Artikel Terkini

Tanda Pasangan Anda Marah Melalui Gaya Membalas Mesej


Tak dapat dinafikan bahawa orang perempuan ini kekadang 'misteri'. Bila dia marah, dia x akan bercakap yg dia tengah marah. Sebaliknya lebih suka menyimpan perasaan. Kemudian, mengamuk x tentu pasal. Jarang sekali perempuan berterus terang bila marah.

Tanda Pasangan Anda Marah Melalui Gaya Membalas Mesej


Lelaki pula x semuanya faham bila perempuan bagi 'isyarat' melalui gaya bahasa, mimik muka atau kelakuan. Tapi anda mungkin akan perasan mcm ada benda yg x kena dengannya.
Tanda Pasangan Anda Marah Melalui Gaya Membalas Mesej
Tanda Pasangan Anda Marah Melalui Gaya Membalas Mesej
Credit Pic : SUMBER

Kalau nak tahu, ada pakar dalam bidang psikologi hubungan ada buat kajian dan menekankan beberapa kelakuan perempuan membalas (reply) mesej teks ketika dia sedang marah.


Tanda-tanda perempuan sedang marah dalam membalas mesej teks :


1. Tiba-tiba Lambat Balas Mesej

Kalau kita dh kenal seseorg. Kita mesti dah terbiasa dengan jangka masa yg sering di ambil untuk reply mesej. Selalunya perempuan tidak akan mengambil masa yg lama untuk membalas mesej lelaki lebih-lebih lagi dengan org yg dia sayangi.

Bila dia tiba-tiba lambat membalas, itu bermakna ada benda yg x kena. Nak-nak pula kalau sekadar 'double tick' atau 'seen' yg menunjukkan dia dh baca mesej kita tadi.

Pakar mengatakan bahawa itu merupakan salah satu 'amaran' yg pasangan ada buat salah dengannya. Perubahan drastik kepada jangka masa dalam komunikasi ini merupakan cara pasangan untuk menjarakkan dirinya. Melainkan anda berdua sedang sibuk dengan kerja  atau perkara lain, itu tandanya dia tengah marahlah.


2. Tak Ada Emoji

Emoji atau emoticon pada hujung ayat mesej selalu dianggap sebagai tanda mesra. Meletakkan simbol-simbol comel ini juga merupakan tanda bahawa dia senang berbicara dengan kita. Bagi lelaki, mungkin hanya guna 1-2 emosi sahaja. Tapi bagi perempuan hampir setiap emoji ini ada maksudnya yg tersendiri dan dia menggambarkan emosi seseorg. Jika mesej dibalas hanya kosong tanpa emoji menandakan ada la benda yg x kena tu.


3. Mesej Semakin Lama Semakin Pendek.

OK ni sebenarnya ada banyak maksud. Ada OK yang OK, ada OK yang x OK. Mesej pendek-pendek sebenarnya membawa pesanan yg dia betul2 sedang marahkan kita. Jarang perempuan mesej sekerat-sekerat.

Kalau sebelum ni, dia punya cerita bukan main panjang berjela, tetiba hanya membalas 'Ya,Tak.Tak Tahu' atau paling teruk dia jawab 'K' sahaja.

Perempuan itu mungkin nak anda sendiri perasan yg ada benda yg dia tengah x puas hati sampai buat dia merajuk. Jadi janganlah anda anggap benda itu tiada apa-apa walaupun dia masih membalas mesej.

4. Mesej Tiba-Tiba Bertukar Formal

Jika tiba-tiba pasangan anda tidak menggunakan lagi panggilan manja, guna pulak gaya bahasa formal, anda mungkin dalam bahaya. Kalau dah sampai tahap ini, cepat2 cari punca supaya dia kembali mesra seperti dahulu.


5. Tak Bertanya Soalan Lagi

Selalunya perempuanlah yg akan menghidupkan perbualan dua hala seperti 'balik pukul berapa?', hari ni makan apa?'. atau sudah makan ke belum?.

Jadi kalau dalam perbualan itu dia hanya menjawab dan x bertanya lagi, berhati-hatilah.


Biasanya, masa bercinta mcm2 mesej romantik yg akan kita terima daripada pasangan. Melalui mesej pun, biasanya lelaki dah boleh mengagak kalau perempuan itu sedang dingin dengan kita. Jadi cubalah pujuk dan cari jalan penyelesaian bersama.


SUMBER


Baca juga : Perkara Yang Dibenci Oleh Suami Pada Isteri Menurut Dr Fadzilah Kamsah



No comments:

Post a Comment