Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca-pembaca sekalian. Disebabkan kesukaran anda untuk study exam online, saya dengan senang hati menaip semula kesemua soalan-soalan dan jawapan bagi memudahkan urusan anda dalam menghadapi Peperiksaan Exam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. 


Soalan Sebenar SPA Bagi Jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 Berserta Jawapan 2019
Soalan Sebenar SPA Bagi Jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 Berserta Jawapan 2019

Di sini saya nak maklumkan bahawa kesemua jawapan yang disediakan dalam artikel ini dikreditkan kepada meymey. Bukan jawapan dari saya mahupun admin lain. Saya hanya membantu menyusun semula soalan-soalan dan jawapan bagi memudahkan urusan anda. Ini adalah sebagai rujukan anda. Soalan-soalan ini adalah soalan sebenar dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.


Soalan Sebenar SPA Bagi Jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 Berserta Jawapan 2019

Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Bagi Jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19.




1. Dalam sebuah kilang, jumlah pekerja adalah seramai 510 orang. Jika bilangan pekerja perempuan ialah 4 kali ganda dari pekerja lelaki. Cari bilangan pekerja perempuan dalam kilang tersebut.
A. 406  
B. 408 
C. 410
D. 412

=> 4P + L = 5
=> 4/5 x 510 = 408


2. Musa memandu pada kelajuan 100km/j untuk pulang ke kampungnya. Dalam perjalanan beliau telah berhenti rehat selama 30 minit.Masa yang diambil untuk sampai ke kampungnya ialah 3 jam 45 minit. Berapakah jarak perjalanan musa.
A. 315 KM
B. 325 KM
C. 350 KM
D. 375 KM

=> 45 minit - 30 minit = 15 minit
=> Jarak = Laju x Masa
=> 100 X 3.25 = 325 KM


3. 8 Buah kerusi berharga RM900 dan sebuah meja berharga ¼ daripada 6 buah kerusi tersebut . berapakah harga bagi 20 kerusi dan 3 buah meja tersebut.
A. RM2250.00
B. RM2756.25
C. RM3093.75
D. RM 4781.25

=> 900/8 =112.5
=> 112.5 X 6 = 675
=> 1/4 x 675 =168.75
=> 112.5 x 20 = 2250
=> 168.75 x 3 = 506.25
=> 2250 + 506.25 = RM2756.25


4. Sebuah van dengan kos RM 38,000 telah dibeli pada 1 Januari 2007, Aset ini disusun nilaikan 10 % setahun mengikut kaedah baki berkurang. Kirakan belanja susut nilai untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010.
A. RM2,220.20
B. RM3078.00
C. RM 3420.00
D. RM3800.00

=> Nilai Aset = RM 38,000
=> 1st year (10% X 38,000) 3800
=> 2nd year (10% X 34,200) 3420
=> 3rd year (10% X 30,780) 3078


5. 32, 34,35,38,39 adalah 1 set data . Apakah min data tersebut ?
A. 35.0
B. 35.4
C. 35.5
D. 35.6
=> min = 32 + 34 + 35 + 38 +39
=> 178/5 = 35.6


6. Ukuran keliling sebuah taman permainan ialah 300m dan 2 jenis pokok bunga di tanam di sekelilingnya dalam jarak setiap 3m. ¼ daripada pokok bunga raya . Berapakah bilangan pokokkertas.
A. 75
B. 30
C. 25
D. 10

=> 300/3 = 100
=> 1/4 x 100 = 25
=> 100 - 25 = 75


7. Dalam 1 kotak terdapat 50 biji buah epal. Kebarangkalian buah epal yang rosak ialah 3/50. Berapakah bilangan apel yang elok dalam 25 kotak ?
A. 75
B. 750
C. 1175
D. 1250

=> 3/50 x 50 = 3
=> 50 - 3 = 47
=> 47 x 25 = 1175


8. Jack ialah anak david dan abang kepada john. Margeret ialah ibu kepada john dan anak perempuan Marie. Kenyataan yang manakah adalah benar ?
A. Marie adalah ibu mertua jack
B. Margeret ialah ibu kepada jack
C. David adalah abang kepada john
D. Marie adalah nenek kepada David


9. Sebuah kereta api meninggalkan Bandar A pada jam 2137 dan tiba dibandar B Keesokkan harinya pada jam 0617. Kirakan masa yang diambil untuk perjalanan kereta pai tersebut ?
A. 8 jam 20 minit
B. 8 jam 40 minit
C. 9 jam 40 minit
D. 15 jam 20 minit

10. Jika KEJAYAAN sepadan dengan 63529227, maka KERJAYA sepadan dengan?
A. 6335292
B. 6355292
C. 6325292
D. 6385292
=> K E R J A Y A
=> 6 3 X 5 2 9 2


