Secara fitrahnya wanita dan lelaki saling memerlukan dan melengkapi. Dalam rumahtangga, tidak dinafikan terdapat segelintir golonga suami dan lelaki sering merasakan, wanita ini perangainya 'pelik' dan sikapnya cukup susah untuk difahami. Tanggapan ini mencetuskan pelbagai konflik dan dilema dalam perkahwinan yang dibina.


Adakah Benar Wanita Susah Untuk Di Fahami?
Adakah Benar Wanita Susah Untuk Di Fahami?
Credit Pic : SUMBER


Tak susah sebenarnya untuk fahami seorang wanita yang bergelar isteri. Ini perjelasan daripada pendakwah dan penceramah terkenal motivasi kekeluargaan terkenal, Ustaz Ebit Lew sebagai panduan.


Adakah Benar Wanita Susah Untuk Di Fahami ?


''Ramai tag saya dengan masalah rumahtangga orang, curang, buat maksiat dan abaikan tanggungjawab serta tidak bimbing Islam pada keluarga.

Ini nasihat saya buat semua anak muda di luar sana termasuk saya yang dah menua ini. Belajarlah ilmu rumahtangga. Selalu anak muda yang baik sanggup datang duduk sehari depan saya ingin ilmu rumahtangga. Saya pun sama-sama belajar kerana Allah.



Betulkan Tanggapan Tentang Wanita


Seorang pemuda yang ingin berkahwin bertanya kepada saya, '' ustaz, ada orang kata wanita ini pelik dan susah untuk difahami. Dapat lak yang degil dan tak seperti yang kita nak, habislah serabut...Betul ke ustaz ?
Dapat yang baik untungglahh..syurgalahh..Begitu ke ustaz ?''  

Jawab saya cukup kita betulkan tanggapan kita tentang wanita. Wanita ini amat lembut dan dan dijadikan untuk disayangi dikasihi dan dibimbing untuk masuk syurga. Saya setiap malam masa berdoa menangis dengan kehebatan Allah ciptakan wanita. Allah jadikan mereka untuk melengkapi kita. pasti tidak ada silap. Silap hanya bagaimana diir kita meyinhkapi dan melaluinya.

Pejam mata saya nampak muka mak saya. Pejam mata saya nampak muka bidadari saya, terus saya berdoa ''Ya Allah..kau tahu betapa sayangnya saya pada mereka''. ''Ya Allah sayangilah bidadari saya. Sayangilah ibu saya. Sayngilah ibu mertua saya.''



Wanita Sanggup Beri Apa Sahaja


Hati wanita ini hebat dan tabah. Cuab tengak mereka korbankan segalanya dan menjadi seperti hamba khadam buat suami dan anak-anak kerana Allah. Lihat wajah penat mereka, peluh mereka, keruh wajah mereka. Jika kita hargai mereka, ikhlas sayang mereka, doakan, berlemah lembut dan sentiasa bersama mereka. Insha Allah merekan akan menjadi seperti Khadijah ra. Sanguup beri apa sahaja.

Bila hati mereka bahagia, mereka tinggalkan semunya buat suami. Mereka tiada sesiapa lagi. Mereka cuma ingin dipimpin masuk syurga. Bimbing isteri solat. Tapi banyak pasangan tidak solat. Bagaimana boleh bahagia jika dahi tidak sujud pada pemberi bahagia sebenarnya. Bahagia benar bahagia selamanya.



Tujuan Kahwin Untuk Dapat Redha Allah


Orang yang bernikah dengan ada rasa prejudis dans angka buruk dan tidak pandai hargai wanita. Rumahtangga akan porak peranda. Bagaimana seseorang yang tidak menghargai ibu, tidak menghargai isteri boleh menjadi pemimpin yang baik dan bahagia. Itu bermula bila tujuan kahwin untuk Redha Allah. Barulah masa mula kahwin sayang dan sampai syurga sayang makin bertambah setiap hari. Jika tidak masa muda,cantik, best, seronok..bila dah tak macam kita nak. Lupakan dan tidak hargai. Seperti haiwan bahkan lebih teruk lagi.



Dahagakan Pujian & Penghargaan Suami


Wanita tidak minta kita buat lebih dari mereka. Mereka bekerja atau siapkan apa-apa. Mereka cuma dahagakan pujian dan penghargaan suami. Mereka siapkan habis banyak masa. Ucapan terima kasih sayang, baiklah sayang, Baiknya sayang. SubhanaAllah bertuah abang dapat isteri sebaik sayang. Maafkan abang. Cian sayang penat susah.

Ucapan itu tak sampai seminit tapi kita kedekut untuk ucapkan. Mereka masak, mereka cuma mintak kita tolong tengakkan anak. Tolong hidang dan tolong basuh. Mereka buat hampir 90 peratus kerja. 10 peratus pun kadang-kadang ada suami tak bantu. Belum 100 peratus nyawa mereka risiko melahirkan anak. Sakit mengandung. sakit bersalin dan sakit menanggung.

Verlumba-lumba bersihkan rumah. Berlumba-lumba buat Talim. Berlumba-lumba siapa nak bangun tahajud. Didik solat sungguh-sungguh. Cerita Nabi saw dan sahabat Nabi. Cerita iman dan akhirat. Baca al-Quran sama-sama. Doa sama-sama. Berebut basuh baju, basuh berak anak. Rajin dan rasa ambil berat dan ada sifat mendengar hati rasa pasangan.

Tiada kejadian yang lebih indah dalam dunia lebih dari kejadian wanita. Allah ciptakan hati yang sangat kuat dan tabah.

Anak muda tadi kata, Ya Allah benarlah kata ustaz. Semua jadi susah bila kita sendiri tak sempurna tapi inginkan isteri sempurna. Saya pohon ampun dari Allah.

Belajarlah menghargai pasangan masing-masing. Setiap orang tak sempurna. Akan ada kelemahan dan kelebihan masing-masing. Belajarlah mengharai pasangan dan laksanakan tanggungjawab masing-masing dalam berumahtangga.


SUMBER


Baca juga : Ciri-Ciri Istimewa yang Ada Pada Seseorang Yang Suka Menyendiri



Post a Comment

Previous Post Next Post