Ramly Burger menjadi nama yang tidak asing lagi bila kita menyebut burger di Malaysia. Kini, Ramly Burger telah menjadi produk utama di kalangan rakyat Malaysia, terutamanya apabila kita rasa lapar pada waktu malam. 


Pengasas Burger Ramly Malaysia Yang Ramai Tidak Ketahui
Pengasas Burger Ramly Malaysia Yang Ramai Tidak Ketahui
Credit Pic : SUMBER

Jenama Ramly Burger diasaskan oleh Dato’ Haji Ramly bin Mokni dan Datin Hajjah Shala Siah binti Abdul Manap yang ingin menghasilkan produk burger buatan Malaysia, yang halal, berkualiti dan bersih. Mudah kata, misi menghasilkan produk daging yang Halalan Toyyiba !!
Dato’ Haji Ramly bermula bekerja sebagai pemotong daging. 

Idea Ramly Burger tercetus daripada krisis isu halal haram daging burger di pasaran Malaysia.

Ketika ramai yang menuding jari dalam isu kontroversi halal haram, pasangan ini telah memutuskan untuk mengatasi isu ini dengan memulakan bisnes daging burger sendiri dengan modal hanya RM 2,000 di flat Jalan Haji Hussein, Kampung Baru pada tahun 1984. 
 
Tidak perlu cari kedai atau modal besar. Cukup dengan azam, ilmu, dan niat mutlak demi memudahkan rakyat Malaysia mendapatkan produk yang Halalan Toyyiba.


Pengasas Burger Ramly Malaysia Yang Ramai Tidak Ketahui
Pengasas Burger Ramly Malaysia Yang Ramai Tidak Ketahui
Credit Pic : SUMBER

Kini, Burger Ramly atau Ramly Food Processing Sdn Bhd sasarkan pendapatan RM1.2bilion pada tahun 2020 dengan hasil produk burger, hotdog, nugget, meatball dan banyak lagi. Sebanyak 70% hasil jualan Ramly Burger adalah untuk pasaran Malaysia, 30% lagi untuk tujuan eksport.

Selain itu, beliau juga memperluaskan bisnes kepada 450 buah rangkaian Ramly Halal Mart dan Ramly Halal Kiosk. Pada masa yang sama, Ramly Burger telah mencapai 25,000 hingga 30,000 usahawan tempatan yang membuat bisnes dengan produk Ramly Burger !!!

Kita perlu bersetuju bahawa Ramly Burger bukan sahaja memenuhi kehendak pasaran halal di Malaysia atau luar negara, malah Ramly Burger telah memanfaatkan ramai usahawan tempatan untuk memulakan bisnes sendiri atau melatih usahawan ke dunia bisnes yang lebih besar. 

Namun, ada pahit yang perlu ditelan. Ramly Burger pernah didenda oleh Mahkamah Sesyen sebanyak RM70,000 kerana mengaku bersalah melepaskan sisa buangan melebihi kepekatan yang dibenarkan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS). Selaku jenama yang terkenal di Malaysia, Ramly Burger bertanggungjawab atas kesalahan dan bertindak mengambil daya usaha untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. 

Burger Ramly juga mendapat perhatian mat salleh yang melancong ke Malaysia. Kita boleh tonton review di Youtube dari para pelancong tak henti-henti puji burger Ramly. Malah, siap ada resepi bagaimana cara memasak burger Ramly. Salute, Raja Burger Malaysia !!!
Jadi, bila hari terakhir anda makan burger Ramly? 



Post a Comment

Previous Post Next Post