11. Nazmi memandu dengan kelajuan 120 KM/J menuju ke Melaka. Setelah memandu sejauh 80 KM, Kereta nazmi mengalami kerosakan. Berapakah masa perjalanan yang telah dilalui oleh Nazri?
A. 35 minit
B. 40 minit
C. 45 minit
D. 1 jam 5 minit
=> Masa = Jarak / Laju
=> 80/120
=> 0.667 x 60m = 40m


12. 47 HARI selepas 13 MEI 2012 ialah ?
A. 21 jun2012
B. 29 jun2012
C. 23 jun2012
D. 24 jun 2012

=> 13 mei - 31 mei = 19 hari
=> 01 jun - 29 jun = 28 hari


13. 75 CM panjang tali diperlukan untuk mengikat bungkusan bersaiz A, manakala bungkusan bersaiz B memerlukan tali berukuran 1/3 lebih panjang daripada ukuran tali bungkusan A. Sekiranya segulung tali berukuran 15m digunakan untuk mengikat 10 bungkusan bersaiz A dan 5 bungkusan bersaiz B. Berapakah baki tali yang tidak digunakan
A. 100 cm
B. 250 cm
C. 375 cm
D. 500 cm  

=> A = 75cm
=> B = 1/3 X 75 = 25 + 75 = 100cm
=> 15m = 1500cm
=> A = 75cm X 10 = 750cm
=> B = 100 X 5 = 500cm
=> 750+500= 1250
=> 1500 - 1250 = 250cm


14. Antara nombor berikut yang manakah paling hampir dengan 9.5 ?
A. 10.055
B. 9.065
C. 10.005
D. 9.005

=> 9.5 - 10.055 = 0.555
=> 9.5 -9.065 = 0.435
=> 9.5 - 10.005 = 0.505
=> 9.5 - 9.005 = 0.495


15. Setiap pesakit yang hadir ke klinik akan mendapat rawatan doktor selama 15 minit. Jika ali mendapat no.giliran yang ke 20, berapa lamakah masa menunggu ali jika terdapat 4 orang doktor yang bertugas .
A. 30 minit
B. 60 minit
C. 75 minit
D. 90 minit

=> 20/4 = 5
=> 5 x 15 =75m


16. 5567Z + 66R28= 122005, Berapakah nilai Z x R ?
A. 21
B. 20
C. 28  
D. 15

=> 5567( 7) + 66( 3 )28 = 122 005
=> Z x R = 7 x 3
=> 21


17. Seorang pengawal keselamatan memulakan kerja pada 6.45 petang bagi shift malam di wad kanakkanak sebuah hospital. Jika tugasnya berakhir pada 10.15 malam. Berapa lamakah dia bertugas dalam sehari ?
A. 2 jam 45 minit
B. 3 jam 15 minit
C. 3 jam 30 minit
D. 3 jam 45 minit

=> 10.15 - 6.45 = 3 jam 30 minit


18. Lantai sebuah ruang tamu berbentuk segi empat tepat berukuran panjang 4.000cm dan lebar 2800cm . Lantai itu diliputi dengan jubin-jubi yang berbentuk segiempat sama bersisi 20cm. kirakan kos jubin yang digunakan untuk menutup lantai berkenaan .sekiranya sekeping jubin berharga 30 sen.
A. RM 8400
B. RM 1680
C. RM20,400
D. RM21,800

=> 4000 x 2800 = 11,200,000
=> 11,200,000 / 20 X 20 =28,000
=> 28,000 X 0.30 = RM 8,400


19. Diberi jumlah jualan syarikat BUMI SEGAR SDN BHD bernilai RM457,303, kos barang dijual berjumlah RM 230,855 dan kos operasi berjumlah RM133,244, untung kasar bagi firma iniialah .
A. RM 93,204
B. RM226,448
C. RM 324,059
D. RM457,303

=> Jualan 457,303 - kos barang jualan 230,855 = 226,448


20. Terdapat 40 orang penuntut dalam sebuah kelas. 90 % daripada mereka telah mengambil peperiksaan dan tigasuku daripadanya telah lulus. Berapakah bilangan penuntut yang lulus ?
A. 24
B. 25
C. 26
D. 27

=> 90 % X 40/100 = 36
=> 3/4 X 36 = 27

Jika terdapat kesalahan ejaan soalan atau salah dalam pengiraan,anda boleh komen di ruangan bawah yang disediakan. Semoga anda lulus dalam menghadapi Exam SPA.

Baca Juga : Soalan Sebenar SPA Bagi Jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) W19 Berserta Jawapan 2020

2 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post