Ekoran kes Covid-19 kian semakin meningkat dan amat membimbangkan, kerajaan terpaksa memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dibeberapa buah negeri.

Perkara Yang Tidak Boleh Dilakukan Ketika PKPB (Didenda Jika Melanggar Perintah)
Perkara Yang Tidak Boleh Dilakukan Ketika PKPB (Didenda Jika Melanggar Perintah)
Credit Pic : SUMBER

Menerusi sidang media sebentar tadi, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPB dilaksanakan di seluruh semenanjung kecuali negeri Perlis, Pahang dan Kelantan untuk tempoh 4 minggu iaitu dari 9 November hingga 6 Disember ini.

Perkara Yang Tidak Boleh Dilakukan Ketika PKPB (Didenda Jika Melanggar Perintah)


Berikut adalah di antara Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah berkuat kuasa dalam kawasan pelaksanaan PKPB di semua negeri yang terlibat.

Perlu diingatkan !! Jika anda enggan patuh pada arahan, anda boleh dikenakan denda RM1000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.

1.  Hanya dua orang sahaja dibenarkan keluar untuk membeli dan mendapatkan makanan dan barangan keperluan lain. Individu yang berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan berada di kawasan khalayak ramai dan awam.

2. Perjalanan bagi rentas negeri dan rentas daerah dari atau ke kawasan PKPB adalah tidak dibenarkan kecuali berlakunya kes-kes yang berkait dengan kecemasan atau kematian. Anda perlu mendapat permohonan pergerakan daripada PDRM terlebih dahulu sebelum merentas negeri.

3. Semua pekerja dibenarkan untuk merentas negeri atau daerah dengan syarat pekerja perlu mengemukakan pas pekerja yang sah dengan butiran terperinci atau surat kebenaran daripada majikan masing-masing. Pekerja yang tempat tinggal dan tempat bekerja berada di daerah yang sama tidak perlu mengemukakan pas pekerja atau surat majikan. Kerajaan menggalakkan majikan untuk membenarkan pekerja bekerja dari rumah.

4. Bagi yang perlu merentas negeri perlulah mendapatkan kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan rentas negeri. Ini bagi mengelakkan sebarang kesulitan ketika berhadapan dengan sekatan jalan raya di negeri-negeri yang sedang menjalani PKPB.

5. Semua aktiviti perniagaan, ekonomi dan industri boleh beroperasi seperti biasa.

 
6. Restoran makanan, kedai atau gerai makan, food truck makan, penjual tepi jalan, penjaja beredar, pekedai runcit dan kedai serbaneka, medan selera atau pusat penjaja, gerai makan tepi jalan atau kiosk dibenarkan beroperasi antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam sahaja.

7. Pembelian makanan digalakkan secara pandu lalu (Delivery), penghantaran atau bungkus sahaja. Walaubagaimanapun makan dipremis makanan (dine in) adalah dibenarkan namun terhad kepada dua orang untuk 1 meja dengan pematuhan SOP Sektor Makanan.

8. Operasi pasar harian adalah antara 6.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja. Operasi pasar borong pula adalah antara 4.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja. Operasi pasar tani adalah antara 6.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Operasi pasar malam adalah antara 4.00 petang hingga 10.00 malam sahaja. Walaubagaimanapun operasi pasar tani dan pasar malam perlu mematuhi SOP ketat yang telah pun ditetapkan dan perlu dengan pengawasan dari anggota RELA.

9. Waktu operasi bagi stesen minyak pula adalah antara 6.00 pagi hingga 10.00 malam (kecuali pengoperasian stesen minyak di lebuhraya dibenarkan beroperasi 24 jam).

10. Perkhidmatan pengangkutan awam seperi bas henti-henti, bas ekspres, LRT, teksi dan e-hailing yang lain dibenarkan beroperasi seperti biasa.

11. Perkhidmatan teksi dan e-hailing, (maksimum hanya 2 orang penumpang sahaja) dan penghantaran makanan juga dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.

12. Kenderaan yang membawa barangan dan perkhidmatan perlu sertakan rangkaian aktiviti ekonomi atau industri dibenarkan keluar masuk.

13. Bagi pemandu kenderaan yang membawa pekerja, mereka boleh membawa penumpang seperti yang telah ditetapkan sebelum ini.

14. Waktu operasi rawatan klinik dan hospital Kerajaan dan swasta dibenarkan secara 24 jam.

15. Semua kenderaan yang berkaitan dengan industri, perniagaan, perkilangan yang dibenarkan merentas daerah dan negeri boleh beroperasi seperti biasa.

16. Semua aktiviti rehat, riadah, rekreasi dan kebudayaan adalah tidak dibenarkan langsung. Aktiviti hiburan juga termasuk kelab malam atau pub, pusat rekreasi, taman tema, indoor playground dan panggung wayang juga adalah tidak dibenarkan.

17. Aktiviti sukan secara individu, e-sports, sukan yang tidak bersentuhan dan sukan outdoor pula tidak melebihi 10 orang adalah DIBENARKAN.

18. Aktiviti kolam renang, bersentuhan fizikal pergerakan, sukan bertempur dan penganjuran sukan atau apa-apa sukan kejohanan juga TIDAK DIBENARKAN.

 
19. Bagi proram latihan berpusat yang sedang dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri-negeri boleh diteruskan secara Quarantine Based Approach seperti yang dilaksanakan di Kompleks Majlis Sukan Negara Bukit Jalil dan Keramat, Akademi Badminton Malaysia Bukit Kiara dan Pusat Kecemerlangan Paralimpik Kampung Pandan.

20. Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) & Swasta (IPTS), Institut Latihan Kemahiran (ILK), sekolah, tadika, taska, pusat tahfiz dan pusat jagaan kanak – kanak diarahkan ditutup dalam tempoh yang diumumkan tersebut.

21. Mesyuarat perlu diadakan secara sidang video call atau secara maya manakala mesyuarat secara bersemuka adalah tidak digalakkan sama sekali.

22. Majlis rasmi dan tidak rasmi kerajaan mahupun sektor swasta, majlis sosial seperti kenduri arwah, majlis kenduri perkahwinan dan pertunangan, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, majlis ulang tahun, majlis hari kelahiran, reunion sekolah dan lain-lain majlis sosial adalah  tidak dibenarkan.

23. Semua sebarang aktiviti berkaitan pelancongan ke luar kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dan ke dalam kawasan PKPB adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Setakat ini, negeri Pahang, Perlis dan Kelantan di bawah SOP Perintah Kawalan Permulihan.

Sebarang perubahan pindaan tertakhluk kepada pindaan daripada pihak berkuasa tempatan.
Jadi kekal duduk di rumah jika tiada sebarang urusan penting. Terus mengikut SOP seperti memakai pelitup muka, sentiasa cuci tangan dan jaga penjarakan sosial.



Post a Comment

Previous Post Next Post