Masih terdapat lagi penyedia makanan menggunakan surat khabar sebagai pembalut makanan yang bersentuhan secara langsung dengan makanan. Ianya dikatakan bertujuan untuk menutup atau menyerap minyak daripada makanan tersebut.

Kesan Bahaya Makanan Panas Yang Dibungkus Dari Surat Khabar

Di sini terdapat isu keselamatan makanan apabila kita menggunakan surat khabar sebagai pembungkus makanan WALAUPUN ia digunakan sebagai lapisan kedua.

Kesan Bahaya Makanan Panas Yang Dibungkus Dari Surat Khabar


Ini kerana pencemaran silang boleh berlaku melalui tangan pengendali makanan yang sebelum itu menyentuh surat khabar dan kemudiannya menyentuh makanan. 

Bahaya Makanan Dibungkus Surat Khabar


Surat khabar mengandungi bahan kimia seperti:
✅ karbon, 
✅ logam berat dan 
✅ pelarut. 

⚠️ Malah, apabila minyak yang diserap oleh surat khabar akan melarutkan dakwat dan seterusnya akan menyerap ke dalam makanan. 

Selain dari cemaran kimia, adakah kita pasti sumber surat khabar tersebut? Adakah ianya pernah dipegang oleh pembawa virus corona?  Adakah ianya pernah dibawa ke dalam tandas? Adakah ianya pernah diletakkan di lantai yang kotor? Pernahkah kita terfikir? Kesan dan Akibat? Dan adakah kita mengetahuinya?

Semestinya kita tidak tahu. 
Tahukah anda, terdapat undang-undang yang mengawal kebersihan makanan. Di bawah Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, pengendali makanan perlulah menyediakan, membungkus atau menghidang makanan untuk dijual dengan memastikan penyediaan, pembungkusan atau penghidangan makanan bebas daripada apa-apa pencemaran. 

Jika gagal pengendali boleh dipenalti tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun. Jom beralih daripada pembungkusan surat khabar kepada pembungkusan yang lebih selamat dan bersih. Sayangilah diri kita dan keluarga. 

SUMBER : Public Health Malaysia 

Baca Juga : Betul Ke Tembak Suhu Thermometer Di Kepala Boleh Rosakkan Otak? 

Post a Comment

Previous Post Next Post