Pengasas kepada De'Xandra adalah seorang perempuan iaitu PUAN ERNAYANEE NUR BINTI JULAIMI yang telah mewujudkan produk De'Xandra selepas 5 tahun beliau berniaga PERFUMES dari pelbagai jenis perfumes iaitu dari Pati Perfumes sehingga ORIGINAL PERFUME. 

Pengasas Perfume Dexandra Yang Ramai Tidak Ketahui
Pengasas Perfume Dexandra Yang Ramai Tidak Ketahui
Credit Pic : SUMBER


Beliau banyak membantu para pelajar serta surirumah dalam perniagaan atas talian menggunakan program DROPSHIP BELIAU sehinggakan pada satu hari beliau merasakan ramai lagi yang tidak terbantu disebabkan PERMINTAAN perfumes yang beliau terima melebihi dari PENGELUARAN yang dapat di tetapkan.(DEMAND > SUPPLY).

Pengasas Perfume Dexandra Yang Ramai Tidak Ketahui


Disebabkan kesukaran mendapat stok dimana ianya terhad. Beliau mula menyelidik hampir setahun dalam pengeluaran minyak wangi jenama sendiri. Kajian beliau yang dijalankan selama 5 tahun mendapati bahawa terdapat tiga ciri permintaan utama pelanggan dalam mencari perfume.


1) TAHAN LAMA DENGAN HARGA MAMPU MILIK

Ciri utama yang mendapat sambutan oleh ramai penggemar perfumes ialah KETAHANANNYA.

Dan soalan PERTAMA yang terlintas di fikiran mereka yang sering di tanya oleh mereka sebelum membeli ialah

" TAHAN LAMA tak perfumes awak  ni?" atau
" Berapa jam ketahanan perfumes ni?

Dengan adanya pilihan kepada penggemar jika mahukan yang TAHAN LEBIH LAMA sudah tentu pilihan utama adalah ORIGINAL PERFUMES, tetapi masalah kewangan menjadi kesukaran kepada mereka

Disebabkan itu, beliau telah membuat kajian secara terperinci tentang pati minyak wangi dan mendapati pelbagai kilang pengeluaran perfumes yang mempunyai kualiti dan ketahanannya tersendiri . DE'XANDRA pada akhirnya telah berjaya dihasilkan daripada pati yang terbaik dan selamat digunakan dengan harga yang mampu milik.


2) BOLEH BAWA SOLAT

" Boleh bawa solat tak?" 
​Walaupun sudah diberi penerangan berkali-kali oleh  ustaz , ustazah dan pihak jakim yang mengesahkan alkohol boleh dibawa solat tetapi masih ramai lagi yang bertanya berkenaan tersebut.

Oleh itu , beliau mengambil inisiatif untuk membuat dan mengesahkan alkohol yang terbaik dari ekstrak jenis tumbuhan. ALKOHOL De'Xandra ialah daripada Ekstrak tebu dan ianya boleh di bawa untuk solat.


3) BOLEH BAWA TRAVEL

Terdapat ramai yang meminati perfumes yang boleh mudah untuk dibawa samada dalam penerbangan & ringan serta mudah dibawa.
Dengan kandungan 35ml, dapat membantu ramai pihak untuk bawa De'Xandra TERBANG bersama mereka. 



Post a Comment

Previous Post Next Post