Lihatlah di sekitar kawasan rumah anda. Anda pernah nampak tak kepingan serpihan atap bumbung berlonggok di bahu jalan mahupun di tempat longgokan sampah? Pemandangan ini juga dapat diperhatikan di taman permainan kanak-kanak dan taman taman awam.
Kesan Bahaya Bumbung Asbestos Yang Boleh Menyebabkan Kanser Yang Ramai Tidak Ketahui Credit Pic : SUMBER |
Tahukah anda, ianya bukan sekadar serpihan sampah, tetapi ia merupakan satu ancaman yang bahaya dimana boleh menyebabkan penyakit merbahaya kepada semua
Ya, ia adalah bumbung atap asbestos.
Kesan Bahaya Bumbung Asbestos Yang Boleh Menyebabkan Kanser Yang Ramai Tidak Ketahui
Dahulu, kebanyakan rumah dan kilang sememangnya menggunakan atap ini kerana ianya lebih murah dan memberi kesan penyejukan pada rumah. Namun selepas kajian menemui asbestos merupakan punca penyebab kanser mesothelioma , penggunaannya telah di hentikan dan dihadkan serta merta.
Terdapat juga negara yang telah mengharamkan penggunaan atap tersebut secara keseluruhan, namun di Malaysia ianya diharamkan hanya pada pembinaan bangunan kerajaan yang baru sejak tahun 1999. Sekiranya atap merbahaya ini tidak diusik, risiko untuk mendapat cancer adalah sangat rendah.
Risiko akan datang apabila ianya pecah, rosak dan anda terlibat secara langsung dalam mengendalikan asbestos tersebut. Situasi ini lebih mendedahkan anda kepada risiko bahaya untuk mendapat radang asbestosis paru-paru dan juga kanser mesothelioma.
Tidak perlu banyak, hanya sebutir debu sehalus bilah jarum sudah memandai untuk anda mendapat kanser dalam tempoh 30 tahun akan datang.
Apa yang boleh anda dilakukan untuk mencegah masalah ini?
✅ Jika anda masih menggunakan bumbung asbestos ini, pastikan bumbung anda tidak mengalami retak atau pecah.
✅ Jika ianya pecah, pastikan proses membaikpulih bumbung mengikut prosedur khusus yang telah ditetapkan oleh DOSH dan Jabatan Alam Sekitar.
✅ Jika anda nampak di Kawasan rumah atau perjiranan anda, hubungi pihak berkuasa tempatan anda atau SWM/SWCorp dengan segera untuk proses pelupusan.
✅ JANGAN BAKAR, dan jangan tanam atau lupus sendiri.
✅ Jangan membiarkan anak anda bermain di kawasan asbestos tersebut kerana kesan kanser asbestos hanya boleh nampak selepas 30 tahun.
Apakah gelaja masalah ini?
Simptom asbestosis dan kanser mesothelioma adalah seperti anda akan mengalami sesak nafas, dada terasa ketat, batuk kering berpanjangan, sakit dada, kurang selera makan, penat, demam dan berpeluh sewaktu malam.
Jika anda dapati anda berisiko dan mempunyai gejala-gejala tersebut,sila dapatkan rujukan awal di Klinik Kesihatan yang berhampiran anda.
Post a Comment