Artikel Terkini

Doa Untuk Mendapatkan Semula Barang Yang Hilang Atau Di Curi


Pernahkah anda kehilangan barang atau barang anda dicuri orang ? Kehilangan barangan harga tentu sahaja membuatkan anda risau dan gelisah samaada barang tersebut hilang ataupun dicuri. Kemungkinan barang berharga tersebut ialah perhiasan emas seperti cincin, gelang , emas berlian, motorsikal, kereta atau wang. Segala cara dan usaha pasti akan anda tempuhi untuk menemukan barangan yang hilang tersebut.


Doa Untuk Mendapatkan Semula Barang Yang Hilang Atau Di Curi
Doa Untuk Mendapatkan Semula Barang Yang Hilang Atau Di Curi
Credit pic : SUMBER 


Tapi apakan daya, ramai yang terus berjumpa dengan bomoh untuk mengembalikan barang yang hilang tersebut. Padahal kita ada Allah untuk tempat kita mengadukan permasalahan kita. Allah maha kuasa untuk mengembalikan sesuatu yang hilang.


Doa Untuk Mendapatkan Semula Barang Yang Hilang Atau Di Curi


Jadi untuk mendapatkan kembali barang yang dicuri atau hilang, anda boleh amalkan doa ini : 

Anda perlu mengetahui yang barang tersebut telah dicuri. Setelah anda mengetahui barulah anda membaca Al-Fatihah sebanyak 7 kali.

Setelah membaca Al-Fatihah sebanyak 7 kali, lanjutkan dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 7 kali. Selepas itu, baca selawat Nabi sebanyak 7 kali seperti di bawah ini : 
- Bacakan  : Ya Allah sebanyak 3 kali.
- Bacakan : Asmaul Husna Ya Hafiidhu sebanyak 119 kali.

Kemudian ucapkan seperti berikut dalam doa : 
Ya Tuhanku, aku mohon supaya dikembalikan barang (Sebutkan nama barang yang hilang tersebut) yang telah dicuri secepat mungkin.

Setelah anda lakukan dengan mengikuti cara-cara yang diterangkan di atas, Insha Allah dengan Izin Allah, anda akan mendapatkans emula barang yang telah dicuri.

Ada tambahan doa yang boleh anda baca : 
'Ya Allah, berilah ganjaran atas musibah yang menimpaku ini dan gantikan dengan yang lebih baik daripadanya.'

Itulah doa yang boleh anda panjatkan untuk mengembalikan barang yang telah dicuri atau hilang entah kemana. jangan terus pergi ke bomoh. Ianya salah satu perkara yang perlu di elakkan sebagai seorang Muslim. 

Tapi jangan hanya berserah sahaja tanpa ada usaha untuk mencari. Kena ada juga usaha untuk mencari barang yang hilang tersebut. Jika barang tersebut terlalu berharga, maka perlulah membuat laporan polis sebagai salah satu cara dalam pencarian. Kekadang ini juga salah satu peringatan Allah buat kita.


SUMBER

No comments:

Post a Comment