Bolehkah pada syarak membela ayam laga untuk dijual kerana cantiknya bukan nak buat laga? Adakah minat membela ayam laga juga diharamkan sama seperti melaga ayam?
Hukum Laga Ayam Dalam Islam Credit Pic : SUMBER |
JAWAPAN :
Hukum melaga haiwan itu adalah haram dengan ijmak ulamak dan termasuk perbuatan yang dilaknat.
Sebab diharamkannya ialah perbuatan melagakannya itu yang merupakan perbuatan zalim dan bukannya haiwan itu yang diharamkan.
Oleh kerana itulah tidak haram jual beli haiwan laga seperti ayam umpamanya jika pembelinya bukan bertujuan melagakannya tetapi semata-mata membelanya kerana cantiknya atau seumpamanya.
Tersebut pada kita Mughni Al-Muhtaj :
وَيَصِحُّ بَيْعُ جَارِيَةِ الْغِنَاءِ وَكَبْشِ النِّطَاحِ وَدِيكِ الْهِرَاشِ وَلَوْ زَادَ الثَّمَنُ لِذَلِكَArtinya : Dan sah jual beli hamba yang bernyanyi dan kambing laga dan ayam sabung walau pun dinaikkan akan harganya kerana yang demikian.”
Akan tetapi jika penjual sudah tahu bahawa ayam itu dibeli untuk tujuan laga maka haram menjual ayam tersebut kepadanya kerana dikira bertolongan dalam perkara maksiat.
Firman Allah Taala :
وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى الإثم والعدوانArtinya : “Dan jangan kamu sekelian saling menolong dalam perkara dosa dan permusuhan.” (Al-Maidah : 2)
Tersebut pada kitab Raudhah At-Talib :
(وَنَحْوِ ذَلِكَ) مِنْ كُلِّ تَصَرُّفٍ يُفْضِي إلَى مَعْصِيَةٍ كَبَيْعِ الرَّطْبِ مِمَّنْ يَتَّخِذُهُ نَبِيذًا وَبَيْعِ دِيكِ الْهِرَاشِ وَكَبْشِ النِّطَاحِ مِمَّنْ يُعَانِي ذَلِكَ (حَرُمَ) لِأَنَّهُ تَسَبُّبٌ إلَى مَعْصِيَةٍArtinya : “Dan bersamaan hukum yang demikian itu daripada sekelian urusan yang membawa kepada maksiat seperti menjual anggur kepada orang yang membuat arak dan menjual ayam sabung untuk dilagakan adalah haram kerana sungguhnya ia menjadi sebab kepada maksiat.”
KESIMPULAN
Hukum melaga haiwan seperti ayam atau ikan adalah haram dan pelakunya dilaknat oleh Allah. Memelihara ayam laga bukan bertujuan melaganya adalah harus.
Menjual ayam laga kepada pembeli yang hendak melaganya adalah haram dan jika pembeli hanya berminat pada kecantikannya bukan dibuat laga maka hukumnya adalah harus.
Wallahua’lam
SUMBER - Ustaz Azhar Idrus
Baca Juga : Hukum Mengambil Barang Penyewa Yang Sudah Berpindah
Post a Comment