SUMBER |
i-Suri adalah bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka terhadap ahli keluarga dan pembangunan negara.
Cara Mohon i-Suri Untuk Suri Rumah Bantuan Kerajaan RM480 Setiap Tahun (Borang)
Faedah
- Suri rumah telah menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM200 pada tahun 2018, dan RM480 pada setiap tahun yang berikutnya.
- Caruman dalam apa-apa jumlah amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka sendiri dan masih boleh membuat pengeluaran wang mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh KWSP.
- I-Suri juga akan menerima dividen tahunan KWSP seperti yang lain.
- Bantuan Kematian adalah sebanyak : RM2,500
** Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP
Kerajaan akan menyumbangkan terus ke dalam akaun KWSP sehingga RM200 kepada mereka yang layak bagi caruman untuk tempoh Ogos – Disember 2018. Untuk tahun berikutnya, jumlah sumbangan adalah sehingga RM480 setahun (tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan).
Siapakah Yang Boleh Dan Layak Mencarum
- Diri sendiri (isteri)
- Suami kepada pasangan yang layak
Syarat-syarat kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Belum mencapai umur 60 tahun
- Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR)
- Golongan suri rumah yang telah berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2019
- Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP sendiri
Peringatan penting
Suri rumah hanya dibenarkan memilih satu (1) insentif sahaja pada satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif Persaraan (i-Saraan), anda perlu membatalkannya dahulu sebelum membuat permohonan baru bagi i-Suri ini.Cara Dan Saluran Bayaran
Perbankan Internet - Pemindahan wang secara elektronik
- Maybank
- Public Bank
- RHB Bank
- Bank Muamalat
- CIMB Bank
Kaunter Ejen Bank - Tunai/cek
- BSN
- Maybank
- Public Bank
- RHB Bank
Ejen Bank Berdaftar
- Ejen Bank (EB) BSN
Kaunter KWSP
- Secara tunai (maksimum RM500) / Secara cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar
Had Bayaran
1. Minimum (RM sahaja)
Tiada had2. Maksimum (RM sahaja)
RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)Apakah Yang Anda Perlukan
- MyKad (Kad Pengenalan)
- Borang i-Suri - KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja) (Download)
- Borang i-Suri - KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran) (Download)
Baca Juga : Rayuan BSH Fasa 3 2020 Online
Post a Comment