Artikel Terkini

Panduan Lengkap Tentang Umrah


Definisi Umrah


Panduan Lengkap Tentang Umrah
Panduan Lengkap Tentang Umrah
Credit Pic : SUMBER

Mengunjungi Baitullah al-Haram di Makkah pada bila-bila masa untuk mengerjakan ibadat-ibarat tertentu menurut syarat-syaratnya.


Panduan Lengkap Umrah 


Syarat Wajib Umrah


1. Islam

2. Baligh

3. Berakal

4. Merdeka

5. Istito'ah - mampu untuk mengerjakannya.
  - Sendiri
  - Dengan pertolongan orang lain = Umrah Badal
  - Syarat tambahan bagi wanita = izin dari suami/mahram/kumpulan wanita yang thiqat



Rukun Umrah


1. Niat berserta Ihram untuk mengerjakan Umrah.

2. Tawaf (7 kali keliling Kaabah)

3. Sa'ie (diantara bukit Safa dan Marwah bermula dari bukit Safa 7 kali)

4. Tahallul (bercukur/gunting)

5. Tertib (mengerjakan rukun menurut turutan)



Wajib Umrah


1. Ihram berserta niat untuk mengerjakan Umrah di miqat.

2. Larangan Ihram (meninggalkan perkara-perkara yang dilarang semasa ihram)



Amalan Sunat Ihram


1. Sebelum Memakai Ihram


- Mengerat kuku
- Merapikan janggut, misai, rambut
- Menanggalkan bulu-bulu ketiak, ari-ari dan sebagainya
- Mandi sunat
- Mengambil wudhuk
- Memakai wangi wangian
- Memakai minyak rambut
- Memakai ihram berwarna putih
- Mendirikan solat ihram


2. Semasa Niat Ihram


- Mengadap kiblat
- Berada dalam keadaan ihram


3. Selepas Berniat Ihram


- Bertalbiah
- Berdoa dan berzikir



Niat Umrah


Sahaja aku mengerjakan umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah s.w.t



Syarat-Syarat Sah Tawaf


1. Suci dari sebarang najis - badan, pakaian dan tempat

2. Suci dari hadas besar dan hadas kecil

3. Menutup aurat

4. Bermula dan berakhir di penjuru Hajarul Aswad

5. Menjadikan Kaabah di sebelah kiri

6. Dilakukan dalam Masjidil Haram (luar Hijr Ismail)

7. Tidak berubah niat

8. Cukup 7 pusingan dengan yakin



Amalan Sunat-Sunat Tawaf


1. Niat (wajib bagi tawaf jenis lain)

2. Membuat 7 kali pusingan secara berturut-turut

3. Berjalan kaki

4. Istilam Hajarul Aswad dan mengucup tangan (tak boleh berbunyi - makruh)

5. Istilam Rukun Yamani - tidak mengucup tangan

6. Itdiba' bagi lelaki - mendedahkan bahu kanan

7. Lari anak bagi lelaki pada pusingan 1, 2 dan 3

8. Tawaf dengan khusyuk dan tawadhuk

9. Bacaan - diselangi dengan Doa dalam bahasa sendiri
  a) Pusingan 1 = Istighfar
  b) Pusingan 2 = Lailahaillallah
  c) Pusingan 3 = Selawat
  d) Pusingan 4 = Subhanallah
  e) Pusingan 5 = Alhamdulillah
  f) Pusingan 6 = Allahuakbar
  g) Pusingan 7 = Doa-doa
  h) Setiap pusingan di antara Rukun Yamani dan Rukun Hajarul Aswad baca Robbana Aatina..



Pakej Tawaf (iaitu selepas setiap kali tawaf)


