Mencintai dan dicintai adalah perkara yang berlainan dan ia adalah perkara normal yang dialami oleh setiap orang. Ada perkembangan yang begitu menyeronokan sebelum ke sebuah perkahwinan malah ada yang diuji dengan beberapa perkara. Salah satunya, berjumpa dengan orang yang salah dahulu.

Kenapa Kita Selalu Dipertemukan Dengan Orang Yang Salah
Kenapa Kita Selalu Dipertemukan Dengan Orang Yang Salah
Credit Pic : SUMBER

Setiap orang yang hadir dalam kehidupan kita adalah bersebab. Bukan hanya yang sia-sia. Ada yang datang sekadar memberi pembelajaran kepada kita.

Kenapa Kita Selalu Dipertemukan Dengan Orang Yang Salah


Bersyukur kerana mungkin dia bukanlah jodoh anda yang tepat

Jodoh yang sebenar sudah ditentukan oleh Allah. Allah Maha Pemurah dan Penyayang. Sesungguhnya Dia lebih mengetahui jodoh yang terbaik untuk kita. Jika sebelum ini kita pernah terluka, dikhianati dan ditinggalkan, jangan sesekali sedih. Nikmati sahaja prosesnya sebelum bertemu dengan jodoh yang tepat. 

Supaya kita dapat perbaiki kelemahan diri sendiri 

Pengalaman daripada bercinta dahulu juga dapat mendewasakan kita pada masa akan datang. Berdasarkan percintaan dahulu juga , kita boleh cuba pelajari kelemahan diri yang perlu kita diperbaiki supaya hubungan yang bakal dibina kelak akan kekal ke sebuah perkahwinan.

Kita sedang diuji untuk menjadi lebih kuat 

Apabila kita ditinggalkan seseorang yang kita cintai, kita pasti akan berasa kecewa. Justeru, ianya dapat mengajar seseorang itu untuk lebih tabah dalam menghadapi setiap ujian yang mendatang. Malah ia juga merupakan satu pengajaran untuk kita dan dapat dijadikan sebagai satu motivasi untuk majukan diri sendiri.

Allah menguji manusia kerana mahu menggantikan perkara yang lebih baik buat mereka yang sabar menghadapinya. Percayalah, setiap ujian itu ada hikmahnya sekiranya ditempuhi dengan sabar dan berikhtiar menyelesaikannya.

Jangan sesekali  mengeluh terhadap ujian kerana jika tidak diuji, bagaimana seseorang itu mampu memperoleh pahala atas sifat sabar, syukur dan reda? Dalam kalangan rasul Ulul Azmi, ujian yang ditimpakan adalah bagi mengangkat darjat kerana kegigihan, kesabaran dan keberanian dalam menanggung pelbagai ujian yang berat.

Agar kita lebih berhati-hati 

Apabila kita dipertemukan dengan orang yang salah, hikmahnya mengajar kita supaya lebih berhati-hati dalam membuat pilihan supaya kita tidak akan tersalah membuat pilihan.
Proses untuk memilih pasangan bukan hanya dinilai berdasarkan luarannya sahaja walhal banyak aspek lain yang perlu diambil kira. Berdasarkan percintaan lampau, ianya sedikit sebanyak dapat membantu kita dalam membuat pilihan yang lebih baik. 

Berdasarkan pengalaman lampau juga, ia dapat mendewasakan seseorang bukan hanya pada perhubungan tetapi kepada kehidupan juga. Setiap benda memerlukan perhatian yang terperinci.

Kesimpulannya, jangan sesekali berasa kesal apabila berjumpa dengan orang yang salah kerana setiap orang yang datang dan pergi dalam hidup kita ada yang memberi pengajaran. Namun, cuba lapangkan dada dengan meredai kehilangan tersebut. Mohon kepada Allah supaya digantikan kehilangan itu dengan yang lebih baik. Itulah perwatakan yang perlu ada pada diri seorang Mukmin.


Post a Comment

Previous Post Next Post