Perkhidmatan feri di Pulau Pinang adalah antara perkhidmatan feri yang tertua di Malaysia. Bermula pada tahun 1894 diusahakan oleh En Quah Beng Kee, pada ketika itu reka bentuk feri bukanlah macam rekabentuk yang sekarang tapi hanyalah lanci-lanci (bot) kecil kuasa wap saja. 

Sejarah Dan Asal Usul Feri Pulau Pinang Yang Ramai Tidak Ketahui
Sejarah Dan Asal Usul Feri Pulau Pinang Yang Ramai Tidak Ketahui
Credit Pic : SUMBER

Kemudian feri diambi lalih sepenuhnya oleh Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang pada tahun 1924, masa itu barulah diperbaharui sedikit dan dapat mengangkut kenderaan bermotor.  Pada ketika itu, hanya terdapat satu feri sahaja berkuasa wap bernama “Seberang”
yang dibina oleh Lembaga Pelabuhan Singapura. Ianya beroperasi dari Butterworth (Seberang Perai) yang kini berdekatan dengan Penang Sentral ke Terminal Tun Uda di Georgetown Pulau Pinang.

Sejarah Dan Asal Usul Feri Pulau Pinang Yang Ramai Tidak Ketahui


Disebabkan sambutannya yang agak ramai, LPPP menambah lagi tiga lagi feri yang besar iaitu (Tanjung, Kulim dan Bagan).Tapi pada 1941-45, perkhidmatan feri ni lumpuh disebabkan berlakunya perang dunia kedua semasa Jepun menjajah. Feri-feri yang sedia ada semuanya rosak.

Selepas dari tu LPPP diberi sumber baru yang memulihkan keadaan pada April 1946, Feri Bagan diperbaiki dan beroperasi semula dan tongkang-tongkang digunakan. Menurut sumber lain, ada juga kapal perisai pendarat tentera british diinovasikan menjadi kemudahan tempat duduk penumpang.

 Pada 1957, ketika tu LPPP dah bertukar/ambil alih oleh Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP).Sepanjang 1957-1959, SPPP menambah 5 lagi buah feri membawa penumpang dan juga kenderaan berat.

Pada 1959,Pangkalan feri baharu di Pulau Pinang (Pangkalan Raja Tun Uda) dan di Butterworth (Pangkalan Sultan Abdul Halim) yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Malangnya satu tragedi yang tidak diingini telah  pun berlaku dan mengemparkan seluruh rakyat Malaysia disebabkan peristiwa Jeti Runtuh 31 Julai 1988 Pangkalan Sultan Abdul Halim  tragedi runtuhan itu telah menyebabkan pangkalan tersebut tidak dapat digunakan lagi. Disamping itu banyak feri lama telah dihentikan buat seketika.

Pada masa kini, perkhidmatan feri ini telah diambil alih oleh Prasarana Malaysia pada tahun 2017 dan ditukarkan nama kepada Rapid Ferry. Perkhidmatan feri ini beroperasi dengan lapan buah feri.(Feri Pulau Rawa telah ditamatkan perkhidmatan atas sebab-sebab tertentu)

Jika kelak tiada lagi perkhidmatan feri pada masa hadapan, ia tetap menjadi sejarah yang diingati buat seluruh warga Pulau Mutiara.

SUMBER - Arkib Negara, Feri Penang, Penang Port, Rapid Ferry.

Baca Juga : Kenapa Orang Malaysia Meminati Honda City?

Post a Comment

Previous Post Next Post