1. Sembahyang sunat Tawaf - 2 roka'at di belakang makan Ibrahim
2. Berdoa di Multazam
3. Minum air zam-zam dan Doa



Jenis Tawaf


1. Tawaf Qudum - selamat datang, sunat dikerjakan bagi yang mengerjakan Haji Ifrad dan Haji Qiran, perlu niat.

2. Tawaf Umrah - niat terkandung dalam niat Umrah

3. Tawaf Haji - niat terkandung dalam niat haji

4. Tawaf Tahiyyat al-Bait - apabila masuk Masjidil Haram, menghormati Kaabah, perlu niat.

5. Tawaf Sunat - perlu niat

6. Tawaf Nazar - perlu niat, wajib dilakukan sekiranya telah menazar

7. Tawaf Wada' - selamat tinggal, wajib.

8. Tawaf Tahallul - bagi jemaah Haji yang luput wukuf di Arafah untuk melepaskan diri daripada larangan-larangan ihram.



Syarat-Syarat Sah Sa'ie


1. Dilakukan selepas mengerjakan Tawaf Umrah

2. Bermulanya dari Bukit Safa dan akan berakhir di Bukit Marwah

3. Cukup 7 kali berulang alik dengan yakin, bermula dari Bukit Safa ke Bukit Marwah dikira sekali dan dari Bukit Marwah ke Bukit Safa dikira sekali

4. Hendaklah sampai ke kaki Bukit Marwah dan Bukit Safa setiap kali pusingan Sa'ie

5. Melakukan sa'ie di tempat yang ditetapkan

6. Tidak berubah niat



Amalan Sunat Sa'ie


1. Ada wuduk

2. Dilakukan sejurus selepas mengerjakan Tawaf

3. Keluar ke tempat Sa'ie melalui pintu Bab al Safa

4. Menaiki ke dua-dua bukit bagi lelaki

5. Mengadap ke arah Kaabah sambil bertakbir 3 kali, bertahlil, berdoa semasa berada di Bukit Safa dan Bukit Marwah.

6. Berturut-turut

7. Berlari anak di kawasan lampu hijau bagi lelaki pada setiap kali pusingan

8. Beritdtiba' pada semua pusingan (mendedahkan bahu kanan bagi lelaki)

9. Berjalan kaki

10. Mengelakkan kesesakan dan mengelakkan menyakiti orang lain

11. Berdoa, berzikir dan membaca Al-Quran

12. Bacaan - sama seperti bacaan semasa Tawaf bagi setiap pusingan


Tahallul ialah bercukur atau bergunting di Bukit Marwah atau di mana-mana umpamanya di Hotel tetapi perlu menjaga larangan-larangan ihram sehingga selesai bergunting atau bercukur. Kena jaga aurat semasa bergunting bagi wanita.



Tertib - mengerjakan rukun menurut turutan



Perkara-Perkara Yang Di Larang Semasa Ihram


1. Pakaian

- Memakai pakaian yang berjahit bagi lelaki
- Menutup kepala bagi lelaki (seluruh atau sebahagian)
- Menutup muka bagi perempuan (seluruh atau sebahagian
- Memakai sarung tangan bagi perempuan


2. Wangian

- Memakai wangian di badan, makanan, minuman ataupun menghidu
- Memakai minyaj di kepala, janggut dan bulu muka kecuali yang tumbuh di dahi dan pipi

3. Kecantikan

- Memotong kuku/bercukur
- Menanggalkan bulu dari mana bahagian badan

4. Alam Sekitar

- Memburu atau membunuh binatang
- Memotong atau mencabut pokok/tanaman di tanah haram/mengubah barang umpamanya batu dari tanah haram

5. Hubungan Kelamin

- Melakukan mukadimah persetubuhan
- Bersetubuh
- Bernikah atau menikahkan orang



Tawaf Wada'


Tawaf selamat tinggal, wajib bagi seorang yang hendak meninggalkan Makkah selepas mengerjakan Haji atau Umrah atau apabila meninggalkan Makkah pada bila-bila masa



Syarat-Syarat


1. Hendaklah segera berangkat apabila selesai tawaf

2. Batal sekiranya lambat berangkat (dalam jangka masa boleh menyelesaikan solat 2 rakaat)

3. Harus berdoa di Multazam, minum air zam-zam dan membeli makanan

4. Jika masuk waktu solat berjemaah hendaklah solat berjemaah dulu dan segera keluar menerusi pintu bab al-Wida selepas itu

5. Tidak wajib melakukan tawaf Wada bagi orang :
- perempuan yang datang haid/nifas
- kencing tak tos (ada pengesahan dari doktor)
- yang ada luka yang darahnya tak berhenti
- tiada air/tanah untuk bersuci
- dipaksa meninggalkan tawaf - bas dah nak bergerak
- takut kepada orang yang zalim/ditinggalkan/harta/keselamatan diri diancam/peminta hutang


No comments:

Post a Comment