Industri penghasilan minyak wangi secara umumnya masih lagi dikawal oleh negara-negara barat seperti United Kingdom, Perancis dan Amerika Syarikat.
Namun kebangkitan produk wangian tempatan yang diinspirasikan dari minyak wangi jenama-jenama antarabangsa ini sememangnya tidak boleh disanggalkan lagi.
Pengasas Sugarbomb Yang Ramai Tidak Ketahui
Dengan harga yang berpatutan dan bau yang hampir setanding produk antarabangsa pastinya empayar minyak wangi tempatan seperti jenama De’Xandra, dan SugarBomb sudahmenjadi pilihan warga Malaysia.
Namun siapa menyangka di sebalik nama yang kian semakin dikenal ramai, perkongsian yang dikongsikan oleh pengasas SugarBomb, Azhari Rosli mengenai kisah bagaimana dia mula menceburi bidang perniagaannya benar-benar membuka mata orang muda bahawa tiada perkara yang mustahil untuk seseorang itu berjaya dan maju dalam kehidupan mahupun perniagaan.
Pemegang Ijazah di dalam aeronautical engineering dari Universiti of Bristol ini juga tidak malu untuk memberitahu yang dia ketika di zaman universitinya dengan bekerja sebagai seorang cleaner berdekatan rumahnya.
Namun ini tidak menghalangnya untuk menamatkan pelajarannya selepas 5 tahun belajar di sana.
Namun sekembalinya ke Tanah air, Azhari menghadapi sedikit kepayahan dalam mendapatkan pekerjaan di dalam negara.
Meskipun berbekalkan ‘skrol’ aeronautical engineering yang diperolehinya dari sebuah universiti berprestij kesemua 50 posisi yang dipohonnya langsung tidak berjaya sehingga dia terpaksa bergelar seorang penganggur buat seketika waktu.
Enggan berputus asa, Azhari mencuba pelbagai pekerjaan lain malah sanggup mengambil upah memandu lori dan melakukan kerja dropship demi mendapatkan wang.
Dari situ, dia mula menjual perfume dan sedikit demi sedikit melonjak naik dengan jenama perfume Sugarbomb pertamanya, Elliadore.
Selepas 3 tahun bersama Elliadore, pemuda ini menanam cita-cita untuk menghasilkan minyak wangi mampu milik sendiri yang dihasilkan dari belakang rumahnya yang diberi nama SugarBomb.
Hanya dalam beberapa tahun kemunculan Sugarbomb, produk SugarBomb berjaya menghasilkan dari 300 botol seminggu dan terpaksa ditingkatkan ke 100 ribu botol seminggu disebabkan permintaannya yang tinggi.
Hasil semangat dan usahanya Sugarbomb kini sudah mempunyai beberapa buah kilang dan malah Sugarbomb bakal lebih dikenali selepas ini selepas mereka berjaya menjadi Sponsor bagi pasukan bola sepak Selangor (FAS).
Kejayaan anak muda ini sememangnya perlu dijadikan contoh oleh rakyat Malaysia terutamanya golongan belia.
Malah kisah ini juga boleh dikatakan hampir sama seperti pengasas Alibaba, Jack Ma yang ditolak permohonnya untuk mendapatkan pekerjaan di sebuah francais restoran makanan segera sehingga dia memilih menubuhkan Alibaba.
Jika Azhari dan Jack Ma mampu berjaya, kenapa tidak anda dan saya?
Post a Comment