Artikel Terkini

Benarkah Jika Lelaki Dan Perempuan Berkawan Baik Akan Timbul Rasa Cinta Pada Salah Seorangnya ?


Mengenal cinta platonik, kekeliruan antara perasaan sekadar kawan atau sesungguhnya timbul rasa cinta di dalam jiwa? Ada ketika cinta menimbulkan dilema yang tiada bernoktah, ada masa cinta membawa bahana kepada yang melaluinya Apabila cinta hanya melibatkan kepentingan dan fizikal samata-mata, dari situlah bermula konflik dan musibah. 


Benarkah Jika Lelaki Dan Perempuan Berkawan Baik Akan Timbul Rasa Cinta Pada Salah Seorangnya ?
Benarkah Jika Lelaki Dan Perempuan Berkawan Baik Akan Timbul Rasa Cinta Pada Salah Seorangnya ?
Credit Pic : SUMBER


Cinta yang bersandar aspek luaran semata-mata, sehingga isi dalaman pun diabaikan. Memang betul, cinta berdasarkan nafsu pastinya tidak akan ke mana, namun cinta tanpa tarikan seksual itu apa pula? Adakah ia cinta ‘sejati’ atau hanya sekadar hubungan ‘teman tapi mesra’?

Benarkah Jika Lelaki Dan Perempuan Berkawan Baik Akan Timbul Rasa Cinta Pada Salah Seorangnya ?


FAHAMI CINTA PLATONIK?

Pernahkah anda berada pada situasi menyukai dan memuja seorang kenalan rapat (berlawanan jantina). Anda berasa sangat teruja untuk mendampinginya. Mungkin anda sendiri menganggap ia perkara biasa, seolah-olah perhubungan yang anda rasa itu hanya dalam lingkungan sebuah persahabatan dan tidak lebih dari itu. 

Adakala anda tidak menyedarinya sehinggalah anda mendengarnya sendiri dari mulut mata-mata yang memandang keakraban anda berdua. Gaya dan telatah anda bersama seolah-olah lebih dari seorang kenalan biasa walaupun berulang kali dinafikan. Adakah itu cinta? Jika ia hanyalah satu persahabatan, ‘tiada angin masakan pokok boleh bergoyang’?

Sekiranya anda berada di dalam situasi di atas, anda mungkin kini dilanda ‘cinta platonik’. Apa itu cinta platonik? Cinta platonik ialah satu istilah yang digunapakai bagi menjelaskan satu perhubungan intim (lebih dari sekadar kawan) antara sepasang lelaki dan wanita tanpa berlandaskan sebarang tarikan seksual mahupun fizikal semata-mata.

Berkata mengenai cinta dan istilah berkasih, tarikan seksual itu lambat laun pasti muncul jua. Tidak kiralah kepada anda sendiri mahupun pasangan, namun terserahlah pada individu tersebut mengawal etika dalam bercinta.

Bak kata orang tua, ‘bila bercinta, iman kena kuat, adab kena jaga’. Jangan sampai tergelincir, pasti parah nanti. Namun wujudkah tarikan seksual bagi mereka yang mengalami cinta platonik ini?. Semestinya tidak. 

Pencinta jenis ini kebiasaannya tidak menghiraukan aspek luaran dan fizikal semata. Mereka lebih menghormati ‘closeness’ yang dibina atas alasan ‘sahabat semata-mata’.

Menurut kajian dari pakar, John Gray Ph.D penulis buku Men Are From Mars, Women Are From Venus, kebiasaannya mereka yang melalui hubungan ini pasti akan cuba menyelindungkan keakraban mereka di sebalik ‘persahabatan’ yang mereka jalinkan. 

Namun apabila terjadi sesuatu yang tidak dijangka (contohnya : salah seorang daripada mereka menjalinkan hubungan intim dengan orang lain) pastinya akan ada yang tidak berpuas hati. Namun, tiada apa yang mampu dilakukan memandangkan tiada sebarang pengakuan yang dibuat.

Kajian membuktikan, cinta jenis ini banyak tercetus di kalangan mereka yang bekerja di pejabat. Akibat kerap kali bersama dan berjumpa, perhubungan erat yang dibina berkembang dari masa ke semasa. Mungkin ramai yang sering beranggapan mereka merahsiakan perhubungan yang terjalin sehingga menimbulkan kekeliruan kepada orang disekeliling walaupun hanya yang melaluinya sahaja tahu.



Punca utama hubungan platonik dirahsiakan

- Masing-masing ego dan berkeras tidak mahu meluahkan perasaan sesama sendiri.
- Tidak yakin perhubungan yang terbina mampu dibawa ke peringkat seterusnya.
- Belum bersedia dan masih berusaha mengenal hati budi masing-masing.
- Takut dan risau sekiranya ikatan persahabatan akan longgar/kekok sekiranya membuat sebarang pengakuan.
- Perasaan cinta memang tidak pernah wujud


SUMBER

Baca Juga : Tips Kekal Macho Di Hari Persandingan

Tips Mudah Dan Berkesan Memikat Lelaki : > Klik Disini <

No comments:

Post a Comment